Tuesday, 26 November 2013

Kau ulang lagi. "Keras" "boleh jadi lebih perempuan" sebagai kawan yang rapat dengan aku, kau tak patut kata aku macamtu. Aku terasa. Sangat. Sebab aku benci perkataan tu.

posted from Bloggeroid

Tuesday, 5 November 2013

Kerja Part time

Assalammualaikum.

lama gila aku tak mengarut kat sini. cuti ni aku kena bekerja keras untuk dapatkan duit untuk bayaq duit yuran sem depan dan tanggung aku punya perbelanjaan kat perlis. nampak macam teruk kan? saja buat teruk. Hahaha. Tapi kalau aku tak cari sendiri mana nak dapat kan? aku bukan dari keluarga senang.

Okay habis cerita sedih. Mai aku nak cerita membengangkan pulak. nak dijadikan cerita hidup aku, macam biasa lah kalau balik aku takkan kerja terus. Aku akan duduk rumah dulu seminggu dua. Lepas raya haji haritu aku mintak la kerja nak kerja dengan mak shakirin. jiran aku lah. aku tak berapa nak okay sangat dengan dia sebenarnya. Tapi untuk mencari rezeki mintak p lah. lagipun kerja dengan mak dia bukan dengan dia.

Waktu awal awal aku mintak tu, dia kata penuh. Lepastu aku pun frust la. Aku ada la kata kat tqah aku tengah cari kerja. okay. Hari selasa tu aku dapat call pagi tu kata aku boleh kerja esok. seronok dahla. Tut tut petang tu on the way balik dari kedai topup dapat call dari madihah (kawan sekolah rendah) kata ada kerja kosong dan gaji dia sangat menarik dan tempoh kerja pun sat saja.. Aku pun jadi tak tentu hala dah. Sekali dua terus mai. Aku cakap kat mak and abah. Abah suruh p yg kerja dengan mak syakirin tu kat kedai makan. Aku pun yelah. lagipun selalunya pilihan pertama lagi tepat dan terbaik.

Esoknya aku pun p lah kerja kat nasi ayam tu dengan hati yang redha tak terima tawaran the store tu. Then, bila aku p sana aku kena buli sangat teruk. Kat sana xdak langsung sifat bekerjasama. Penting diri memanjang dan hipokrip. Aku tak boleh hidup weh. aku rasa macam nak nangis weh. aku kena buli. Sebelum ni aku pernah jugak kerja kedai makan, tapi taklah seteruk ni. Ni lah pengalaman kerja paling pahit dalam hidup aku mungkin. Aku harap ini yg terakhir dan tak akan ada dah pengalaman macamni.

Aku hanya rasa aman bila aku pergi solat je. aku mana boleh kerja dalam keadaan serius memanjang. Tak boleh weh. Okay aku cakap kat mak shakirin aku nk benti sebab aku dah dapat offer kerja kat the store,aku kata aku suruh kawan aku cari, kebetulan hari yg sama dapat. Aku tak cakap benda sebenarnya sebab aku tak nak la nanti dia kata aku ni pengadu. Kalau ikutkan hati, nak ja aku lari cabut waktu tu jugak. tapi apa kan daya aku p dengan mak aku bukan dengan moto sendiri.

Aku pun ambikla peluang untuk balik awal. pukul 8.30. Aku kata aku ada hal yg tak boleh nak dielakkan. Tapi memang betul pun. Aku kena naik The Store isi borang apa semua. Sampai ja The Store, aku p la cari orang yang Madi and KD maksudkan. Pastu p lah naik turun atas semua, dan aku dapat kerja tu. Kalini memang aku tak boleh lari lah, walau macam mana pun. Kalau tak nak dapat duit mana.

Esok tu aku pun p lah kat tempat yang dikatakan. Dekat sekolah Sains ja. Sampai sampai sana, tunggu lori lepastu kena angkut sendiri kotak kotak yang sangat berat. SANGAT okay. Aku ni semenjak dah besar aku ingat aku nak buang dahla aku punya kekuatan jantan tu. Sebenarnya dah makin kurang dah tenaga jantan tu selepas beberapa benda terjadi dalam hidup. Aku tengok orang orang yang kurus dari aku lagi senang tolak kotak kotak tu. Hampa makan kacip fatimah ka?????

Kak zai ialah orang yang uruskan kerja aku tu. Dia takut aku cabut dia cakaplah, harini ja teruk esok lusa dah tak, jangan cabut pulak esok. aku pun hee tak la. Macam biasa bila p tempat baru aku sependiam antara semua la jawapan dia. Yang bagusnya pasal  pekerja The Store ni ialah depa bekerjasama dan tolong menolong. Sebab tu aku bertahan haritu. Kat sana aku ada tiga supervisor. Aku bajet yang aku tak suka tu paling garang. Rupa rupanya dia yang paling baik.

Nama supervisor aku jangan ditanya lah, memang aku x cam la. Bukan tak ingat. nama lebih kurang sangat. Kat sana aku ada rakan seperniaga. Hahaha. Nama dia Elida. Tapi aku panggil dia adik,sebab dia bahasa diri dia adik. Dia dah kahwin dah weh, dah ada anak dah pun. seronoknya jodoh awal. Si Elida ni lawak jugak kadang kadang. Dia tanya orang, tak sempat orang nak jawab dia dah bagitau. Dialog dia sama saja, "ya nak cari size apa size M kat bawah size S kat atas". Macamtu lah ayat dia, xdak titik xdak koma. Patu dia kalau orang tak jawab dia akan kata masalah bila orang bodoh sombng ni.Yala kami kerja kena jaga baju dengan jeans kot. Kalau bersepah kami kena marah dengan supervisor Miss Tui gemok bak kata Linda. hahaha.Depa seronok korek baju bawak naik atas punggah tinggal macamtu, kami yang nak kena kemas balik. sepatutnya x yah kemas tau, tapi miss Tui la.ishhhh. Garang gila Miss Tui. Miss miss lain x kisah pun. Dia nak semua baju dan jeans tu berlipat sentiasa. Dah nama pun jualan gudang penghabisan stock mana nak boleh kawal orang orang dari memunggah.

Banyak weh kami kena lipat kain. aku tak pernah lipat kain sebanyak tu dalam hidup. Kawan kedua pulak Dik Da tak silap aku. Rupa rupanya dia adik senior sekolah aku yang garang dulu. Apala malang nasib aku. Hahaha. Dia baru habis Spm kot. pastu aku kenal kawan Elida, nama dia Dik ya. Rupa rupanya dia study dekat KPTM belakang kolej aku ja. tapi dia nak berhenti dah, so tak leh la nak jumpa kat sana. Pastu ada cashier sorang ni, rajin sungguh menyakat aku, nama dia Anis AMIRA. Amira lagi ok. banyak gila kawan aku nama amira. sighhh.. Ni pulak awek muda. umur 23 kot ka  22 tah tapi macam 19. Kawan dia yang laki kat depan tu handsomeeeeeee.

okay yang last sekali ialah Haslinda. ni rakan seBBM. dia pun BB user jugak. tu sebab kami boleh jadi kawan tu. Pakwe dia anak pengarah JAIS kot.tu pun nak lagi doctor yang dia jumpa kat hospital tu. cukup cukup la weh. biaq la kat aku sama. Dia punya muka dengan perangai sama macam salah sorang Amiera yang pernah aku kenal, sebab tu aku boleh masuk dengan dia.

Kat warehouse tu, lagunya asyik ulang yang sama saja. menyampah betul aku. kalau sebulan aku kerja situ. silap silap aku boleh hafal lagu cina tu. aku kerja kat Warehouse tu selama 12 hari ja kot. Dan gaji dapat bulan depan. Lambat la pulak. So aku kena cari kerja yang baru lagi lah jawabnya. Walaupun aku asyik kena marah (memang salah aku) tapi aku happy kerja bawah The Store kat Warehouse tu. Pengalaman paling best la.

Ingat kiamat dah dekat, jadi kurangkan dosa tingkatkan ibadat :)