Saturday, 16 May 2015

Marah
Tegas
Kasar
Bising
Garang
Serius

Itu aku
Cara aku
Tunjukkan aku kisah
Aku suka
Aku ikhlas

Bukan aku benci

Sunday, 29 March 2015

Kosong

Kosong
Tak terungkap
Tak mampu ditafsir
Hanya mampu merasai

Kosong
Punya semua
Tapi kurang
Kurang sesuatu

Kosong
Cuba mencari
Untuk mengubah
Tapi tetap kosong



Thursday, 12 March 2015

Aku rasa salah satu sebab jerawat dekat dahi aku semakin tumbuh ialah aku terlampau berfikir. Kadang kadang jahat jugak aku ni, asyik stress ja fikir tentang belajar dan kerja. Aku langsung lupa dengan tujuan awal aku sebab apa tak sambung belajar dan aku tak pernah enjoy life aku.

Lagi sekali aku rasakan aku ni manusia paling tak bersyukur. Aku tak boleh terima, aku hanya ada diploma, dan aku hannya bekerja sebagai kerani biasa di sekolah, yang jauh dari skop belajar aku. Aku terlampau fikir macam mana nak dapatkan kerja baru, nak puaskan hati aku, nak tunjukan dekat cikgu azniyati, nak tunjuk dekat cikgu haliza, cikgu rozana dan beberapa kawan aku yang tak pernah faham sebab aku berhenti belajar. Aku terlampau nak kejar status, sampai aku ketepikan perasaan gembira yang aku dapat sekarang.

Memang kerja pembantu guru sekarang ni tak boleh dimegah megahkan, tak buat akaun, kerja dengan kerajaan, tapi sebenarnya kerja ni telah tunjukkan bermacam macam benda dalam kehidupan aku. Dia telah mendidik aku sedikit demi sedikit, cara bersopan, cara menghormati orang, cara melayan tetamu, cara orang bawah dan cara orang atas yang sepatutnya.

Aku rasa aku perlu berubah, berubah dari niat hendak puaskan hati sendiri dan orang lain. Apa yang aku perlu buat sekarang ialah enjoy my life. Aku akan ikut saja. Aku cuba terima ini, supaya di kemudian hari aku tak menyesal kerana siasiakan perasaan sekarang. *sambil tersenyum aku tulis ni

Friday, 6 March 2015

Assalammualaikum...

Hari demi hari demi hari demi hari. Hmmm... Aku semakin tak semangat p kerja. Kalau rasa tak boleh baayaq gaji bagi selaras, jangan bayaq langsung. Kesian kot kat orang yang tak dapat lagi. Aku tau la, hampa gaji memang tetap masuk hujung bulan. Hampa siap ka dak buat kerja hampa, gaji tetap masuk.

Kami pun manusia biasa, yang perlukan gaji. Takkan kerja dekat dua bulan setengah x dapat gaji langsung? Baik hampa tahan gaji kami bagi hujung blan 3 untuk tiga bulan terus. Ni konon nak buat sebluan sebulan. Tapi sebulan gaji pun aku xdapat lagi. Orang lain dah dpt dari minggu lepas lagi Aku pun manusia jugak, ada mak ayah, ada adik adik nak kena tolong, takkan aku nak kena buat saja kerja tanpa dapat gaji?habistu aku nak makan apa? Memang tak la kan.

Semenjak Nurul duduk asrama, aku rasa sunyi la jugak, tapi bila dia balik ja aku rasa kesian la, nak la sembang dengan dia. Tapi tak sempat nak ajak sembang, dia dah stresskan aku tanya gaji bila masuk, awis pun asyik tanya ja, abah pulak siap suruh aku boikot tak yah pi kerja kalau tak dapat dapat gaji. Siapa tak stress beb? Dan last sekali aku terlepas kat nurul. Kesian tu kesian, sepatutnya aku sembang la dengan dia tapi hmmmm.

Macam mana nak ubah sikap panas baran aku ni tak tau. Yang aku tau puncanya semuanya ialah duit. Kenapalah duit perlu wujud dalam dunia ni?

Monday, 23 February 2015

Tak ada alasan

Assalammualaikum...

Kalau dulu aku punya 1001 alasan untuk aku menetap di KL. Aku sentiasa mencari alasan demi alasan supaya aku boleh duduk sana. Tapi, dulu aku tak pernah dapat. Bila aku dah tak ada sebab untuk duduk KL, peluang tu sampai. Serius dah tak ada guna. Dah tak ada siapa dah kat sana. Kalau aku pergi pun, aku dah boleh bayang dah hidup aku. Hidup sebagai kuli kepada duit dan aku akan makin jauh dengan Allah.

Aku tahu, aku dah mula, aku pun tahu, aku perlu merantau untuk cari pengalaman kalau nak berjaya, tapi untuk menetap sana terus aku tak kuat. Biar NAC jelah tanggung kos perjalanan aku. Tu jelah penyelesaian setakat sekarang yang aku ada. 

Friday, 13 February 2015

Perjalanan

Aku dah mula melangkah
Melangkah dengan perlahan
Umpama bayi yang baru boleh bejalan

Aku gayat
Aku takut jatuh
Aku takut sakit

Langkahku dibantu
Namun aku tetap takut
Takut tak mampu berlari seperti yang lain

Aku takut tongkatku berkecai
Aku takut aku tak mampu bila saat itu tiba
Aku sayangkan tongkat dan tapak aku

-NAC-

Saturday, 7 February 2015

Senang vs Susah.

Kau rasa kau dah cukup susah ke sekarang untuk kau kenang masa kau senang nanti? Atau kau cuma rasa senang sekarang dan kau berangan angan nak kenang nanti waktu senang?

Wujudkah kejayaan yang dimulakan dengan senang dan diakhiri dengan kejayaan yang tak tersangga sangga? Kau tak nak susah tapi kau nak berjaya. Kau rasa kau layak?

Kau boleh terus bersenang lenang, buat ala kadar, ambik lepas dan tak payah penat penat. Mungkin kau boleh "berjaya" tapi kejayaan yang kau senang dapat pasti senang jugak kau hilang. Kau suka buat benda banyak kali?

Memang penat, memang susah, memang rencah semua ni. Tapi benda yang rumit bila kita sabar, tekun, dan istiqamah in shaa Allah hasil yang kita dapat boleh membuatkan kita "gelak sambil tersenyum". Memang makan masa, sebab benda yang sekejap nikmatnya sekejap saja. Tapi benda yang makan masa yang lama, in Shaa Allah nikmatnya lama.

Semoga kita berada dalam golongan orang orang yang memperoleh kejayaan dunia dan akhirat. 

Thursday, 5 February 2015

Assalammualaikumm...

Disebabkan aku dah tertengok cerita Istikharah Cinta tu dengan tak sengajanya, jadi aku perlu habiskan. Nak dijadikan cerita, tadi bukan tadi saja sebenarnya, sebelum sebelum ni lagi, aku selalu terfikir dengan tak sengaja. Wujud ka laki macam tu dalam dunia ni? mestila tak kannn. Dalam otak aku, laki ni mengarut, Laki mana faham perempuan. Aku selalu fikir ada ka lelaki dalam dunia ni yang ada perasaan nak bercintan cintun macam perempuan? Nak bersweet sweet tu apa semua, depa tak rasa buang masa ka buat semua tu?

Aku rasa lagi baik, lagi faedah depa main bola sepak atau lepak dengan kawan kawan dari bersweet dengan perempuan. Apa yang aku nampak, perempuan ni akan menyusahkan lelaki saja. Dan kenapa dalam dunia ni perlu wujud perasaan cinta kat manusia? Tak boleh ka semuanya perasaan sama saja ? Banyak yang aku tak faham. Lagi lama aku hidup lagi banyak benda pasal kehidupan yang aku tak paham.

Tapi, yang aku tau, kita jangan mudah percaya orang dan jangan bergantung pada orang. Manusia ni pengkhianat, pemungkir janji. Ya termasuk aku. 

Friday, 30 January 2015

Jangan fitnah orang
Jangan tipu orang
Jangan belagak pandai even pandai pun
Jangan hina orang yang bodoh
Jangan mungkir janji

Jangan ego sangat
Jangan jatuhkn semngat orang
Jangan berhenti doa untuk kebaikan orang lain
Jangan bawak cerita
Jangan rasa bangga dengan diri

Jangan pergunakan orang waktu susah dan tinggalkan waktu senang
Jangan hina orang
Jangan kedekut ilmu
Jangan anggap diri tu saja betul dan tak nak terima pendapat orang lain
Jangan terlmpu pegang dengan prinsip sampai xnak dengar cakap orang lain


Jangan buat benda kat atas.

Friday, 23 January 2015

Assalammualaikum...

Dalam hidup kita ni, kita selalu meminta dan berharap apa yang akan terjadi seperti apa yang kita harapkan. Kalau tak dapat kita akan kecewa, menyesal, fikir negatif dan macam macam lagi akan kita rasa. Tapi kita jarang fikir, hikmah disebalik apa yang kita minta dekat Allah tapi Allah tak tunaikan. Allah bukan tak nak tunaikan apa yang kita mintak, tapi sebab Dia tau, kita patut dapat dan rasa benda yang lebih menarik dari apa yang kita harapkan tu.

Bila aku duduk saja saja, aku terfikir, setiap satu apa yang aku mintak dekat Allah tapi Allah tak tunaikan. Dan aku bersyukur sebab Allah tak tunaikan, sebab yang Allah bagi balik dekat aku untuk aku rasa, untuk aku tempuh lagi dan lebih menarik. Kalau dalam dunia ni kau harap nak seronok ja, memang tak best la hidup.

Tahun 2014 aku, banyak yang aku mintak dekat Allah dan banyak jugak yang Allah tak perkenankan sampaikan aku rasa benda benda yang tak sepatutnya seorang hamba rasa terhadap Penciptanya. Tapi, hari demi hari, satu satu aku dah nampak hikmah yang Allah tak perkenankan doa aku tu. Aku rasa bersyukur sangat sebab doa aku tu tak makbul. Jalan yang Allah bagi kat aku ni, rasanya lagi indah dari yang aku harapkan.

Adat manusia kan, sering leka bila Allah bagi kesenangan, pastu bila susah sikit mengeluh. Entahla, tempat kerja aku tu sangat banyak buatkan aku berfikir dan jadi seorang manusia. Aku dah start sayang tempat kerja tu, tapi cita cita aku macam mana? Jadi, terus aku serahkan kat Allah apa yang Dia nak aturkan lagi lepas ni. Aku akan terus dan terus belajar cinta Allah dan redha dengan apa yang Dia akan berikan.

Terima kasih Allah atas perjalanan hidup yang sangat menarik ni.

Tuesday, 13 January 2015

Assalammualaikum...

Lama aku tak bercerita dekat blog ni. Rindu la jugak. Kahhhh.

Alhamdulillah sekarang aku dah ada kerja untuk menampung kehidupan seharian aku. Walaupun kerja biasa biasa aku tetap bersyukur la sebab ada jugak rezeki Allah bagi dekat aku. Bila aku dapat tau aku dapat kerja ni, aku macam malas pulak nak pi, lepas dah set dalam kepala pasal rancangan dekat Shah Alam. Tapi Allah suruh aku duduk dengan mak abah lagi, so terima jalah.

Kalau duduk Perlis jadi manusia la sikit aku ni. kahhh. Okay pasal tempat kerja aku, LAWAK sangatttttt. Aku tak pernah jumpa sekolah selawak sekolah tu. Hahaha. jahat pulak aku. Mula mula aku rasa macam tak best la sebab aku dengan Nasihah kena duduk jauh. Dia kat libry, aku dekat pejabat. Baik tak payah nama "rakan sejawatan" kalau letak jauh jauh. Hahaha. Tapi dah lama lama aku dah biasa la.

Oh lupa, syukur lagi sekali aku dapat tambah kawan lagi. Dalam office aku ada 6 orang termasuk aku. Depa 5 orang lagi tu baik sangat. Depa tu sporting, seronok kawan dengan depa. Dan macam besa aku termuda lagi kat situ. kaahhhhh. Perasan sat.

Aku dapat kerja dekat Kedah ha. So aku punya rutin cuti berubah la sikit. Banyak la jugak sebenarnya. Sebab perlis cuti Ahad, Kedah cuti Jumaat. Sussah tau nak absorb. Sampai la tak boleh terima lagi kot. Disebabkan aku bekerja dengan sekolah, jadi aku terpaksa, harus dan sunat muaakad p tempat kerja diawal pagi. Seawal pukul 7 tau.

Kat tempat kerja baru aku ni, aku jadi baik. Sebabnya Line handset untuk Maxis teruk dia macam terjun dari tingkat atas KLCC tau. Hantar mesej pagi petang baru sampai tau. Seronok sangat. So saat ni la baru aku mempergunakan nombor celcom aku. Seronok kerja situ, tapi entah la, ada sesuatu yang tak terluah dengan kata kata. Apa apa pun tak sabar tunggu habis contract. Kahhh