Thursday, 13 June 2013

Mereka

Assalammualaikum...

Macam aku berazam dari perlis lagi yang aku akan selalu updates blog selepas haritu dan Alhamdulillah aku rajin sikit la dari dulu. Kalau dulu bersawang jangan dikata apa lah kan. Ali ni aku nak cerita pasal kehidupan aku kat sini selepas erkkk camna nak cakap. Kawan yang terdekat mesti paham. Seronok tapi aku akui ada la sikit rasa rindu kepada si kawan tu, tapi sampai bila aku nak jadi lemah kan? Nak jadi bodoh kan? So biar la dia dengan life dia,kawan kawan dia. Dia suka kawan kawan dia macamtu. Lagipun kat akhirat nanti tak la teruk sangat kan aku nak jawab dengan Allah. Dia pilih kawan macam tu, dia ikut lah perangai sana.

Okay dah cakap pasal orang tak penting. Sekarang ni masanya aku nak cakap pasal orang penting dalam hidup aku. Kan aku dah tak dapat asrama, aku duduk luar balik,tapi bukan rumah carefour la. Aku duduk flat "maluri" a.k.a keling Nama betul dia maluri.orang panggil flat keling sebab ramai sanggat orang india kat sini. Aku duduk sini dengan semua yang aku sayang. Dulu semua. Sekarang mungkin tolak sekarang la. Semua baik baik dan semua paham aku. Bila aku kata semua ia hanya 5 orang ja okay. Seorang lagi tak termasuk.

Aku rasa bersyukur sangat sebab ALlah keluarkan aku dari rumah carefour tu. Even awal awal aku rasa tak tenang jugak duduk rumah ni, tapi disebabkan lima orang ni, hidup aku terasa seperti lengkap kembali. Aku bahagia walaupun kadang kadang hati aku menangis kerana sakit. Firstly kawan aku nak introduce mesti la fatin. Fatin dah pernah Ada dah dalam list blog ni yang berapa tahun lepas. Dan Alhamdulillah aku masih ditakdirkan berkawan dengan dia. Kami berkawan sejak dari kecik lagi kot. Sekolah rendah sama sama,sekolah menengah terpisah. Tapi kami tusyen kat tempat sama. Lagipun kami satu kampung ja pun. Dia baik. Serius sangat baik. Dia sangat memahami,dia selalu ada belakang aku dalam apa apa pun. Dia selalu jadi pendengar aku. Kami tak satu kelas sem ni.aku sedih sebenarnya. Ni lah dia yang terbaru. Fatin, sebenarnya aku selalu nak ucap terima kasih dekat hang tapi terkeluar. Aku tak reti nak tunjuk penghargaan kat hang. Apa apa pun thanks tau sebab selalu dengan aku.


~nurfatin nabila~


The second one yang aku nak introduced kat hampa semua ialah Alia Azreena. Dia ni anak aku kat sini. Anak tiri. Kat sini aku ada dua orang anak, anak tiri dan anak kandung. :3 Azreena sangat baik. Baik weh. Serius. Kami kenal dari sem satu lagi. Tak sangka dengan pangkat mak tiri ni boleh merapatkan kami sampai sekarang. Dulu waktu sem satu aku baik je dengan semua orang. Yela dulu baik kan. Sekarang yang baru jahat sikit. Hahaha. Dialah salah seorang penguat aku yang membuatkan aku mampu untuk keluar dari rumah sewa tu dan stay asrama. Dia prihatin. Sangat. Dia baik. Ya aku ulang banyak kali baik. Sebab itu je yang mampu describe dia. Disebabkan keprihatinan dia aku dengan dia rapat sampai sekarang. Bak kata dia sebenarnya nasib kami ni lebih kurang je bab pilih kawan. Hahaha. Hanya kami je paham. Ya, mak bangga ada anak macam ya. Jangan berhenti panggil aku dengan panggilan "mak" tau. Aku suka dengar bila kau panggil. -__-"


~alia azreena~

Yang ketiga ialah Shazmira asyikin. Dia ni kawan baik ya dengan kokporat. Dia jugak sifu aku untuk maf dan far. Dia pandai. Dia tak meninggi diri. Dia punya sifat penyabar hebat ooohh. Dia ni dari sarawak. Dia matured. Bukan senang ooo nak baik dan rapat dengan dia ni. Dia susah masuk dengan orang sikit. Dia pun sangat memahami. Start dari pasal kedudukan dalam kelas tu sampai sekarang aku still rasa terhutang budi dengan dia. Dia paham aku. T.T


~shazmira asyikin~

Yang keempat ialah kokporat. Tak nama sebenarnya Nur Atiqah. Aku je panggil dia kokporat sebab dia punya gaya macam kokporat wei. Serius. Dia ni kalautengok muka macam garang la sombong la. Tapi bila dah kawan, happy je,baik, kelakar. Okay kot kawan dengan dia. Aku mula kenal dia ni sejak aku sem satu. Waktu aku nak pergi mintak tolong ajar Ais. Tu pun kenal melalui ila (anak tiri aku) dia ni seorang yang memahami jugak. Dia boleh dipercayai dan boleh diharapkan. Dia faham keadaan orang. Itu yang membuatkan aku suka kawan dengan dia. Nama facebook dia dulu eiqa honey ezwan. Hahaha

~nur atiqah~

Yang terakhir ialah susmaliza. Dia ni aku panggil atm. Sebab haritu dia main ambik apa saja kat tesco,dengan handset baru lagi. I phone kot. Haha.aku memang suka membahan dia ni. Dia panggil aku kakak. Dia pun baik jugak. Dia student DAIS. kawan fatin amirah dengan zulaiha. Seronok kawan dengan dia happening ja.. 
Dia yang sebelah kanan tu. Kiri tu kakak dia.

~susmaliza~

Sorang lagi housemate aku xmampu nak cerita lagi buat masa sekarang. Okaylah jumpa lagi nanti in shaa Allah.




No comments:

Post a Comment