Assalammualaikum.
Kalau berjanji dengan aku, tunai atau tak,tak penting sebenarnya. Aku cuma nak tengok kesungguhan seseorang menunaikan janji dengan aku je. Bila dah nampak kesungguhannya aku akan batalkan janji tu. Tapi ni jenis janji yang melibatkan duit keluar la.kalau setakat janji yang tak memerlukan keluarkan duit,aku akan tuntut sampai dapat. Heee. Okay aku memang jahat pun.
Harini ada kawan aku ajak pergi makan dekat krr. Itupun sebab janji. Dia bersungguh sungguh nak tunaikan, jadi automatically aku nak batalkan janji tu lah. Aku bukan kejam,nak pederas duit orang sesuka hati.hahaha. oh lupa nak bagitau, KRR maksudnya Kenny Rogers Roaster. Mahal kot harga makanna dia. Nak nangis makan situ. T.T hahaha. Tapi aku cakap kat dia x payah la. Kita keluar cari hadiah kat kawan aku je. Sebab esok birthday kawan aku Fatin Amirah. Dia orang kedua yang aku jumpa lahir hari yang sama dengan aku selepas dilah. Serius susah nak jumpa kawan yang lahir hari yang sama.
Okay abaikan pasal hari tu. Aku pun keluarlah dengan beliau. Penat tunggu dia,janji pukul 2 suku, 2.35 baru sampai. Okay dia ajak naik teksi,aku dah agak dah mamat ni pemalas nak jalan kaki padahal dekat ja. Sampai ja jusco, aku p lah mencari hadiah kawan aku tu. Cari dan cari,jumpalah. Tapi tak beli lagi. Aku teman dia p makan kat mcd dulu. Aku xmakan. Teman je. Dah dia lapar snagat. Dia nak belanja aku makan kat food court tapi aku xnak. Ye la janji jumpa nak sembang je kan. So makan dan makan dan makan,habis je dia makan kami pun startla story mory.
Macam macam yang dikongsikan. Dan yang paling aku ingat ialah dia kata, "aku kenal kau dayah, kau xkan update macamtu kecuali kau betul betul ada masalah. Aku kenal kau lama dah'' lebih kurang macamtu lah. Dia nak membodek aku,nak tahu masalah apa,tapi terus terang aku cakap,aku tak mudah percaya orang. Aku apa lagi cerita lah, tapi hahahahaa.aku je paham.
Kitorang lepak sampai 5 lebih, tu pun xsedar cepatnya lahai masa berlalu. Kalau kat kolej memang x leh sembang dah,dah lain kelas kan. Rindu kot nak gosip dengan dia sebelum lecturer masuk, mengusik dia. Yela penakut kot mamat tu. Apa yang penting ialah kami kawan je okay. Aku suka berkawan dengan dia, sebab dia baik. Balik tu dia belanja aku muffin 2. Sedap tau muffin tu. Heee. Thanks for today. :)
Ingat, kiamat dah dekat. Kurangkan dosa tingkatkan ibadat. :)
No comments:
Post a Comment