Monday, 23 February 2015

Tak ada alasan

Assalammualaikum...

Kalau dulu aku punya 1001 alasan untuk aku menetap di KL. Aku sentiasa mencari alasan demi alasan supaya aku boleh duduk sana. Tapi, dulu aku tak pernah dapat. Bila aku dah tak ada sebab untuk duduk KL, peluang tu sampai. Serius dah tak ada guna. Dah tak ada siapa dah kat sana. Kalau aku pergi pun, aku dah boleh bayang dah hidup aku. Hidup sebagai kuli kepada duit dan aku akan makin jauh dengan Allah.

Aku tahu, aku dah mula, aku pun tahu, aku perlu merantau untuk cari pengalaman kalau nak berjaya, tapi untuk menetap sana terus aku tak kuat. Biar NAC jelah tanggung kos perjalanan aku. Tu jelah penyelesaian setakat sekarang yang aku ada. 

Friday, 13 February 2015

Perjalanan

Aku dah mula melangkah
Melangkah dengan perlahan
Umpama bayi yang baru boleh bejalan

Aku gayat
Aku takut jatuh
Aku takut sakit

Langkahku dibantu
Namun aku tetap takut
Takut tak mampu berlari seperti yang lain

Aku takut tongkatku berkecai
Aku takut aku tak mampu bila saat itu tiba
Aku sayangkan tongkat dan tapak aku

-NAC-

Saturday, 7 February 2015

Senang vs Susah.

Kau rasa kau dah cukup susah ke sekarang untuk kau kenang masa kau senang nanti? Atau kau cuma rasa senang sekarang dan kau berangan angan nak kenang nanti waktu senang?

Wujudkah kejayaan yang dimulakan dengan senang dan diakhiri dengan kejayaan yang tak tersangga sangga? Kau tak nak susah tapi kau nak berjaya. Kau rasa kau layak?

Kau boleh terus bersenang lenang, buat ala kadar, ambik lepas dan tak payah penat penat. Mungkin kau boleh "berjaya" tapi kejayaan yang kau senang dapat pasti senang jugak kau hilang. Kau suka buat benda banyak kali?

Memang penat, memang susah, memang rencah semua ni. Tapi benda yang rumit bila kita sabar, tekun, dan istiqamah in shaa Allah hasil yang kita dapat boleh membuatkan kita "gelak sambil tersenyum". Memang makan masa, sebab benda yang sekejap nikmatnya sekejap saja. Tapi benda yang makan masa yang lama, in Shaa Allah nikmatnya lama.

Semoga kita berada dalam golongan orang orang yang memperoleh kejayaan dunia dan akhirat. 

Thursday, 5 February 2015

Assalammualaikumm...

Disebabkan aku dah tertengok cerita Istikharah Cinta tu dengan tak sengajanya, jadi aku perlu habiskan. Nak dijadikan cerita, tadi bukan tadi saja sebenarnya, sebelum sebelum ni lagi, aku selalu terfikir dengan tak sengaja. Wujud ka laki macam tu dalam dunia ni? mestila tak kannn. Dalam otak aku, laki ni mengarut, Laki mana faham perempuan. Aku selalu fikir ada ka lelaki dalam dunia ni yang ada perasaan nak bercintan cintun macam perempuan? Nak bersweet sweet tu apa semua, depa tak rasa buang masa ka buat semua tu?

Aku rasa lagi baik, lagi faedah depa main bola sepak atau lepak dengan kawan kawan dari bersweet dengan perempuan. Apa yang aku nampak, perempuan ni akan menyusahkan lelaki saja. Dan kenapa dalam dunia ni perlu wujud perasaan cinta kat manusia? Tak boleh ka semuanya perasaan sama saja ? Banyak yang aku tak faham. Lagi lama aku hidup lagi banyak benda pasal kehidupan yang aku tak paham.

Tapi, yang aku tau, kita jangan mudah percaya orang dan jangan bergantung pada orang. Manusia ni pengkhianat, pemungkir janji. Ya termasuk aku.