Sunday, 29 June 2014

Ramadhan Pertama

Assalammualaikum...

Sambil aku membaca tadi aku terjumpa ayat ni yang mana sangat makan dalam jugaklah. Hati nak seronok sambut Ramadhan, nak diampunkan segala dosa, nak rasa nikmatnya ramadhan. Tapi sesungguhnya aku ni manusia hina yang penuh dengan "dosa semasa" atau dalam accounting dikenali sebagai "balance b/d sins"

berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Selepas jumpa saja ayat ni terus aku cuak, aku takut dan tak terkata. Aku tak nak tergolong dalam golongan diatas. Aku nak Allah ampunkan dosa aku, mungkin aku patut lebih serius dalam hal ni, aku sanggup jatuhkan ego aku, bercakap dengan orang orang tersebut balik. Tapi nak cakap macam mana kalau dah tak reti dan dah ada benda nak cakap. Saat ni, tak lebih yang aku mintak dari Allah melainkan diberikan kekuatan untuk tempuh tempuh benda ini semua. 

Semoga Allah memberi aku petunjuk.

Fadhilat solat tarawih malam pertama seperti keluarnya dosa dosa dalam diri orang mukmin yang baru dilahirkan dan mendapat keampunan dari Allah.

Saturday, 28 June 2014

Beberapa minit sebelum

Assalammualaikum...

Ada beberapa minit sebelum bermulanya tarawih. Aku saja nak taip jugak. Tadi syaitan sempat bisik supaya suruh buat tarawih kat rumah ja dah mak tak p. Setan mana lah yang terlepas ni. Heishh. Sebelum akuj solat maghrib tadi, aku sempat baca aku punya blog yang dulu punya. Tak dak la dulu sangat tapi lama la jugak. Aku pun macam tak sedar aku yang tulis. Jadi kat sini aku dah dapat hikmah aku ada blog.

Aku rasa aku patut ada blog dari form 3 lagi, supaya aku boleh baca balik aku yang dulu macam mana. Supaya sedikit sebanyak boleh bagi pedoman dekat diri yang terlalu banyak kekurangan ni. Semenjak dekat dua bulanni, aku dah kurang bercakap dengan manusia. Kalau dulu aku boleh bersembang dekat 5@6 orang satu masa, tapi sekarang aku dah malas nak sembang dengan siapa siapa pun. Aku nak menulis ja aku rasa. Selepas semua benda terjadi, aku fikir aku cuma nak berdunia dengan blog saja. Buat masa la lah. Sampai hati betul betul tenang.

Nak menulis lagi, tapi dah kena p. Selamat berpuasa semua.

posted from Bloggeroid

Friday, 27 June 2014

Assalammualaikum...

Harini Jumaat bersamaan 27 Jun 2014. Sepatutnya ada tiga benda jadi harini. Tapi satu dah jadi semalam. Dan Alhamdulillah aku happy dengan kejadian semalam. Aku nampak riak muka abah dengan mak happy dengar berita tu. Lain sangat. Dan yang keduanya yang ketiga biarlah aku sorang saja tahu. Tapi yang pasti yang ke tiga sangat bagi impak la.

Semakin hari aku semakin tak menentu. Dan satu satunya yang aku fikir bila serabut macamni aku nak lari duduk hutan dan buang semua benda yang boleh menghubungkan aku dengan orang. Tadi soalan dari abah sangatlah memakan diri. Rasa menyesal tapi sesalan tak baik wujud dalam diri seseorang. "Dan ingatlah hanya Allah sahaja tempat kamu meminta" ayat ni saja yang mampu bermain dalam fikiran.

Saat sekarang otak terlampau ligat berfikir, hati terlampau mengada, badan terlampau lemah untuk semua ini. Aku rindukan zaman budak. Main bola jaring sampai magrib. Tak risau berat badan, tak kisah muka hitam dan hati tak sakit bermain dengan perasaan. Memang aku tulis harini tak teratur tak ada tujuan sebagai tu lah hati aku sekarang.

Semoga Allh bagikan pengakhiran yang baik untuk semua ni. Aku perlukan ketenangan yang dah berminggu hilang.

Sunday, 22 June 2014

Perempuan

Assalammualaikum...

Dalam dunia ni, kalau kita tanya perempuan, dua benda ni ja yang menjadi masalah paling besar bagi diri wanita dalam kehidupan seharian. BERAT dan MUKA. Dan itulah yang aku tengah alami sekarang ni. Kalau bab berat aku redha dah berat macamni, nak kurangkan setakat dua tiga kilo sehari pun boleh. hahaha. gampang kan cakap? Tapi tu lah realiti aku, harini timbang 23 esok jadi 20 contohla. Mana boleh nyatakan berat sebenar kan. Hahaha.

Tahu tak apa perasaan orang yang ada resdung? Perasaannya sangat indah. Jangan malu mengaku diri ada resdung, lebih baik berubat cepat cepat sementara tak jadi lagi teruk yang sampaikan ada orang tu hilang deria bau tau. Sapa yang ada resdung ni jerawat kat muka dia selalu ada dan jarang lincin mukannya tanpa jerawat. Mula mula aku rasa sebab aku tukar pencuci muka baru maybe kulit nak try seimbangkan tu yang dia keluarkan segala jenis jerawat tu. Tapi bila dah seminggu dia asyik keluarkan tanpa henti sapa tak stress oiii. So aku belajar terima hakikat selepas membuat sedikit kajian mengenai resdung.

Bila dah alergic dengan seafood anda kena berhati hati sebab tu salah satunya tanda tanda resdung, bila makan benda benda yang kita alergic kita rasa gatal kat muka, okay tu satu lagi tandanya. Dan semua tu aku rasa. Kalau hampa nak tau lagi  tanda tanda hak lain google lah nah. heeee

Disebabkan terlampau stress semalam aku telah habiskan masa aku untuk google apa yang patut buat dengan resdung. banyak gila yang aku jumpa. Dan aku ada buat satu semalam, sampai aku tersilap buat dan akhirnya mata aku yang berair dan pedih. Benda mudah ja untuk hilangkan resdung ni. Tapi komitment penting. Kalau rajin cepat la hilang. Kalau malas padanlah muka aku. Ni aku kongsikan sikit caranya. 

"Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Tak pun ambik dua biji buah pinang. Potong dan asingkan kulitnya dengan buahnya. Lepastu kerat atau hiris kulit pinang tu sampai jadi macam tembakau (mungkin sehalus mungkin lah aku pun tak pasti) lepastu bakar dengan serbuk kunyit sikit dan hidu asap tu. In Shaa Allah menjadi. 

Ni ada beberapa blog yang boleh dirujuk. Cegah lah sebelum terlambat.

Rujukan 1 dan Rujukan 2

Tuesday, 17 June 2014

Kehidupan sementara

Assalammualaikum...

Dalam mencari rezeki yang halal untuk kehidupan seharian, gaji bukanlah faktor utama bagi diri aku. Biar gaji sikit asalkan persekitarannya tenang, bahagia dan tak stress dari gaji banyak tapi stressdengan persekitaran. Aku lebih rela pilih gaji yang sikit buat masa sekarang. Sebab bagi aku, alang alang nak stress biar stress betul betul, stress sebab kertas kerja, tugasan tersendiri, bukan stress disebabkan persekitaran sebagai contoh boss yang gatal nak mati dan mulut mulut murai yang suka berdengki. Memang aku tak boleh masukla persekitaran macamtu.

Aku lebih rela duduk dalam ofis kena kawal tiga komputer sekali gus dari duduk satu ofis yang bosnya gatal dan pekerjanya dengki. Ya sampai sekarang, masih tersimpan lagi sebenarnya cita cita aku dari form four iaitu nak jadi professional auditor dan ada audit firm sendiri. Cita cita yang takkan pernah hilang dalam diri aku. Disebabkan cita cita ni aku memilih untuk teruskan diploma akaun satu masa dulu. Belajar audit best. Sangat best. Aku tahu kerjanya stress macam nak kira helaian bulu dekat badan Ren, tapi aku suka. Sebab best, dia perlukan penelitian. Aku suka kerja yang mementingkan penelitian. Sebab dari situ kita boleh tengok seseorang itu ikhlas atau tak buat sesuatu kerja tu.

Bak kata Madam Sharifah, waktu muda muda la nak cari kerja yang susah dan mencabar dulu, tua tua dah ada family baru tukar kerja yang lagi mudah. Dan kerja yang paling sesuai kerja dengan audit firm lah. Tapi tu kalau kat KL. Kat Perlis susah. Sampai satu saat, aku pernah berazam dulu, walau macam mana sekali pun aku nak jugak bergelar External Auditor satu hari nanti. Takpa, biarlah makan masa, sebab untuk jadi External Auditor aku perlu ada ACCA atau pun ijazah dalam bidang akaun dan ada pengalaman kerja dalam bahagian akaun selama tiga tahun. Sekarang aku cuma ada diploma dan tu tak boleh melayakkan aku untuk pegang status tu. Dan yang paling lawaknya, aku pernah fikir, kalau aku tak dapat jadi external auditor, aku nak paksa anak aku suka akaun. Hahaha. Tapi bila fikir fikir balik, aku tak kisahla, kalau tak boleh jadi dekat dunia, simpan dekat syurga lah. Aku kena usaha bagi masuk syurga lah kalau macamni.

Sebenarnya bukan ini yang aku ingat nak tulis. Aku nak cerita pasal kehidupan sekarang. Selepas berhenti jadi cikgu Pasti haritu, aku kerja jaga budak lagi. Kerja ni tak stress, Kak Ainul, Abang Warid, Pak cik Roslan dan Mak kak Ainul baik. Sporting. Aku tak rasa aku sebagai pekerja kat sana. Aku rasa seperti seorang adik yang tolong jagakan anak kepada abang dan kakak aku saja. Serius suasana seronok, best, dan yang paling penting tak dak BOSS YANG GATAI. Makan sekali kadang kadang, tengok tv, duduk dalam air cond dan tak perlu mengunakan mulut yang banyak untuk bercakap sebab aku hanya selalu guna pekataan "ooo" "uuu" sahaja. Kadang kadang sajalah melayan si Wafiq tu cakap. Tapi dia bukan reti cakap pun lagi. Dan yang terbaru, dia dah pandai panggil aku. Dia panggil "ah" sebagai ganti nama Mak Ngah. Rasa seronok ok bila budak boleh panggil kita, tambah tambah lagi budak yang tak reti bercakap dan susah nak ngam dengan orang.

Sekarang ni, Padang Besar tu dah sebagai rumah kedua aku dah. Selalu sangat p sana. Aku rasa aku dah boleh hafai dah kedai kedai kat sana. Sebab aku selalu dibawak oleh Kak Ainul dan Abang Warid p beli stock kat sana. Depa buat perniagaan online. Depa sibuk sangat, sebabtu depa ambik aku kerja dengan depa untuk jaga anak depa tu. Wafiq tak boleh jauh dengan mummy dengan daddy dia sebab dia susu badan. Biasalah kalau budak menyusu badan, mana mau rengang dengan mak ayah. Orang kata sapa yang menyusu badan dekat anak dia sampai dua tahun nanti anaknya cerdik. Tapi tak boleh tinggal langsung lah budak tu. Kalau aku ada anak nanti, nak buat macamtu jugak ah. Mimpi. Hahaha.

Memang aku dapat offer dari boss lama jugak. Gaji lagi tinggi, tapi disebabkan Boss laki tu dok menggalak dengan aku, say good bye lah. Aku tak mau ada kena mengena dah. Bir lah kak iza kata aku sombong ka apa ka, asalkan aku tak mau jumpa laki dia dah. Seram ok seram. Duit gaji aku yang petama haritu, aku bawak p KL, duit gaji kedua pun sama bawak p KL jugak. Mungkin duit gaji ketiga ni aku ingat nak beli barang untuk aku sikit. Mungkinlah. Dan kalau ada jodoh, duit gaji keempat nak guna untuk 27 hb ni. Kalau tak jumpa, aku simpan lah duit tu untuk p KL jugak.Dan duit gaji kelima untuk guna p KL lagi. Aku rasa duit gaji aku habis untuk p KL ja banyak. -.-" Oh lupa nak cakap, aku ambik duit gaji aku setiap hujung minggu.

Ni lah gambar Kak Ainul, Abang Warid dan Wafiq. Depa ni one happy family tau. Aku harap kalau aku dah ada family, aku nak jadi macam depa. Sweet kalau chocolate cake.






Doakan aku berjaya dunia akhirat dan dapat kerja yang bagus bagus. Bai.

posted from Bloggeroid

Saturday, 14 June 2014

Ya aku sayangkan dia

Assalamualaikum...

Ya aku sayangkan dia, tapi persoalan yang selalu bermain di minda membuatkan aku berfikir, apa bezanya antara aku dengan couple couple yang lain? Cuma kami tak istiharkan ini sebagai couple saja. Tapi kami mesej setiap hari, berkongsi rasa, bergaduh dan semuanya yang couple lain buat. Dah tertera couple tu haram, tapi iman manusia yang lemah seperti aku kadang kala lalai sekejap. Sebagai seorang mualaf yang baru masuk islam, aku tak patut mengajar dan mendekatkan dia dengan zina. Kalau dari umum memanglah tak nampak zina yang terjadi, tapi secara dalaman, zina hati berleluasa setiap hari.

Ya aku sayangkan dia dengan ikhlas bukan untuk main mainkan hati, disebabkan sayang aku buat ini semua. Mungkin nampak aku kejam, aku jahat. Tapi sumpah aku tak dak terlintas langsung untuk mempermainkan hati dia. Aku buat semua ni untuk kebaikan dia dan aku jugak. Mungkin sekarang dia tak nampak lagi kebaikan aku buat semua ni, tapi satu hari nanti dia pasti akan berterima kasih kepada aku sebab buat macamni.

Ya aku sayangkan dia. Aku nak dia jadi yang halal buat aku dan bukannya yang haram yang belum pasti apa apa. Aku percaya pada qada' qadar. Aku pecaya pada takdir. Aku percaya pada jodoh. Kalau dah tertulis bahawasanya jodoh aku dengan dia sejak azali lagi, aku tak perlu takut aku tak perlu gentar dengan semua ni. Walau macam mana sekali pun akhirnya Allah akan ketemukan balik aku dengan dia macam Allah temukan Adam dan Hawa.

Ya aku sayangkan dia. Tapi aku sebagai manusia biasa yang punyai Tuhan iaitu Allah. Aku cuma takut jika aku terlampau sayangkan dia sampai akan mengakibatkan aku dan dia terlupa apa yang Allah tak suka. Aku patut bersyukur sebab Allah masih mahu menjentikkan " hidayah" dalam hati kecil ni supaya insaf sebelum terlambat, supaya balik ke landasan yang sebetulnya sebelum terlambat. Aku tahu, aku hanya manusia biasa yang lemah dengan ujian begini. Sebelum jadi lebih panjang, sebelum syaitan mempertawakan kami kerana rancangan dia dah berjaya lebih baik aku mengalah.

Ya aku sayangkan dia. Kalau sayang tak perlu contact selalu, tak perlu fikir selalu biar hanya ingat dalam doa selalu. Disebabkan sayangkan dia aku buat begini. Biar aku berundur dan mencari cinta yang hakiki dahulu sebelum aku tega mendapatkan cinta dari makhluknya. Kalau betul dia sayangkan aku kerana Allah, aku yakin dia akan tunggu dan redha dengan semua ni. Aku terlampau lalai mengejar dunia yang fana, hampir aku terlupa tujuan utama aku ialah akhirat. Aku tak suka "short term relationship" kalau boleh aku nak hubungan yang halal sampai ke syurga, bukan hanya ke akhir hayat. Aku harap dia faham dan usaha. Ya percayalah, aku harapkan dia bukan yang lain untuk jadi yang halal bagiku,

Aku perlu jaga aku punya cinta, aku punya hati, dan aku punya diri untuk yang sepatutnya. Disebabkan aku percaya dia, aku biarkan family aku tahu. Family yang sangat straight dalam bab bab ini. Family yang langsung tak boleh bersuara bab kekasih dan family yang sangat nak yang terbaik untuk anak dia. Sekiranya ditakdirkan jodohnya dengan yang lain, yang lebih baik dari aku, aku terima. Kerana aku hanya manusia biasa yang sangat mudah lalai dengan duniawi. "Kita perlu jadi seperti apa yang kita harapkan" Mungkin maksud dan cara kami memberi dan mentaksir cinta lain lain caranya. Tapi inilah cara aku mentaksir cinta. Aku sebagai muslimah, perlu menjaga hati hanya kepada yang halal. Maaf sebab saya telah melalaikan awak dari Yang Maha Berkuasa
posted from Bloggeroid

Friday, 13 June 2014

Temuduga Kedua

Assalammualaikum...

Lama jugak aku tak mengupdate dekat sini. Bukan tak mau update tapi tak dak benda indah yang berlaku. Ececece. Aku rasa macam Kl dengan Perlis duduk sebelah sebelah ja bila selang dua minggu sekali aku kena p KL. Haritu 26/5 -29/5 aku dah p KL. Dan selang lebih kurang dua minggu lepastu iaitu hari rabu lepas 11/6/2014 aku kena p KL lagi dan In shaa Allah dua minggu lagi aku kena p lagi KL. Ya Allah letih dia jangan cerita la. Bosan + penat+ jemu = aku tak suka p jauh jauh naik bas. Nak naik flight xdak promo. Matilah aku mau naik jugak mau hilang dekat RM500 campur kos sara hidup lagi sekali p. So sebagai pelajar akaun aku memilih merana asalkan menjimatkan. ngeh ngeh ngeh.

Yang kali pertama dan kali ketiga aku p KL, tak penting ceritanya. Yang penting cerita kali kedua. Masa depan mungkin. Bila aku dapat mesej kata aku dapat SPA, aku rasa macam errr seronok la jugak sebab kerja kerajaan ada dua hari cuti. Nampak tak permainan dia kat situ? Aku ni nak kerja ke nak cuti. Hahaha. Lantakkkk, aku suka cuti dan aku suka kerja. Sebab cuti boleh releks, kerja boleh duit. Dua dua penting dalam kehidupan aku. Sebenarnya ini jelah satu satunya alasan yang aku suka kerja kerajaan. Aku sebenarnya suka kerja swasta lagi sebab BONUS BANYAK + KLINIK PANEL+ GAJI+ BOLEH RAPAT DENGAN BOSS + EPF + MELANCONG. Nampak tak duit memonopoli segala galanya. hahaha.

Tapi mak dengan abah suka lagi aku kerja kerajaan. Lagipun aim aku berhenti belajar memang untuk memuaskan hati depa pun. Asyik depa ja berkorban kan, aku takut tak sempat balas jasa depa ja. Takpa tak ada rezeki slow slow aku sambung ACCA. Takpa biaq lambat asalkan dapat saja. Bila mak dengan abah tau aku dapat SPA, masing masing punya la excited. Terima kasih mak sebab belanja duit tiket balik. Maklumla gaji cukup beli tiket p saja.

Bila sampai sana aku stay rumah Bang Cik dengan Kak Naimah. Rupa rupanya tempat interview tu belakang rumah Kak Naimah ja. Dekat gila kot. Mula mula aku nak p naik moto sendiri, tapi minyak moto pulak takdak. So kak naimah lagi tolong hantar. Terima kasih lagi sekali Kak Naimah dengan Bang Cik sebab banyak tolong. OkKkak Naimah hantar depan pagar ja ok. Aku kena buat semua sendiri tanpa kawan tanpa mak. Tapi takpa, hal kecik ja tu. Aku kan tuff. kahkahkah. Buat buat tuff p lah, padahal segan dia jangan cerita.

Dah daftar apa semua tiba tiba aku terdengar kak dekat kaunter tu kata, "bilik  tu Pn blabla yang jaga kan, hmm masaklahhh" aku macam whatttt?? tapi dalam hati jalah. Lepastu aku pun berlalu pergi mencari bilik J yang dimaksudkan tu. Bila first masuk rasa macam mak aiiii banyaknya lelaki, macam mana nak lepas ni, mesti panel pilih lelaki punya. lepastu aku pun tunggu lah. Dan tiba masa aku, aku rasa nak terkencing, cuak ok cuak. Dahla sakit perut aku kerja on off ja. Masuk masuk aku pun buatlah macam yang aku belajar macam mana nak hadapi temuduga. Tapi ternampak aku cuak. Aku rasa aku gagal sangat jadi manusia. Padahal temu duga ja kot tak perlu nak takut macamtu semua. Kalau dulu aku boleh ja berdepan dengan apa apa pun situasi tanpa segan tanpa malu. Jadi aku buat keputusan, semakin aku dewasa semakin aku segan dan pemalu dan penakut.

Ada dua orang penemu duga. Dua dua perempuan. Tapi sat sebelum tu, aku nak cerita pasal baju. Tahu apa??? AKU TERBAWAK BAJU GELAP. Aku rasa dunia aku dah hancur punah dan semuanya. Kenapa Adam baru ingatkan aku bila aku dah sampai KL. -.-""" Ni lah padahnya bila tak dak Fatin, Ya, Shaz, Kokporat yang akan tolong aku bila masa aku ada benda penting untuk dilalui. Dulu waktu first interview depa lah komen macam macam itu ini tak kena, kena pakai ini pakai itu. Tapi untuk temu duga kali ni Ya sorang ja tau dalam rumah tu, tu pun aku bagitau hari yang aku nak p. Aku tak hebohkan kat ramai sangat sebab mak dah bagi amaran jangan bagitau sapa sapa pun. Tapi mana boleh aku simpan rahsia dari Zati, mas, amira dengan ya dan abang warid dan kak ainul sebab nak mintak cuti. Tapi Zati dengan Mas sibuk exam malas nak mengedik dengan depa sangat, Mira pulak, dia dok suruh study ja terlupa nak suruh check baju.

So Mira pun suruh aku kata aku suka hijau dan koko, sebabtu aku suka pokok. jadahhhhh. Hahaha. Tapi memang aku tipu pun penemu bual tu, aku kata aku suka koko dan hijau. Aku nampak dia jeling dekat file dekat baju aku. Jadi aku rasa macam lega sikit la. Lepastu ni antara soalan dan jawapan yang ditanya dan dijawab.

PB : Awak dari mana ek?
Aku: Saya dari Perlis.
PB : Jauhnya, kenapa tak mintak tukar kat Perlis je?
Aku : Dah , emelkan dah tapi dorang tak balas.
PB: Tak cuba call?
Aku: Tak jumpa nom phone.
PB : Terangkan pasal diri kamu.
Aku : Bla bla bla bla
PB : Mak ayah kamu kerja apa?
Aku : Mak dah berhenti kerja, Abah kerja pemandu.
PB : Mak kerja kat mana dulu?
Aku : Al wahida * sebab mak pesan jangan sebut HPA, tapi depa macam tak tahu aku senut pi lah HPA akhirnya. hahaha
PB ; habistu awak datang sini semata mata nak temuduga lah? kenapa isi tempat temu duga dekat sini?
Aku : Yap, saya datang semata mata nak temuduga ja. Dulu saya belajar dekat sini, sebab tu isi tempat temu duga kat sini.
PB : Boleh awak bagitahu tugas pembantu takbir pengkeranian dan operasi apa ?
Aku : bla bla bla * nasib aku ada baca tau.
PB : Boleh awak bagitahu apa nama Menteri dan kementerian yang dia pegang?
Aku : Dalam hati, tak gunaaaa mana aku ingat, tapi muka belagak jelah, YB. Dato' Seri Najib Menteri kewangan, Dato S Subraman Menteri kesihatan, Dato' Seri Hishammudin bin Tun Husien Onn Menteri Pertahanan. * aku kata dato' najib sebab dia pm, yang S subramaniam tu pulak sebab aku ada search sebelum ni, yang Hishamudin aku teka ja sebab dia kan selalu cakap pasal MH370. hahaha.
PB : Tun Hussein Onn tu PM keberapa?
Aku : PM ketiga. *nasib bab bab PM ni aku hapai,
PB ; Siapa PM ke6?
Aku, YB Dato' Seri Najib.
PB : Apa tanggung jawab seorang pembantu tadbir pengkeranian dan operasi ni?
Aku : Bla bla bla.
PB : ok, terima kasih.
Aku : Terima kasih.

Dan berakhirlah aku punya sesi temuduga dan benda benda nak dicerita lagi sebabkan gangguan teknikal banyak kali sangat.

Doakan aku dapat kerja ni ok, sebab aku nak kerja cepat cepat.