Friday, 22 March 2013

Kuasa Allah melebihi segala galanya

Allah itu Maha Hebat. ya sangat dan sangat. Kali ni masuk kali kedua aku diuji dengan kalimah kalimah Allah. Dan satu lagi yang patut kita semua tahu walau sehebat mana pun syaitan tu dia tetap akan kalah jugak dengan Allah. Memang tak boleh dinafikan tugas si syaitan ni memang untuk menyesatkan manusia manusia di muka bumi ni terutama sekali Islam.

Kalau dulu aku diuji dengan seorang diri, tapi tadi dengan dua orang kawan aku lagi. Ya dan Shaz. Nasib Ya bagitau aku kata ada anjing kejar tadi. Kalau tak memang aku dah habis isi isi aku. Untuk makluman pembaca pebaca sekalian, aku baru dapat tahu la rupa rupanya kalau kita lalu depan kuil ke gereja ke kita kena mengucap sebab disebalik kuil dengan gereja tu terdapat sayaitan syaitan yang akan cuba untuk menyesatkan kita. Depa ni syaitan yang jenis kuat kuat la ni, sebab tu bila lalu depan kuil kita kena mengucap.

Lepas saja Ya bagitau kata kita kena mengucap bila lalu depan kuil sambil angkat jari telunjuk dan selepas aku mengucap, terus anjing anjing yang kat dalam kuil tu keluar kejar kami. Sebelum ni kalau aku lalu depan anjing yang memang garang pun dan tak berikat depa tak kan kejar aku. tapi kali ni depa kejar kami. Aku takut sangat tadi. Macam macam aku pikir. Nak samak macam mana lah kalau kena gigit tadi. Tak pun aku nak baling handset aku ke tempat lain. suruh anjing tu pergi tempat lain sebab tiba tiba aku terfikir kata anjing tu macam ular tedung. 

Seperti yang aku kata tadi. Walau sehebat mana pun syaitan tu dia tetap tak boleh lawan kuasa Allah. Allah hantar dua pemuda untuk tolong kami. Lelaki lelaki tadi bunyikan hon berulang ulang kali dekat anjing tu dan akhirnya anjing anjing tu berhenti kejar kami. Syukur sangat. Selepas sampai saja dekat tempat yang kami nak pergi tu. Aku mula berfikir, mungkin ini kerja syaitan syaitan disebalik kuil tu. Mungkin sebab dia dah tak nak aku mengucap dah bila lalu depan kuil lagi, sebab kalau aku mengucap lagi annti kena kejar. So syaitan syaitan tu hantar anjing anjing tu untuk kejar kami. Tapi ingatlah Syaitan, aku xkan mudah terpengaruh dengan korang. Aku ada Allah.

Aku harap nanti korang masuk Islam ek. Dan kepada lelaki lelaki yang dah tolong kami tu, aku doakan semoga korang murah rezeki. Aamiinn. 


Ingat kiamat dah dekat, jadi kurangkan dosa dan tingkatkan ibadat :)

No comments:

Post a Comment