Wednesday, 2 January 2013

Cinta dan diri

Assalammualaikum....

Sebenarnya dah lama aku tulis entry ni tapi tak pernah habis. Dan hari ni aku ingat aku nak habiskan jugak. Ni pun sebab semalam. okay sangat sangat tersentuh lagi tepat sangat sangat terasa. Dialognya berbunyi lebih kurang macamni.

               A: Adik, dayah tu ada berapa adik beradik?
               B: Dia ada sorang abang, seorang adik perempuan dan
                   seorang adik lelaki.
               A: ooohh patut macam tu.

Cinta. kalau diikutkan pada usia aku yang semakin tua ini,ia merupakan sesuatu yang selalu atau lebih tepat lagi peerasaan yang wajib ada dalam hati seseorang pada usia aku ni. Sebagai manusia normal, ya aku mengaku cinta juga wujud dalam diri aku. Macam macam boleh dimaksudkan dengan cinta. Cinta kepada Allah dan Nabi Muhammad.for sure la kan, siapa yang tak dak perasaan ni tolonglah bangkit semula,bangkit mencari cinta Yang Maha Agung dan pesuruhnya ni. Ingatla tanpa Allah tiada lah kita,tiadalah Islam dan tiadalah alam yang indah ini.

Cinta yang kedua yang ada dalam diri aku mestila cinta dekat mak,abah dan keluarga aku. Tanpa mak dan abah pasti aku tak akan wujud sekarang. Dengan adanya mak,abah adik adik dan keluarga yang lain lah yang membuatkan hidup aku lebih bahagia. Aku bersyukur sebab ada mereka. Aku cinta mereka sangat sangat.

Cinta yang ketiga ialah cinta kepada makhluk makhluk Allah kat muka bumi ini. Tak kiralah manusia dan haiwan. Bagi yang mengenali aku, pasti tahu bahawa aku ni pencinta kucing dan binatang berbulu yang lain. -__- Cinta sesama manusia??? ehhmmm. Kalau sebut pasal kawan kawan aku,semuanya aku cinta. Aku cinta semua kawan aku. Tapi bila disebut pasal cinta pada lainan jantina itu lah yang menjadi persoalan kedua kenapa entri kali ni ditulis.

Okay bukan aku tak nak bercinta, tapi bila bercinta sebelum berkahwin ni, mesti banyak gila zina. zina hati,mata, telinga dan banyak lagilah. Hati aku bukan kuat seperti gua untk lawan zina zina waktu couple tu. Sebab itu aku pilih untuk tidak bercouple merangkap tidak bercinta sebelum berkahwin. Aku takut aku lemah, aku tak kuat untuk lawan semua itu. Percayala sesiapa yang saling bercinta sebelum berkahwin ni pasti ada ja zina kat atas tu. Okay maybe orang akan kata dan ramai yang kata macam ni " kami nanti nak kahwin, so tak pam,apa kami buat sekarang nanti dah kahwin dosa tu akan bertukar jadi pahala" deyy macha kamu yakin ke dia jodoh kamu? kamu yakin ke cinta kamu dengan dia akan bertahan? kamu boleh lawan takdir ke? kamu tahu masa depan ke? Apa apa pun boleh jadi kan. dan kebanyakannya selalunya sekerat jalan ja.

Ya ada kalanya cinta yang dibina itu berakhir sampai jinjang pelamin. Tapi cuba kamu fikir kalau dah semua rasa dah sebelum kahwin,lepas kahwin nak rasa apa? rasa boring?padan muka. Orang rasa bahagia dan nikmat lepas kahwin baru best. bercinta lepas kahwin best kot, even tak kenal langsung suami kita tu, lepas kahwin tu la sesi kenal kenalan. Tapi jangan la sebelum kahwin tu tak kenal langsung suami. Tahu asal usul dia, baik ke tak pun dah cukup.Okay stop melalut.

Berbalik kepada tajuk entry aku, " Cinta dan Diri" Aku sedih sangat sebab orang selalu kata aku ganas, aku kasar,tomboy,macam laki dan macam macam lagi. Aku perempuan weh. aku cuba kot untuk jadi perempuan. Aku sedih setiap kali dikata macam tu. Hampa ingat aku nak ke jadi "keras" macamni? aku tak nak weh. serius. Aku cuba untuk berubah dari masa demi masa. Aku tak nak orang nampak aku macam tu dah. Aku tak nak jadi kasar, aku perempuan weh.perempuan.

Aku sebak bila orang kata aku, tak ada sapa pun paham aku weh. zati dengan fatin je paham aku. Aku dah tak taw nak luah kat sapa. Aku akan berdoa biar satu hari nanti korang akan nampak aku lebih feminin dari korang. Aku tak nak pun benda benda ni jadi. percayala. Aku perlukan seseorang yang boleh bimbing aku untuk jadi lebih keperempuanan. Seseorang yang boleh mengubah segala galanya tentang nurhidayah yang kasar kepada nurhidayah yang lembut.

Tolong jangan buat aku terguris lagi dengan kata kata anda. Aku normal,aku tak suka perempuan. Please take note! Orang yang dekat dan kenal aku je tahu benda yang sebenarnya dan layak menghukum aku. Yang lain diam please,jangan buat conclusion sendiri. Dan mungkin ni salah satu sebab aku malas nak rapat dengan kawan kawan perempuan. Aku tak nak dituduh. entah nak tulis perkataan tu pun tak mampu. :( Aku suka lelaki dan tak kan suka perempuan. Ingatlah dosa memfitnah lebih besar dari dosa membunuh.