Thursday, 15 August 2013

Esok common test Uitm. Hati tak tenang. Fikiran bercelaru.
Kalau boleh patah patahkan tulang supaya aku boleh jadi lembut dah lama aku buat.
Kau cakap senang lah, aku dah cuba rasanya jadi lebih perempuan. Susah tau tak susah! Aku dah cuba kau apa tahu?! Kau ingat seronok ke jadi keras macam ni?! Kalau kat perlis aku rasa biasa je kot orang macam aku, kat sini tak perlu lah nak pandang aku keras sangat. Aku penat kot. Kalau malu tak payah kawan dengan aku. Okay?

Wednesday, 14 August 2013

Layakkah aku untuk sambung ACCA? Tapi itu je yang mampu. Tak dak ka KPTM belah utara yang tawarkan kos ni? Perlu ke KL jugak?
Hati sakit. Pedih. Semua benda tak kena. Aku benci Kl.Aku nak duduk perlis. aku kesian kat hati aku.

Tuesday, 6 August 2013

Iftar bersama mereka

4.8.2013

Bangun bangun pagi dapat mesej good morning dari nurul fatin, memang terkejutla jawapan dia. mimpi apa tah minah tu mesej Good Morning kat aku tiba tiba. Rupa rupanya nak ajak berbukak puasa sekali petang tu. Mula mula memang aku macam tak mau p, sebab esok tu aku dah janji dengan tqah nak berbukak sekali. Tapi bila dah diugut kalau tak p putus kawan, aku pun try lah mintak kat ayah aku jugak nak p dua dua hari tu. Permohonan aku dah berjaya, tapi mak aku was was sikit sebab dia tak pernah dengar nama nurul fatin,puteri dengan eda. Yala dulu kalau aku cerita pun dia bukannya nak ingat. So aku cerita orang orang yang penting ja lah. Sapa yang mak aku ingat nama tu,kiranya hebat lah orang tu sebab mak aku bukan senang nak ingat nama kawan kawan aku.

Bila dah jadi,fatin suruh aku siap sebelum asar. Aku ingatkan apalah benda penting sangat nak cerita sampai tak leh mesej,dan kena p awai gila padahal bukak posa lambat lagi. Rupa rupanya si tuan Puteri dok kat Aloq Setaq. Lepas p ambik eda, kami berbincang dan berbincang dan akhirnya puteri paksa kami p ambik dia kat alor setar jugak atas sebab sebab tertentu yang urgent.Gila pukul 5 baru gerak p, dengan masing masing tak tau jalan. heishh. Pastu lebih kurang pukul 6.30 baru kami sampai. Kami berbukak posa sekali dengan family dia. segan kot. Lepastu depa ajak p tengok wayang. Aku memang kena tolak,sebab ni kat aloq staq kot, kalau p tengok balik mesti pukul 12 lebih,cari mati dengan mak aku boleh ah. hahaha. so lebih kurang npukul 10 lbh aku sampai. Dan mak aku call mengadu kat abah aku. Dan nasib aku cerita kat abah aku jugak dan dia paham. Kenapalah abah p kelantan,kalau dia ada mesti dia x marah. okay tamat untuk 4.8.2013.


5.8.2013

Aku ingatkan tak jadi dah nak keluar bebukak puasa sekali dengan tqah sebab dia p alor setar petang tu dengan kawan kawan derma dia. Kalau tak jadi memang aku merajuk gila lah, sebab aku tunghu punya lama dah kononkononnya nak p makan kat mai cafe + pulak aku dah cancelkan iftar yang 6.8.2013 dengan kawan sekolah menengah. Dekat 6.30 lebih lebih macamtu dia mai punggut aku kat rumah dengan kirah. Aku saja suruh dia singgah kedai hock sebab nak beli tepung goreng pisang untuk gorengkan dia. Hahaha. Siapa suruh awal awal lagi hang niat jahat nak baling telur kat zahidah,last last zahidah x p,aku baling tepung kat hang. Hahaha.

Nak dijadikan cerita. Mai cafe penuh. Sedih weh sedih. Aku punya la berangan nak mp makan western. Xpalah,kami cari kedai lain, nama pa tah kedai ti,bomaq kot, kat depan masjid negeri. Sedap la jugak,tapi sikit. Kentang dia x gemuk. Aku suka yang gemuk. Hahaa.aku n kirah order chicken chop side dish aku kentang,kirah pulak coslow. Tiqah lamb chop.sedapnya lahai,terliur aku tengok. Hahaha. Air aku order dua, applemlaici dan teh o ais. Dahaga betul. Kirah pun dua jugak,air apa ntah.aku lupa.hahah. tqah teh ais. Pastu aku dengan tqah order burger lagi sebiji share kami dua. Tamak kan? Tqah la aku tak.hahaha. Pastu balik tu kami p sembahyang magrib kat rumah kirah dulu, kucing kucing kat rumah dia,bapak comei active gila.gemuk,tapi x berat. Haha. Lepas sembahyang apa semua,mulalah sesi baling membaling. Nasib kirah tangkap tqah dulu,mudah kerja aku nak baling kat tqah.seronok gila ah semalam, belari sana sini baling tepung. Hahaha. Aku saja cari beg warna pink bagi tqah. Biar gegurl sikit,senang sikit plan hang nak berjalan. Hahaha.

Bila aku kat perlis aku selalu rasa tenang, tak macam kat kl, sini kawan ramai. Sana pun ramai,tapi hati tak tenang. Hmmm. Ok ah sampai sini ja majlis iftar aku taun nu.








Saturday, 3 August 2013

satgi ingat nak p bazar kangar.tibatiba rindu jugak la kat mas. nak keluaq sama sama. tapi kena ego bila ingatkan something.

Friday, 2 August 2013

Tak terkata

Assalammualaikum...

Sekarang aku dah kat perlis dah. Seronoknya la haii. Akhirnya dapat jugak balik negeri tercinta tersayang tersuka ni. Hahaha. Balik balik tadi, bukak beg tiba tiba ada kotak hadiah dengan kad, sah kerja fatin. Bukak bukak tudung hijau. Lawa. memang aku ingat nak beli tudung hijau colour lebih kurang tu pun. Thanks fatin. Aku tak suka baca kad hang, Sebab setiap kali aku tengok apa apa yang hang bagi,aku akan rasa serba sala, benci diri sendiri,menyesal,macam macam lagi lah. sighh.

Haritu kan aku ada cakap kata ada orang masakkan spagheti kat aku.Serius sedap. Selain mak teh punya spagheti yang sedap, spagheti kau kedua tersedap pernah aku jumpa. Thanks sangat sangat buatkan makanan faveret aku tu.

Hari rabu haritu, aku keluar dengan azreena. Dapat jugaklah release tention. Ya cakap tu hadiah birthday girl. Hahaha. thanks la bawak mak keluar jalan jalan. Seronok. Petang rabu tu, sebelum balik shaz bagikan aku kad. ada perkataan greenish tau. tapi kad tu aku lupa bawak balik. thanks tau shaz. Kad tu lawa sangat. Yang lagi best, bangun bangun tido tengah malam haritu aku dapat gambar comel dari nurul amira. Even simple tapi aku suka.

no pictures sebab xboleh nak upload. :(

Thursday, 1 August 2013

tamatnya 31.7

Aku keluar dengan ya sampai pukul 11. Pergi Jalan Tar. Aku saja keluar sebab nak release tention. Nak try terima hakikat bahawa harini bukan birthday aku. Thanks ya sebab bawak aku release tention. Balik tu, tengah kusyuk aku cakap ngan gajah, tiba tiba ada segerombolan manusia datang bilik dan nyanyikan lagu Happy Birthday. Dan ada spagheti. Dan aku tak tahu nak bagi respond apa sebab yang buat surprise tu,orang yang aku tak sangka. Dia tahu aku suka bolognese. Btw thanks. Even kau kata sebelum ni hanya berlakon,maafla hati aku tak mudah nak percaya. 

Wednesday, 31 July 2013

Rabu

Hari ni harinya. Macam aku kata kan, aku tak menunggu,dan apa yang aku harapkan agar ia cepat berlalu. Aku tak rasa apa apa pun. Aku tak suka harini. sangat. tak tahu lah nak describe macam mana. Cukuplah sekadar zati and dilah yang wish. Aku xperlukan dari yang lain. Hanya depa ja yang mampu buatkan aku happy. tak sabar nak balik perlis esok. Satu satunya tempat yang mampu aku duduk untuk happy. sebenarnya rasa nak lari, nak duduk sorang sorang. Aku tak suka harini. Tak suka.

Tuesday, 30 July 2013

Rabu 31.7.2013

Berhari hari aku cuba, harini baru boleh bukak. sedih gila hidup aku. Dah la memang sedih dah hidup. Okay, actually esok 31.7.2013 dan aku tak suka akan tarikh tu. Serius tak tertunggu tunggu pun tarikh tu. Aku kalau boleh tak nak lalui tarikh esok. Aku harap semua manusia lupa kata esok birthday aku. Aku tak nak dengar satu wish pun esok. Aku benci esok. Aku tak suka. aku nak nangis rasa bila kenangkan aku kena tempuhi esok.

Hanya aku je tahu kenapa aku benci esok. Kenapa aku benci sangat. Aku rasa macam nak balik Perlis, duduk dalam rumah diam diam pastu berharap agar xda 31.7 dalam calender. Tolong jangan wish. Aku xnak sambut apa apa kaitan dengan birthday aku. 

Wednesday, 17 July 2013

dia dan law

Ramai suruh aku nasihatkan dia,tapi aku sendiri tak mampu nak tengok dia lagi. Ni lah masalahnya bila main main dengan kepercayaan aku. Ditambah pulak dengan mimpi ngeri pasal dia hari tu, lagi lah. Hmmm Aku tahu dia patut ditegur, kalau tak dia akan still macamtu. Tapi aku tak bersedia lagi nak tegur dia. Yela kalau aku tegur dia, macam tengah tegur diri aku la pulak.

Yela aku pun tak sempurna kot,banyak cacat celanya.. Siapa yang rapat dengan aku,dia akan kenal aku macam mana. Weh dia tolong lah berubah ek, aku tak suka dengar orang koment kau depan aku, depan aku kau tak macamtu, tolong berubah, aku merayu sangat.

Kadang kadang aku rasa macam nak katak dia time dia buat gedik macam perempuan tu, biar dia sedar diri dia tu lelaki bukan perempuan. Aku nak kau berubah, aku tahu kau mampu. Maaflah aku tak bertegur sapa dengan kau, sebab aku xmampu nak hadapi kau lagi pasal haritu.

Okay tamat kisah ni,mula pulak kisah boring kat kelas. Okay harini semua DIA part 5 yang ambik law tolak beberapa org yg dikecualikan atas sebab sebab tertentu ada quiz law. Heyy quiz je kot, tapi budak kelas aku study macam nak final ja. Aku punya tention jangan ceritalah tengok dorang study. Bapak ah masing masing. Takda life langsung. Jangan kutuk aku kalau aku terendah dalam kelas tu, sebab aku dah terlalu biasa sangat dapat rendah kalau quiz or test yang menyebabkan subjek membaca.

Ingat kiamat dah dekat, jadi kurangkan dosa tingkatkan ibadat :)

seminggu puasa

Assalammualaikum...

Harini dah cukup seminggu dah kita date dengan bulan ramadhan, tapi kenapa tak ada pun orang nak buat video pasal dah jumpa ramadhan seminggu dah. Okay malas nak masuk isu semasa sangat sangat. Berbalik kepada niat entry ditulis kali ni ialah nak cerita pasal life aku la,pasal apa lagi kan.

Harini anak aku ajak p berjemaah kat masjid.tarawih kat masjid. Sebelum ni kalau lepas bukak puasa mesti ramai ramai jemaah sekali.sekarang tinggal aku dengan ya je. Sedih sebenarnya. Tapi dorang ada sebab sendiri lah tu sebab pe xnak jemaah kan. Aku nak terima kasih sangat sangat kat ya, sebab ajak aku p masjid arini. Aku sedar something harini, betapa jahatnya aku,betapa hina pun aku, Allah still bagi peluang kat aku. Aku tak tutup aurat dengan sempurna, buat jahat,buat benda dia tak suka, tapi dia tetap tolong aku,makbulkan doa.

Baik kan Allah? Aku sedih sebab aku tak mampu jadi hambaNya yang bagus,baik soleh dan patuh arahan dia. Aku bersyukur sangat sebab dilahirkan dalam islam. Terima kasih Allah sebab sentiasa ada dengan aku waktu susah dan senang. Aku harap Alah boleh bagi petunjuk dekat aku supaya hati aku bersih dan boleh jadi hamba yang baik kepada penciptanya.

Ingat kiamat dah dekat, jadi kurangkan dosa tingkatkan ibadat :)

Saturday, 13 July 2013

akibat kelaparan

Assalammualaikum...

Harini rasa sedih sangat dengan hidup. Dalam poket ada seratus untuk sampai hujung bulan ni. Dah la bulan posa, duit pulak tak dak. Dugaan betul. Aku kena jimat sejimat mungkin untuk makan,beli itu ini dan semuanya.kalau dulu boleh la tak dak duit ja mintak kat mak,tak dak duit ja mintak. Tapi sekarang ni paham kan keadaan mak aku, aku kena berdiri di atas kaki dengan kasut sendiri. Dah berapa hari dah asyik makan telur je. Bulan puasa kan,standard lah lapar macam macam. Teringin itu,ini apa semua. Tapi aku tak teringin sangat la kan, biasa biasa je. Tapi nak jugak rasa macam p bazar.

Demi untuk mencapai matlamat aku ni, aku kena still berjimat sampai 25 haribulan mungkin. Nanti sekali boleh boros, boros betul betul. Aku tak pernah rasa macamni, seratus untuk survive selama 18 hari? Ohhh habis. Aku harap ada la keajaiban kat mana mana. Tapi dari nak beli kat bazar, aku rasa sedap lagi masak. Tapi nak masak banyak pulak barang yang tak ada. Peti pun xda nak simpan barang. Tapi kalau boleh p bazar ramadhan dekat shah alam, perghhh seronok hidup aku. P bersertakan duit la maksud aku.

Saat saat macamni rindu pulak nak berbukak dengan family makin membuak buak. Even makan gulai ja pun mesti sedap. Janji dengan family. Rindunya la hai dekat rumah. Dan bazar ramadhan,dan kucing dan makanan,dan bilik dan makanan dan ayam pangang dan makanan sedap sedap.dan makanan. Okay nangis. T.T aku paling lemah dengan makanan kot. :3 aku sanggup habis berpuluh puluh demi makanan dari barang.

Haritu kawan aku ada ajak berbukak kat luar. Aku buat buat macam excited jelah nak pergi. Dia kata nanti dia suruh aku tetapkan tarikh. Tak kan aku nak keluar dalam keadaan aku kaya ni kot. Maafla ye kawan sebab bagi janji palsu kat kau. Tambah tambah pulak aku baru tau sesuatu pasal kau. Kenapa mudah sangat kau cerita dekat orang ha?! Kau tahu tak disebabkan mulut kau tu, aku gaduh besar dengan orang. Nasib aku tak mudah percaya kau haritu.kalau tak habis. Aku rasa dia akan rasa aku bengang dengan dia nanti.lepas aku x layan wechat dia, kat kelas muet tadi dia tegur pun aku buat bodoh je. Geram tahu tak! Handset bagi orang sesuka hati ja, habis orang geledah mesej kau lah ceredik. Dahla kau dengan aku kena gosip. Lagi seronoklah dorang gosipkan. Macamni kau nak suruh aku percaya kau? Assalammualaikum la jawabnya.gggrrrr


Ingat kiamat dah dekat, jadi kurangkan dosa tingkatkan ibadat :)

Friday, 12 July 2013

.

Tolong pergi dan jangan datang dah.

Thursday, 11 July 2013

Can i believe what i've feel now?

Assalammualaikum...

Since i had lose my backbone, seriously i fell so so so down. I dont have people to share my funny story,my life. Hmmm. Okay back to the topic. During the MAF class just now, someone tell me that the 3 person that i hate much want to come to this house, because they want to go for tarawih. They want to 'tumpang' for a while. So, as you know what i feel. Very very hmmmm.After I have finished my class, something enter into my heart." Just let it happen. Until when you want to be like this dayah? If she ask for that, if Allah was write it. Just accept. Allah is planning the the more better life that you dont know and for sure you will like it, because its from Allah rite?"

Please remember, you just have less than one year to be happy with your friend. Try to accept this and try to forgive them. Try to accept what is happening. I'm afraid if what i feel is just for a while. Please pray for me. I dont want to live like this anymore.

Saja aku tulis english,sebab entah kalau dalam english lagi puas walaupun aku tau semua tunggang langgang. Aku nak try improve BI aku jugak. :3

First ramadhan

Assalammualaikum...

Harini first day puasa. Alhamdulillah seronok. Percayalah. Kami berbukak bersama sama. Berjemaah sekali. Berkongsi cerita lepas solat. Seronok. Terima kasih Allah sebab bagi kebahagian ni dekat kami.aku harap kekal.

Tuesday, 9 July 2013

Sepetang di JJ

Assalammualaikum.

Kalau berjanji dengan aku, tunai atau tak,tak penting sebenarnya. Aku cuma nak tengok kesungguhan seseorang menunaikan janji dengan aku je. Bila dah nampak kesungguhannya aku akan batalkan janji tu. Tapi ni jenis janji yang melibatkan duit keluar la.kalau setakat janji yang tak memerlukan keluarkan duit,aku akan tuntut sampai dapat. Heee. Okay aku memang jahat pun.

Harini ada kawan aku ajak pergi makan dekat krr. Itupun sebab janji. Dia bersungguh sungguh nak tunaikan, jadi automatically aku nak batalkan janji tu lah. Aku bukan kejam,nak pederas duit orang sesuka hati.hahaha. oh lupa nak bagitau, KRR maksudnya Kenny Rogers Roaster. Mahal kot harga makanna dia. Nak nangis makan situ. T.T hahaha. Tapi aku cakap kat dia x payah la. Kita keluar cari hadiah kat kawan aku je. Sebab esok birthday kawan aku Fatin Amirah. Dia orang kedua yang aku jumpa lahir hari yang sama dengan aku selepas dilah. Serius susah nak jumpa kawan yang lahir hari yang sama. 

Okay abaikan pasal hari tu. Aku pun keluarlah dengan beliau. Penat tunggu dia,janji pukul 2 suku, 2.35 baru sampai. Okay dia ajak naik teksi,aku dah agak dah mamat ni pemalas nak jalan kaki padahal dekat ja. Sampai ja jusco, aku p lah mencari hadiah kawan aku tu. Cari dan cari,jumpalah. Tapi tak beli lagi. Aku teman dia p makan kat mcd dulu. Aku xmakan. Teman je. Dah dia lapar snagat. Dia nak belanja aku makan kat food court tapi aku xnak. Ye la janji jumpa nak sembang je kan. So makan dan makan dan makan,habis je dia makan kami pun startla story mory.

Macam macam yang dikongsikan. Dan yang paling aku ingat ialah dia kata, "aku kenal kau dayah, kau xkan update macamtu kecuali kau betul betul ada masalah. Aku kenal kau lama dah'' lebih kurang macamtu lah. Dia nak membodek aku,nak tahu masalah apa,tapi terus terang aku cakap,aku tak mudah percaya orang. Aku apa lagi cerita lah, tapi hahahahaa.aku je paham.

Kitorang lepak sampai 5 lebih, tu pun xsedar cepatnya lahai masa berlalu. Kalau kat kolej memang x leh sembang dah,dah lain kelas kan. Rindu kot nak gosip dengan dia sebelum lecturer masuk, mengusik dia. Yela penakut kot mamat tu. Apa yang penting ialah kami kawan je okay. Aku suka berkawan dengan dia, sebab dia baik. Balik tu dia belanja aku muffin 2. Sedap tau muffin tu. Heee. Thanks for today. :)


Ingat, kiamat dah dekat. Kurangkan dosa tingkatkan ibadat. :)

Monday, 8 July 2013

Errr cinta?

Hati berbunga bunga. Itulah perasaan aku sekarang. Bahagia.. walau dalam diam walau bertepuk sebelah tangan. Tapi aku percaya takdir. Jika dia untuk aku, tak kemana. Hanya melalui doa aku sampaikan cinta dan rindu aku dekat kau.  Kalau ditakdirkan kita bukan bersama. Aku akan tetap doakan kau bahagia. Tengok kau bahagia mampu buatkan aku tersenyum. Terima kasih Allah hadirkan rasa ini. :)

Friday, 5 July 2013

Tiga

Makan bertiga dulu, p mana mana semua bertiga, shopping pun bertiga. Tapi la, berdua. Kalau x dengan hang dengan dia, susah nak jumpa tiga. Rindu dulu.