Thursday, 27 June 2013

27.6.2013

Aku kejam hari ni. Tapi zati dengan dilah kata tak.. Dia tunggu. Patut ke tak? Aku tak tahu nak buat pilihan.

Monday, 24 June 2013

Kata kata semangat

"Kawan kawan dah ada di sekitar kau,sokong apa kau buat, sekarang tinggal kau je nak bentuk diri kau"

"Kalau kau fikir itu, itulah jadinya, negatif, maka negatif lah"





"Jangan biarkan dorang nampak kau tak happy, mesti tunjukkan kau happy selalu depan dorang"








Dan yang paling penting ialah.

"Hang buat ja apa yang hang rasa okay, aku sentiasa ada belakang hang"

"Kau jangan mintak dijauhkan, nanti Allah dekatkan"



Thanks. :)

Ingat kiamat dah dekat, jadi kurangkan dosa tingkatkan ibadat :)

Thursday, 13 June 2013

Mereka

Assalammualaikum...

Macam aku berazam dari perlis lagi yang aku akan selalu updates blog selepas haritu dan Alhamdulillah aku rajin sikit la dari dulu. Kalau dulu bersawang jangan dikata apa lah kan. Ali ni aku nak cerita pasal kehidupan aku kat sini selepas erkkk camna nak cakap. Kawan yang terdekat mesti paham. Seronok tapi aku akui ada la sikit rasa rindu kepada si kawan tu, tapi sampai bila aku nak jadi lemah kan? Nak jadi bodoh kan? So biar la dia dengan life dia,kawan kawan dia. Dia suka kawan kawan dia macamtu. Lagipun kat akhirat nanti tak la teruk sangat kan aku nak jawab dengan Allah. Dia pilih kawan macam tu, dia ikut lah perangai sana.

Okay dah cakap pasal orang tak penting. Sekarang ni masanya aku nak cakap pasal orang penting dalam hidup aku. Kan aku dah tak dapat asrama, aku duduk luar balik,tapi bukan rumah carefour la. Aku duduk flat "maluri" a.k.a keling Nama betul dia maluri.orang panggil flat keling sebab ramai sanggat orang india kat sini. Aku duduk sini dengan semua yang aku sayang. Dulu semua. Sekarang mungkin tolak sekarang la. Semua baik baik dan semua paham aku. Bila aku kata semua ia hanya 5 orang ja okay. Seorang lagi tak termasuk.

Aku rasa bersyukur sangat sebab ALlah keluarkan aku dari rumah carefour tu. Even awal awal aku rasa tak tenang jugak duduk rumah ni, tapi disebabkan lima orang ni, hidup aku terasa seperti lengkap kembali. Aku bahagia walaupun kadang kadang hati aku menangis kerana sakit. Firstly kawan aku nak introduce mesti la fatin. Fatin dah pernah Ada dah dalam list blog ni yang berapa tahun lepas. Dan Alhamdulillah aku masih ditakdirkan berkawan dengan dia. Kami berkawan sejak dari kecik lagi kot. Sekolah rendah sama sama,sekolah menengah terpisah. Tapi kami tusyen kat tempat sama. Lagipun kami satu kampung ja pun. Dia baik. Serius sangat baik. Dia sangat memahami,dia selalu ada belakang aku dalam apa apa pun. Dia selalu jadi pendengar aku. Kami tak satu kelas sem ni.aku sedih sebenarnya. Ni lah dia yang terbaru. Fatin, sebenarnya aku selalu nak ucap terima kasih dekat hang tapi terkeluar. Aku tak reti nak tunjuk penghargaan kat hang. Apa apa pun thanks tau sebab selalu dengan aku.


~nurfatin nabila~


The second one yang aku nak introduced kat hampa semua ialah Alia Azreena. Dia ni anak aku kat sini. Anak tiri. Kat sini aku ada dua orang anak, anak tiri dan anak kandung. :3 Azreena sangat baik. Baik weh. Serius. Kami kenal dari sem satu lagi. Tak sangka dengan pangkat mak tiri ni boleh merapatkan kami sampai sekarang. Dulu waktu sem satu aku baik je dengan semua orang. Yela dulu baik kan. Sekarang yang baru jahat sikit. Hahaha. Dialah salah seorang penguat aku yang membuatkan aku mampu untuk keluar dari rumah sewa tu dan stay asrama. Dia prihatin. Sangat. Dia baik. Ya aku ulang banyak kali baik. Sebab itu je yang mampu describe dia. Disebabkan keprihatinan dia aku dengan dia rapat sampai sekarang. Bak kata dia sebenarnya nasib kami ni lebih kurang je bab pilih kawan. Hahaha. Hanya kami je paham. Ya, mak bangga ada anak macam ya. Jangan berhenti panggil aku dengan panggilan "mak" tau. Aku suka dengar bila kau panggil. -__-"


~alia azreena~

Yang ketiga ialah Shazmira asyikin. Dia ni kawan baik ya dengan kokporat. Dia jugak sifu aku untuk maf dan far. Dia pandai. Dia tak meninggi diri. Dia punya sifat penyabar hebat ooohh. Dia ni dari sarawak. Dia matured. Bukan senang ooo nak baik dan rapat dengan dia ni. Dia susah masuk dengan orang sikit. Dia pun sangat memahami. Start dari pasal kedudukan dalam kelas tu sampai sekarang aku still rasa terhutang budi dengan dia. Dia paham aku. T.T


~shazmira asyikin~

Yang keempat ialah kokporat. Tak nama sebenarnya Nur Atiqah. Aku je panggil dia kokporat sebab dia punya gaya macam kokporat wei. Serius. Dia ni kalautengok muka macam garang la sombong la. Tapi bila dah kawan, happy je,baik, kelakar. Okay kot kawan dengan dia. Aku mula kenal dia ni sejak aku sem satu. Waktu aku nak pergi mintak tolong ajar Ais. Tu pun kenal melalui ila (anak tiri aku) dia ni seorang yang memahami jugak. Dia boleh dipercayai dan boleh diharapkan. Dia faham keadaan orang. Itu yang membuatkan aku suka kawan dengan dia. Nama facebook dia dulu eiqa honey ezwan. Hahaha

~nur atiqah~

Yang terakhir ialah susmaliza. Dia ni aku panggil atm. Sebab haritu dia main ambik apa saja kat tesco,dengan handset baru lagi. I phone kot. Haha.aku memang suka membahan dia ni. Dia panggil aku kakak. Dia pun baik jugak. Dia student DAIS. kawan fatin amirah dengan zulaiha. Seronok kawan dengan dia happening ja.. 
Dia yang sebelah kanan tu. Kiri tu kakak dia.

~susmaliza~

Sorang lagi housemate aku xmampu nak cerita lagi buat masa sekarang. Okaylah jumpa lagi nanti in shaa Allah.




Monday, 10 June 2013

New Sem

Assalammualaikum....

Okay tak da la lama mana sangat kan aku tak update. heee. Berdasrkan tajuk mesti tau dah kan pasal apa yang aku nak bercerita kan. Uitm baru bukak sem,jadi aku pun kena p kelas balik la kan. bercakap pasal kelas,sebenarnya memang nak cakap pasal kelas pun. IDK nak describe macam mana. Tapi aku TAK SUKA kelas tu. Sekali lagi ek TAK SUKA Yala, kalau hampa pun aku rasa tak selesa tak suka. Bayangkan la, sem 1 sampai sem 3 kelas C sem 4 pulak kelas D masuk sem 5 aku TERmasuk kelas B pulak. 

Even dulu waktu sem 4 aku tak suka dan susah jugak nak terima hakikat bila dapat kelas D tapi tak seteruk apa aku rasa sekarang ni. Kelas D mula best sikit demi sikit dan akhirnya aku boleh terima. Yela sepanjang hidup aku tak pernah duduk kelas last kot,bila dapat bapakkk ah wehhh. Tapi kelas tu best, kawan kawan semua happening. Ni lah kelebihannya bila kita duduk kelas hujung, kita happy je memanjang. Kelas B pulak more boring, less friends, more serious, high discipline and for sure time study boring! and actually kelas tu ada something yang buatkan aku tak suka sebenarnya. Hanya kawan terdekat je tahu sebab apa. kelas tu budak pandai kot. Aku ni bukannya pandai pun. tersesat p situ buatpa tak tau. 

Bayangkan ah aku masuk masuk kelas tadi dorang macam terkejut, "eh dayah" "dayah kelas ni ke" yang kat lift tadi lagi la. "kau kelas apa?" "ohh kau kelas B ek" heyyy bukan aku batak sangat nak masuk kelas korang tu. Aku tak boleh nak tukar tau tak! Aku tawu mesti ramai pandang lekeh kat aku sebab aku dulu kan kelas D tiba tiba naik B secara tiba tiba. Aku duduk D dulu pun sebab aku repeat Law je taw tak. Kelas D memang kelas untuk repaters law okay. Tak macam Far dengan Maf, kalau sangkut salah satu kadang kadang duduk kelas C atau D. Mesti dorang expect aku repeat paper Maf atau Far la tu, sebab tu duduk kelas hujung. Yela orang tak pandai kan. 

Waktu dapat Result haritu pun sebenarnya aku tak tahu nak happy ke tak sebabnya dah lulus semua for sure duduk kelas B. Sebab setahu aku kelas A dgn B memang untuk kelas yang clear paper. Kalau nak duduk C aku kena sangkut satu paper. tak sanggup pulak nak mengulang sbelajar paper yang sama dua sem berturut. Penat tau. Setiap sem lebih dari orang tau. Aku nak p mintak tukar kelas haritu, tapi bila tahu Miss Anna yang handle aku surrender awal awal lah. Cari mati kalau nak mintak kat dia. Tapi betul wei, aku tak da kawan kat kelas tu. Even hampir semua aku kenal, tapi lain tau,aku tak rapat dengan dorang. Sedih weh. Dahla aku sorang sorang ja dari kelas D pergi situ, takda life betul. 

Tu baru sebut pasal kelas tak sebut pasal lecturer lagi. hmmm. Entahla aku harap sangat Sir D ajar aku. Sampai hati dia tinggal aku.hahaha. okay ah aku nak sambung tidur.

Ingat kiamat dah dekat, jadi kurangkan dosa dan tingkatkan ibadat :)