Wednesday, 25 December 2013

Air gamat hilangkan jerawat

Assalammualaikum...

Sejak kebelakangan ni Nurul asyik pasang surah Ar Rahman berulang ulang kali dari Kamal udin tak silap aku. Serius sedap. Sangat sedap. Sebenarnya, surah tu penuh dengan sejarah aku sem lepas. Bila aku dengar surah tu, aku akan teringat betapa peritnya aku sem lepas, betapa bodohnya aku sem lepas. Dan disebabkan surah tu jugakla aku jadi kuat. Surah tu sangat bersejarah. Aku pilih surah tu sem lepas sebab azreena pernah cakap dekat aku, kalau dia rasa sedih, dia buntu, or dia ada masalah dia akan baca surah tu, dan In Shaa Allah akan tenang.

Aku malas nak ingat sem yang aku separuh gila, separuh mati, tapi bila nurul asyik pasang surah tu, aku akan terbayangkan saat sedih,jatuh aku sem 5 yang sambil baca, dengar dan hayati surah tu hampir setiap malam. Nasib aku masih ada iman lagi sem lepas, nasib Allah sayang aku lagi, aku tak buat benda benda bodoh. Nasib jugak Azreena pernah kenalkan surah tu kat aku dulu. Kalau ada masalah, hati rasa serabut cuba baca dan dengar surah ar rahman dari Kamal Udin tu. Dengan Izin Allah hati akan tenang balik.

Bila ingat balik, aku jatuh sebab aku jujur, aku tak menipu, memang aku sakit, tapi disebabkan sakit tu lah, aku mampu bangkit semula even tak seteguh dulu. Malas dah sebenarnya nak ingat benda lepas. Teruskan dengan cerita aku nak cerita kalini. Umur aku dah nak masuk 21 pun abah tetap tak bagi aku bercinta. Fuhh nasib aku cuma kenalkan F tu dekat mak dan cuma sebagai kawan. Tadi waktu aku suruh abah beli air gamat langkawi dengan bedak sejuk untuk baiki aku punya kulit muka, abah sempat kata "nak kulit muka elok bukan dengan benda ni semua, satu ja jangan dok mengatai kat sana" aku macam terkejut la. Dan aku terus bidas ah, aku mana mengatai pun. Dah betoi. Pakwe pun xdak kot. Geram sebab dituduh. Dan kejadian tadi membuktikan yang abah susah nak lepaskan anak dara dia ni waktu umur muda.

posted from Bloggeroid

Thursday, 19 December 2013

Mencari dan terus mencari sesuatu

Assalammualaikum...

Sehari dua ni, semenjak dua menjak ni, banyak benda berlegar legar dalam otak aku. Dan persoalan utama yang menjadi tanda tanya dalam diri aku kebelakangan ni ialah, "Siapa diri aku dan apa kelebihan aku?". Tu yang paling utama lah. ada sampingan lain yang kacau jiwa aku jugak. Aku tak tahu kenapa, persoalan persoalan ni bermain sangat kat kepala aku. Aku cuba cari jawapannya, tapi tak jumpa lagi.

Macam macam aku cuba. Tanya Encik Google lah. Aku nak tau siapa aku! Hati kecil terlampau memberontak. Mungkin lah, salah satu faktor yang mendorong aku jadi macam ni ialah Madam Azza. lecturer finance aku. Dia punya kata kata tak tajam, tapi sangat makan dalam. Dan disebabkan dia lah aku balik kelas terus google benda benda ni.

Banyak yang aku jumpa tapi, still tak jumpa yang betul betul dapat mengukuhkan hati, dapat meyakinkan aku, dapat aku jadikan idola. Aku tahu sebagai orang islam, aku dah ada semua tu dalam Quran. Aku akan sentiasa berdoa supaya aku jumpa diri aku. Aku rindu diri aku. Aku tak kenal siapa aku sekarang. Macam orang yg lupa ingatan, tapi aku lagi teruk walaupun aku taw nama aku, umur, dan bla bla bla. Tapi aku tak taw siapa diri aku.

Aku perlukan usrah mungkin, perlukan pakar motivasi, kaunsoler mungkin. Salah satu benda yang aku jumpa ialah, dapat redha mak ayah dulu, bahagiakan mak ayah, hidup pasti bahagia. Ya ia macam biasa didengar, ramai orang selalu kata macam tu, tapi bagi aku maksud dia sangat berat. Aku bukan saja perlukan yang islamik tapi yang duniawi jugak aku perlukan. Aku perlukan penasihat. aku tak tahu nak cakap camna. Tambah tamba lagi bila dah nak habis diploma ni. Aku kena pandai tentukan aku punya jalan masa depan.

Susah. Berliku. Tapi mana ada orang berjaya dengan senang. Kalau tak dari sekarang aku merancang, aku mesti berubah, masa depan aku mesti hancur. Mungkin aku perlukan sesi minum pagi dengan madam Azza. Aku bangga bila tengok dia. Lepasan CAT dan ACCA. Aku kena tanya dia. Serius aku perlukan pembimbing sekarang. Sangat perlukan. Aku dah tak boleh bagi pendapat kat orang dah, aku dah tak boleh bagi nasihat kat orang dah. Teruknya aku. Aku harap belum terlambat bagi aku untuk cari diri aku balik. Dan satu je aku harap apa yang aku buat aku harap dapat membahagiakan mak dengan abah.


Tuesday, 10 December 2013

Hidayah

Assalammualaikum...

Hai aku banyak kerja nak kena buat. Tapi tangan gatal nak menaip. Allah tu Maha Memahami. Sangat suka memberi apa yang kita perlukan, kadang kadang tanpa kita minta. Sebabtulah Allah dikenali sebagai Sang Pencipta dan Sang Perancang terhebat dalam alam ni. Allah memberi dan memberi, aku kadang kadang sampai malu dengan Allah. Aku tak mintak tapi dapat, aku buat jahat lepastu mintak dapat. Allah ni baik sangat. Dia memberi bukan apa yang aku mintak,tapi apa yang patut dan selayaknya aku dapat.

Dan sekarang, aku dah jumpa dah apa hikmah disebalik kehadiran Mr.F, kifarah yang cepat sangat berlaku, hikmah disebaliknya sakit, hikmah dari pilih diploma berbanding matrik. Sungguh perancangan Allah terhebat. Kadang kadang aku pernah jugak terfikir, nasibla aku dilahirkan sebagai islam sejak kecil dan bukannya kafir. Sejujurnya, bulan ni saja berapa kali dah Allah ketuk pintu hati aku untuk bagi "hidayah" tu, tapi aku tetap tak boleh bukak. Aku cuba bukak, tapi sekejap je,lepastu tertutup balik. Allah datangkan balik "hidayah" tu kat aku, tapi aku tak gapai beul betul. Susah sebenarnya nak dapat "hidayah" Allah dan nak kekalkan dia.

Ya nak dapat "hidayah" tu susah. Tapi bila dah dapat indah dia hanya Allah saja yang tahu. Hidup di zaman yang aku anggap zaman dajjal ni susah sangat nak kuatkan iman tambah tambah lagi nak tambah iman. Susah. Susah. Susah. Sungguh tak ada orang yang perfect dalam dunia ni. Tapi nak jadi 40% perfect pun susah. Alau nak sebut pasal makanan, hampir semua makanan restoran sekarang tak mementingkan halal haramnya. Mesti ada cacatnya kat mana mana. Even dekat tepung yang kita tak pernah ambik berat pun, kalau dah kandungannya ada terletak babi sikit, last last jadi makanan, kita makan,haram jugak. Susah kan? Tu baru cakap pasal makanan. Benda asas manusia. Tak sebut pasal pakaian,rumah kereta,dan lain lain lagi yang melibatkan riba yang akhirnya dosa kita dapat kalau kita lakukan.

Tak indah la syurga kalau senang untuk manusia masuk kedalamnya. Tak sakitlah neraka kalau susah untuk dapatkannya. Allah itu Sangat pandai. Kalau Dia tak sayang kita, dia takkan uji. Dan dia takkan bagi ujian kalau kita tak mampu tempuh. Betapa jahatnya kita, Allah sentiasa tunggu taubat dari kita. Okaylah nak basuh baju dan study untuk presentation khamis ni. Wish me luck.

posted from Bloggeroid

Monday, 9 December 2013

Kenduri dan sakit

Assalammualaikum.

Harini aku, ya fatin, ain dan shaz pergi makan kenduri dekat rumah sepupu ila. Dari awal nak pergi tu memang susah gila nak dapat teksi. Ya la dah lima orang. Tempat tu macam susah pulak. Dah habis bergambar berseronok sakan, kami pun beransur pulang dari majlis tu. Sambung pergi axis apa ntah kat pandan indah tu untuk solat asar sebelum kami bergerak ke KLCC pulak.

Sampai KLCC, asalnya kami nak ke pc fair, tapi disebabkan masing masing tak dak apa nak dicari so,kami ambik keputusan nak berkelah ja kat tasik kat klcc tu. Tasik ke?kolam rasanya. Macam biasalah bergambar pekara wajib kot. Sampai perut masing masing lapar. Nak makan bekalan yang mak ila kirimkan tadi tapi air pulak tak da, so tahan jelah lapar tu. Bergambar punya bergambar sampaila dekat pukul 7 ke 7 lebih ntah. Kami pun ambik keputusan nak cari masjid dulu sebelum balik naik bas rapid. Nak jimat duit katakan.

Cari punya cari, tawaf punya tawaf baru jumpa masjid as syakirin tak silap aku. Jauh gila weh nak p ke sititu semenjak tengah renovate ni. Masjid tu cantik. Ya kata dia teringin nak solat kat situ sebab dulu dia pernah sampai situ waktu darjah 6 dan dia tak sempat sembahyang sebab cari tempat sembahyang tak jumpa. Sebab tu harini nak semayang jugak kat situ.

Okay cerita yang sebenarnya aku nak cerita ini sebenarnya. Lepas dari balik dari masjid tu, on the way nak cari bas, kaki ain ntiba tiba terseliuh, bunyi kuat gila. Terus bengkak on the spot. Dia tak jatuh, tapi dia tak naak step kat depan dia macam ke bawah nor ke atas sikit. Sebab tu lah. Terus kitorang cuak, nasib ada abang hotel u olong tahankan teksi. Dan teksi tu nak tak nak kena terima jugak kitorang naik lima orang, even syarat teksi xleh naik lebih dari 4 orang.

Kami pun suruhlah teksi tu pi ke HKL sebab btu paling terdekat dan termampu bagi student macam kami nak pi. P sana doktornya cantik,tapi garang nak mampoih. Ada masalah kat luar rasanya. Tapi tak mpatut layan orang macamtu. Urus itu dan ini sampailah pukul 10 lebih baru sampai rumah. Kan rumah aku tingkat tiga, bayangkan lah nak kena bawak orang yang kaki dia terseliuh kena simen naik tangga sampai tingkat tiga. Nak patah tulang jangan cerita lah. Tapi disebabkan kami semua ni setia kawan, masing masing tolong.

Sampai sampai atas semua muka lega gila. Penat ooo. Aku tak sempat nak mesej zati, nak balas whatsapp dilah handset hang, mesej classmates x sempat balas. Maaf sangat sangat. Aku letih, benda jadi tiba tiba. Maaf sangat sangat dilah.zati.

posted from Bloggeroid

Sunday, 8 December 2013

Nothing

Assalammualaikum.

Kehadiran mas dengan tiba tiba lagi haritu membuatkan aku terfikir pasal incik F semula. Aku malas nak cerita kat dia lagi pasal F sebab waktu tak kena lagi. Nanti aku akan bercerita dengan sendirinya. In shaa Allah. Aku teringin nak chat dengan hang tapi aku kekok. Sigh dan sigh again. Hidup aku boring, aku penakut sebenarnya, aku takut dengan benda yang tak sepatutnya, aku hanya berani melawan dan bersuara benda benda yang berkaitan pelajaran je, tapi bila melibatkan kawan dan perasaan orang lain, aku akan berdiam, tak balas, dan mengalah. Aku penakut.

Kejadian yang berlaku semenjak dua menjak ni membuktikan bahawa Allah itu sangat dan Maha Adil. Kifarah is everywhere. Cepat atau lambat je yang pasti kau akan dapat. Kadang kadang aku lemah dengan diri sendiri. Masa belajar sepatutnya fokus, tapi bila ada hal tak sepatutnya terjadi aku hilang mood. Aku tak boleh pegang buku. Aku teruk sangat bila tak boleh bahagikan masa dengan sebaiknya. Kalau dulu lagi stress lagi cpeat aku sedut ilmu tu. Tapi sekarang, lagi stress lagi lambat untuk aku berfikir.

Pernah aku terfikir, aku bencikan diri aku yang sebelum ni dan sekarang. Penuh dengan kepura puraan. Nak nampak perfect di depan semua orang, nak nampak kuat di depan semua orang. Aku tak nak orang tahu yang sebenarnya aku lemah. Aku tak sekuat seperti luaran aku. Aku sangat lemah kot. Bagi aku, kalau berjaya buat orang gelak itu sangat bahagia. Aku suka tengok orang tersenyum dan tergelak. Dengan buatkan depa tergelak, itulah yang membantu semangat aku.

Muka aku sekarang teruk.aku sedih tengok muka aku sekarang. Sangat kot. :( arghhhhh. Sebenarnya aku rasa macam aku lah manusia paling teruk dalam dunia ni. Semuanya aku yang teruk,aku lemah, aku ni pengecut. Aku tak tahu motif aku menulis benda benda mengarut ni kenapa. Tapi aku rasa nak menulis. Nak meluahkan. Ok baiiii

posted from Bloggeroid