Thursday, 27 June 2013

27.6.2013

Aku kejam hari ni. Tapi zati dengan dilah kata tak.. Dia tunggu. Patut ke tak? Aku tak tahu nak buat pilihan.

Monday, 24 June 2013

Kata kata semangat

"Kawan kawan dah ada di sekitar kau,sokong apa kau buat, sekarang tinggal kau je nak bentuk diri kau"

"Kalau kau fikir itu, itulah jadinya, negatif, maka negatif lah"





"Jangan biarkan dorang nampak kau tak happy, mesti tunjukkan kau happy selalu depan dorang"








Dan yang paling penting ialah.

"Hang buat ja apa yang hang rasa okay, aku sentiasa ada belakang hang"

"Kau jangan mintak dijauhkan, nanti Allah dekatkan"



Thanks. :)

Ingat kiamat dah dekat, jadi kurangkan dosa tingkatkan ibadat :)

Thursday, 13 June 2013

Mereka

Assalammualaikum...

Macam aku berazam dari perlis lagi yang aku akan selalu updates blog selepas haritu dan Alhamdulillah aku rajin sikit la dari dulu. Kalau dulu bersawang jangan dikata apa lah kan. Ali ni aku nak cerita pasal kehidupan aku kat sini selepas erkkk camna nak cakap. Kawan yang terdekat mesti paham. Seronok tapi aku akui ada la sikit rasa rindu kepada si kawan tu, tapi sampai bila aku nak jadi lemah kan? Nak jadi bodoh kan? So biar la dia dengan life dia,kawan kawan dia. Dia suka kawan kawan dia macamtu. Lagipun kat akhirat nanti tak la teruk sangat kan aku nak jawab dengan Allah. Dia pilih kawan macam tu, dia ikut lah perangai sana.

Okay dah cakap pasal orang tak penting. Sekarang ni masanya aku nak cakap pasal orang penting dalam hidup aku. Kan aku dah tak dapat asrama, aku duduk luar balik,tapi bukan rumah carefour la. Aku duduk flat "maluri" a.k.a keling Nama betul dia maluri.orang panggil flat keling sebab ramai sanggat orang india kat sini. Aku duduk sini dengan semua yang aku sayang. Dulu semua. Sekarang mungkin tolak sekarang la. Semua baik baik dan semua paham aku. Bila aku kata semua ia hanya 5 orang ja okay. Seorang lagi tak termasuk.

Aku rasa bersyukur sangat sebab ALlah keluarkan aku dari rumah carefour tu. Even awal awal aku rasa tak tenang jugak duduk rumah ni, tapi disebabkan lima orang ni, hidup aku terasa seperti lengkap kembali. Aku bahagia walaupun kadang kadang hati aku menangis kerana sakit. Firstly kawan aku nak introduce mesti la fatin. Fatin dah pernah Ada dah dalam list blog ni yang berapa tahun lepas. Dan Alhamdulillah aku masih ditakdirkan berkawan dengan dia. Kami berkawan sejak dari kecik lagi kot. Sekolah rendah sama sama,sekolah menengah terpisah. Tapi kami tusyen kat tempat sama. Lagipun kami satu kampung ja pun. Dia baik. Serius sangat baik. Dia sangat memahami,dia selalu ada belakang aku dalam apa apa pun. Dia selalu jadi pendengar aku. Kami tak satu kelas sem ni.aku sedih sebenarnya. Ni lah dia yang terbaru. Fatin, sebenarnya aku selalu nak ucap terima kasih dekat hang tapi terkeluar. Aku tak reti nak tunjuk penghargaan kat hang. Apa apa pun thanks tau sebab selalu dengan aku.


~nurfatin nabila~


The second one yang aku nak introduced kat hampa semua ialah Alia Azreena. Dia ni anak aku kat sini. Anak tiri. Kat sini aku ada dua orang anak, anak tiri dan anak kandung. :3 Azreena sangat baik. Baik weh. Serius. Kami kenal dari sem satu lagi. Tak sangka dengan pangkat mak tiri ni boleh merapatkan kami sampai sekarang. Dulu waktu sem satu aku baik je dengan semua orang. Yela dulu baik kan. Sekarang yang baru jahat sikit. Hahaha. Dialah salah seorang penguat aku yang membuatkan aku mampu untuk keluar dari rumah sewa tu dan stay asrama. Dia prihatin. Sangat. Dia baik. Ya aku ulang banyak kali baik. Sebab itu je yang mampu describe dia. Disebabkan keprihatinan dia aku dengan dia rapat sampai sekarang. Bak kata dia sebenarnya nasib kami ni lebih kurang je bab pilih kawan. Hahaha. Hanya kami je paham. Ya, mak bangga ada anak macam ya. Jangan berhenti panggil aku dengan panggilan "mak" tau. Aku suka dengar bila kau panggil. -__-"


~alia azreena~

Yang ketiga ialah Shazmira asyikin. Dia ni kawan baik ya dengan kokporat. Dia jugak sifu aku untuk maf dan far. Dia pandai. Dia tak meninggi diri. Dia punya sifat penyabar hebat ooohh. Dia ni dari sarawak. Dia matured. Bukan senang ooo nak baik dan rapat dengan dia ni. Dia susah masuk dengan orang sikit. Dia pun sangat memahami. Start dari pasal kedudukan dalam kelas tu sampai sekarang aku still rasa terhutang budi dengan dia. Dia paham aku. T.T


~shazmira asyikin~

Yang keempat ialah kokporat. Tak nama sebenarnya Nur Atiqah. Aku je panggil dia kokporat sebab dia punya gaya macam kokporat wei. Serius. Dia ni kalautengok muka macam garang la sombong la. Tapi bila dah kawan, happy je,baik, kelakar. Okay kot kawan dengan dia. Aku mula kenal dia ni sejak aku sem satu. Waktu aku nak pergi mintak tolong ajar Ais. Tu pun kenal melalui ila (anak tiri aku) dia ni seorang yang memahami jugak. Dia boleh dipercayai dan boleh diharapkan. Dia faham keadaan orang. Itu yang membuatkan aku suka kawan dengan dia. Nama facebook dia dulu eiqa honey ezwan. Hahaha

~nur atiqah~

Yang terakhir ialah susmaliza. Dia ni aku panggil atm. Sebab haritu dia main ambik apa saja kat tesco,dengan handset baru lagi. I phone kot. Haha.aku memang suka membahan dia ni. Dia panggil aku kakak. Dia pun baik jugak. Dia student DAIS. kawan fatin amirah dengan zulaiha. Seronok kawan dengan dia happening ja.. 
Dia yang sebelah kanan tu. Kiri tu kakak dia.

~susmaliza~

Sorang lagi housemate aku xmampu nak cerita lagi buat masa sekarang. Okaylah jumpa lagi nanti in shaa Allah.




Monday, 10 June 2013

New Sem

Assalammualaikum....

Okay tak da la lama mana sangat kan aku tak update. heee. Berdasrkan tajuk mesti tau dah kan pasal apa yang aku nak bercerita kan. Uitm baru bukak sem,jadi aku pun kena p kelas balik la kan. bercakap pasal kelas,sebenarnya memang nak cakap pasal kelas pun. IDK nak describe macam mana. Tapi aku TAK SUKA kelas tu. Sekali lagi ek TAK SUKA Yala, kalau hampa pun aku rasa tak selesa tak suka. Bayangkan la, sem 1 sampai sem 3 kelas C sem 4 pulak kelas D masuk sem 5 aku TERmasuk kelas B pulak. 

Even dulu waktu sem 4 aku tak suka dan susah jugak nak terima hakikat bila dapat kelas D tapi tak seteruk apa aku rasa sekarang ni. Kelas D mula best sikit demi sikit dan akhirnya aku boleh terima. Yela sepanjang hidup aku tak pernah duduk kelas last kot,bila dapat bapakkk ah wehhh. Tapi kelas tu best, kawan kawan semua happening. Ni lah kelebihannya bila kita duduk kelas hujung, kita happy je memanjang. Kelas B pulak more boring, less friends, more serious, high discipline and for sure time study boring! and actually kelas tu ada something yang buatkan aku tak suka sebenarnya. Hanya kawan terdekat je tahu sebab apa. kelas tu budak pandai kot. Aku ni bukannya pandai pun. tersesat p situ buatpa tak tau. 

Bayangkan ah aku masuk masuk kelas tadi dorang macam terkejut, "eh dayah" "dayah kelas ni ke" yang kat lift tadi lagi la. "kau kelas apa?" "ohh kau kelas B ek" heyyy bukan aku batak sangat nak masuk kelas korang tu. Aku tak boleh nak tukar tau tak! Aku tawu mesti ramai pandang lekeh kat aku sebab aku dulu kan kelas D tiba tiba naik B secara tiba tiba. Aku duduk D dulu pun sebab aku repeat Law je taw tak. Kelas D memang kelas untuk repaters law okay. Tak macam Far dengan Maf, kalau sangkut salah satu kadang kadang duduk kelas C atau D. Mesti dorang expect aku repeat paper Maf atau Far la tu, sebab tu duduk kelas hujung. Yela orang tak pandai kan. 

Waktu dapat Result haritu pun sebenarnya aku tak tahu nak happy ke tak sebabnya dah lulus semua for sure duduk kelas B. Sebab setahu aku kelas A dgn B memang untuk kelas yang clear paper. Kalau nak duduk C aku kena sangkut satu paper. tak sanggup pulak nak mengulang sbelajar paper yang sama dua sem berturut. Penat tau. Setiap sem lebih dari orang tau. Aku nak p mintak tukar kelas haritu, tapi bila tahu Miss Anna yang handle aku surrender awal awal lah. Cari mati kalau nak mintak kat dia. Tapi betul wei, aku tak da kawan kat kelas tu. Even hampir semua aku kenal, tapi lain tau,aku tak rapat dengan dorang. Sedih weh. Dahla aku sorang sorang ja dari kelas D pergi situ, takda life betul. 

Tu baru sebut pasal kelas tak sebut pasal lecturer lagi. hmmm. Entahla aku harap sangat Sir D ajar aku. Sampai hati dia tinggal aku.hahaha. okay ah aku nak sambung tidur.

Ingat kiamat dah dekat, jadi kurangkan dosa dan tingkatkan ibadat :)

Tuesday, 23 April 2013

Kerja

Assalammualaikum...

Ok kali ni aku nak bercerita pasal kerja baru aku. Sebenarnya aku nak something, sebab tu aku nak kerja, tapi bila dah berfikir dan berfikikir lagi,ada benda lagi penting aku nak kena buat jadi kerja itu sunat muaakad. Orang yang tak reti tepati masa macam aku ni memang tak berapa nak suka sangat kerja yang kena on time ni. So sebab ni lah aku pilih kerja "ni".

Aku ingatkan aku ni jenis tak reti malu nak berpromote sana sini, tapi setelah percubaan pertama seorang diri, aku telah dapati aku ni seorang yang amat pemalu. T.T  SANGAT okay. Aku dah pusing tempat tu dua tiga kali last last aku teruskan perjalanan tanpa berhenti. Aku malu sebab aku seorang diri. Tqah kerja lain waktu pagi,jadi aku perlu berdikari sorang sorang. hahaha. Last last aku p rumah mak lang aku ja tadi. Dan endingnya kalau dia nak baru dia contact. Takpa harapan masih ada. heeeee

Petang ni aku nak p dengan tqah pulak pusing.... entahla. xpikir lagi. satgi baru nak tengok coverage. kalau aku berjaya jual 5 atau 6 pun dah cuku dah untuk sara aku nak buat apa yang aku nak buat tu. jadi marilah bersama sama mendoakan aku dapat menjual. aku kerja apa?? Promoter p1 ja. Sapa sapa nak guna p1 mai la beli kat aku na. sebenarnya tak tahu nak update apa kat blog sebab dah lama tak update. T.T okay tamat

Friday, 22 March 2013

Kuasa Allah melebihi segala galanya

Allah itu Maha Hebat. ya sangat dan sangat. Kali ni masuk kali kedua aku diuji dengan kalimah kalimah Allah. Dan satu lagi yang patut kita semua tahu walau sehebat mana pun syaitan tu dia tetap akan kalah jugak dengan Allah. Memang tak boleh dinafikan tugas si syaitan ni memang untuk menyesatkan manusia manusia di muka bumi ni terutama sekali Islam.

Kalau dulu aku diuji dengan seorang diri, tapi tadi dengan dua orang kawan aku lagi. Ya dan Shaz. Nasib Ya bagitau aku kata ada anjing kejar tadi. Kalau tak memang aku dah habis isi isi aku. Untuk makluman pembaca pebaca sekalian, aku baru dapat tahu la rupa rupanya kalau kita lalu depan kuil ke gereja ke kita kena mengucap sebab disebalik kuil dengan gereja tu terdapat sayaitan syaitan yang akan cuba untuk menyesatkan kita. Depa ni syaitan yang jenis kuat kuat la ni, sebab tu bila lalu depan kuil kita kena mengucap.

Lepas saja Ya bagitau kata kita kena mengucap bila lalu depan kuil sambil angkat jari telunjuk dan selepas aku mengucap, terus anjing anjing yang kat dalam kuil tu keluar kejar kami. Sebelum ni kalau aku lalu depan anjing yang memang garang pun dan tak berikat depa tak kan kejar aku. tapi kali ni depa kejar kami. Aku takut sangat tadi. Macam macam aku pikir. Nak samak macam mana lah kalau kena gigit tadi. Tak pun aku nak baling handset aku ke tempat lain. suruh anjing tu pergi tempat lain sebab tiba tiba aku terfikir kata anjing tu macam ular tedung. 

Seperti yang aku kata tadi. Walau sehebat mana pun syaitan tu dia tetap tak boleh lawan kuasa Allah. Allah hantar dua pemuda untuk tolong kami. Lelaki lelaki tadi bunyikan hon berulang ulang kali dekat anjing tu dan akhirnya anjing anjing tu berhenti kejar kami. Syukur sangat. Selepas sampai saja dekat tempat yang kami nak pergi tu. Aku mula berfikir, mungkin ini kerja syaitan syaitan disebalik kuil tu. Mungkin sebab dia dah tak nak aku mengucap dah bila lalu depan kuil lagi, sebab kalau aku mengucap lagi annti kena kejar. So syaitan syaitan tu hantar anjing anjing tu untuk kejar kami. Tapi ingatlah Syaitan, aku xkan mudah terpengaruh dengan korang. Aku ada Allah.

Aku harap nanti korang masuk Islam ek. Dan kepada lelaki lelaki yang dah tolong kami tu, aku doakan semoga korang murah rezeki. Aamiinn. 


Ingat kiamat dah dekat, jadi kurangkan dosa dan tingkatkan ibadat :)

Friday, 15 February 2013

Atiqah, Zahidah dan aku.

Tahun ni Uitm baik hati bagi cuti raya cina banyak sikit so aku boleh balik kampung. Bila balik apa lagi penuh jadual date dengan kawan kawan lah. Group petama aku kuar dengan group sekolah rendah. tapi Nabihah xdak. Jadi aku, Atiqah Zahidah jela yang ada pun. Takpa bertiga jangan berdua nanti boring, even aku x suka bertiga. -..- Kalau dulu port kami kerja kot jawi ja,yala semua tak reti bawak keta lagi dulu. La ni semenjak Atiqah maju sikit kami lepas sampai ke kola. kalau x last umah aku jugak portnya. Paling jauh pun kami p sebelum ni mata ayer dengan tasik melati ja. -..-

Lama kot tak jumpa depa. teringat kenangan sekolah rendah dulu. Tu lah geng bermain dulu. Dulu waktu sekolah rendah kami banyak main lagi kot dari belajar, p kelas petang dengan niat nak main explorace, panjat pokok, aci sembunyi, main tiang macam macamla bukanya niat nak pergi belajar. tu lah kami. Kanak kanak kami sangat best. Tapi sekarang semua dah besar besar dan tinggi. hahaha.

nie kami bertiga. :)

Atiqah dia dah ada kereta sendiri dah. Biasala family dia memang selalu rasuah dia dengan benda benda yang materealistik dari kecik lagi supaya dia rajin belajar. Dan setiap kali ayah dia rasuah dia tak pernah kecewakan. Dia pandai, so berbaloi lah apa yang dia dapat. Dia la ni dok kat Uitm arau. kos yang sama dengan aku. diploma perakaunan. Kami selalu jugak bertukar tukar soalan dan yang paling wajib time exam ada spot masing2 sent. hahaha.
Ni pulak atiqah. Boleh bilang jerawat aku berapa biji. -..-

Zahidah pulak la ni dia dok Sarawak. Universiti Sarawak Malaysia. Dalam kos apa ntah yg berkaitan dengan komputer. Dia ni dari dulu sampai la tak berubah rubah lagi. dok berjeket dia lagu tu. Dia pandai, dia kuat,rajin dan alim. Kadang kadang aku rasa malu bila nak bergaul dengan orang banyak ilmu, aku tak sepandai dia bab bab agama ni.

Ni pulak zahidah si pemegang tali hitam taekwando. hahaha

 Nabihah. Dia tak dak masa kami keluar hari tu, tak dapat detect. Dia la belajar kat Maktab perguruan kat kedah. english teacher to be ok. hahah. hebatkan dia.
aku suka gambar ni. 

ni gambar dalam kereta baru tqah. hahaha




Ni pulak gambar pondok yang pernah kitorang lepak dulu. lawa kan.dulu x macamni.hahaha 


Ni lah kami waktu dulu dulu kala. hahaha

Okay jumpa lagi nanti in shaa Allah. 

Ingat kiamat dah dekat, jadi kurangkan dosa dan tingkatkan ibadat :)

Wednesday, 2 January 2013

Cinta dan diri

Assalammualaikum....

Sebenarnya dah lama aku tulis entry ni tapi tak pernah habis. Dan hari ni aku ingat aku nak habiskan jugak. Ni pun sebab semalam. okay sangat sangat tersentuh lagi tepat sangat sangat terasa. Dialognya berbunyi lebih kurang macamni.

               A: Adik, dayah tu ada berapa adik beradik?
               B: Dia ada sorang abang, seorang adik perempuan dan
                   seorang adik lelaki.
               A: ooohh patut macam tu.

Cinta. kalau diikutkan pada usia aku yang semakin tua ini,ia merupakan sesuatu yang selalu atau lebih tepat lagi peerasaan yang wajib ada dalam hati seseorang pada usia aku ni. Sebagai manusia normal, ya aku mengaku cinta juga wujud dalam diri aku. Macam macam boleh dimaksudkan dengan cinta. Cinta kepada Allah dan Nabi Muhammad.for sure la kan, siapa yang tak dak perasaan ni tolonglah bangkit semula,bangkit mencari cinta Yang Maha Agung dan pesuruhnya ni. Ingatla tanpa Allah tiada lah kita,tiadalah Islam dan tiadalah alam yang indah ini.

Cinta yang kedua yang ada dalam diri aku mestila cinta dekat mak,abah dan keluarga aku. Tanpa mak dan abah pasti aku tak akan wujud sekarang. Dengan adanya mak,abah adik adik dan keluarga yang lain lah yang membuatkan hidup aku lebih bahagia. Aku bersyukur sebab ada mereka. Aku cinta mereka sangat sangat.

Cinta yang ketiga ialah cinta kepada makhluk makhluk Allah kat muka bumi ini. Tak kiralah manusia dan haiwan. Bagi yang mengenali aku, pasti tahu bahawa aku ni pencinta kucing dan binatang berbulu yang lain. -__- Cinta sesama manusia??? ehhmmm. Kalau sebut pasal kawan kawan aku,semuanya aku cinta. Aku cinta semua kawan aku. Tapi bila disebut pasal cinta pada lainan jantina itu lah yang menjadi persoalan kedua kenapa entri kali ni ditulis.

Okay bukan aku tak nak bercinta, tapi bila bercinta sebelum berkahwin ni, mesti banyak gila zina. zina hati,mata, telinga dan banyak lagilah. Hati aku bukan kuat seperti gua untk lawan zina zina waktu couple tu. Sebab itu aku pilih untuk tidak bercouple merangkap tidak bercinta sebelum berkahwin. Aku takut aku lemah, aku tak kuat untuk lawan semua itu. Percayala sesiapa yang saling bercinta sebelum berkahwin ni pasti ada ja zina kat atas tu. Okay maybe orang akan kata dan ramai yang kata macam ni " kami nanti nak kahwin, so tak pam,apa kami buat sekarang nanti dah kahwin dosa tu akan bertukar jadi pahala" deyy macha kamu yakin ke dia jodoh kamu? kamu yakin ke cinta kamu dengan dia akan bertahan? kamu boleh lawan takdir ke? kamu tahu masa depan ke? Apa apa pun boleh jadi kan. dan kebanyakannya selalunya sekerat jalan ja.

Ya ada kalanya cinta yang dibina itu berakhir sampai jinjang pelamin. Tapi cuba kamu fikir kalau dah semua rasa dah sebelum kahwin,lepas kahwin nak rasa apa? rasa boring?padan muka. Orang rasa bahagia dan nikmat lepas kahwin baru best. bercinta lepas kahwin best kot, even tak kenal langsung suami kita tu, lepas kahwin tu la sesi kenal kenalan. Tapi jangan la sebelum kahwin tu tak kenal langsung suami. Tahu asal usul dia, baik ke tak pun dah cukup.Okay stop melalut.

Berbalik kepada tajuk entry aku, " Cinta dan Diri" Aku sedih sangat sebab orang selalu kata aku ganas, aku kasar,tomboy,macam laki dan macam macam lagi. Aku perempuan weh. aku cuba kot untuk jadi perempuan. Aku sedih setiap kali dikata macam tu. Hampa ingat aku nak ke jadi "keras" macamni? aku tak nak weh. serius. Aku cuba untuk berubah dari masa demi masa. Aku tak nak orang nampak aku macam tu dah. Aku tak nak jadi kasar, aku perempuan weh.perempuan.

Aku sebak bila orang kata aku, tak ada sapa pun paham aku weh. zati dengan fatin je paham aku. Aku dah tak taw nak luah kat sapa. Aku akan berdoa biar satu hari nanti korang akan nampak aku lebih feminin dari korang. Aku tak nak pun benda benda ni jadi. percayala. Aku perlukan seseorang yang boleh bimbing aku untuk jadi lebih keperempuanan. Seseorang yang boleh mengubah segala galanya tentang nurhidayah yang kasar kepada nurhidayah yang lembut.

Tolong jangan buat aku terguris lagi dengan kata kata anda. Aku normal,aku tak suka perempuan. Please take note! Orang yang dekat dan kenal aku je tahu benda yang sebenarnya dan layak menghukum aku. Yang lain diam please,jangan buat conclusion sendiri. Dan mungkin ni salah satu sebab aku malas nak rapat dengan kawan kawan perempuan. Aku tak nak dituduh. entah nak tulis perkataan tu pun tak mampu. :( Aku suka lelaki dan tak kan suka perempuan. Ingatlah dosa memfitnah lebih besar dari dosa membunuh.




Saturday, 24 November 2012

mak

Bila aku teringat tweet ustaz azhar pasal setiap apa yang kita tulis nanti akan dipertangungjawabkan aku berfikir untuk tulis entry ni macam mana. Aku sedih,ya sedih,sangat. Aku tak tau nak describekan macam mana.Mak yang banyak bertungkus lumus dekat keluarga. Ya abah ada.tapi gaji mak lagi besar dari abah,mak banyak tangungjawab. Bila dapat tau saja mak kena berhenti,aku susah hati pikir masalah adik adik aku.depa kecik lagi. Mak aku pulak asyik merungut dia dah tua,anak anak still suruh dia keja lagi. Aku suruh dia bertahan berapa tahun ja lagi,tunggu aku dah habis belajar. Aku habis belajar dapat je kerja mak benti lah,duduk rumah,adik adik biar aku tangung tak pe,tapi buat masa la tolonglah paham.

Adik still berdoa biar PU tu ubah fikiran. kalau dia still nak berhentikan jugak,aku akan suruh mak mintak duit pampasan, senang senang dia ja nak berhentikan orang kalau x nak pindah Shah Alam. Aku teringin jugak nak tengok siapa yang berani ambik tugas mak tu. Aku nak tengok jugak siapa yang sanggup berpening macam mak aku. Hang buang mak aku yang setia dengan hang dari awal syarikat bukak sampai berapa kali jatuh naik,hang x ingat jasa dia,lantak hanglah. Kalau ditakdirkan berhenti jugak, aku harap hang dapat jumpa orang yang sabar macam mak aku.

Friday, 15 June 2012

benda biasa kalau balik kl, tak pernahnya hidup aku aman,ada ja masalah.satu demi satu, ohhh aku sangat penat.dengan sakit kepala aku makin menjadi jadi.masalah pulak bertimbun bertimbun,kerja belambak2,setiap hari badan aku pent bukan sebab buat benda berat tapi penat berfikir.

Friday, 1 June 2012

semut

first blog lembab! mnxyweo hilang mood aku dah nak tulih baru boleh open,.peid8kcm;
bukan nak nangis tapi dah nangis.bendanya maybe bagi setengah orang biasa ja,tapi bagi au luar biasa. dan aku sangat x suka.okay memang aku hargai ayah aku beli daging banyak2 nak bagi aku makan puas puas sebelum balik kl,aku dok agak dah benda ni mesti jadi sebab semalam aku baru tau gula masuk semut,serius aku bengang weh. aku tak sempat nak p buang semut2 tu dulu tengok tengok ayah aku dah masak.dah la beli daging banyak pulak tu,dia masak gulai,tengok2 ada semut dalam dia.bukan tak tau aku x makan bnda yang ada semut!! ya abah aku rabun x nmpak sangat,ayah aku bukan perasan sangat.sebelum ni elok je masak,tak dak pon semut,awatla jadi time aku nak p kl dah,dahla esok ada kenduri mesti x makan dah masakan mak ayah aku.masak harini bersemut pulak. ok aku nangis tadi,sebab bengang sangat,aku tau ayah aku beli dagung tu sebab aku,xkan aku x nak makan pulak kot. dan memang aku tak makan pon,tadi depa ajak makan sekali aku kata nantilah aku makan dengan nurul n awis sebab depa tengah tidoq la.sedih bukan x mau hargai apa ayah aku buat tu,tapi tu la.dahla nak bukak sem dah,sem 3 ni plak sem menghapai. mati la.ya maybe bagi setengah orang kata aku ni leceh,mengada ngada tapi tu prinsip aku, bengang2 ni, cara terbaik ialah tidoq.ok aku nak tidoq hilang tension sikit

Sunday, 27 May 2012

kadang kadang

kadang kadang aku rasa nak hidup aku boring sangat untuk diceritakan kepada orang lain, tapi bagi aku hidup aku adalah cara hidup paling best. yala aku jadi orang lain,kadang kadang aku baik,kadang kadang aku jahat,kadang aku alim kadang kadang tak,indah kan, aku xdak boyfriend,hidup kadang kadang kena kongkong dengan mak abah, mak abah dah ajar aku berdikari sejak kecil,start beli baju sendiri dari form2,kadang kadang je kalau pegi mana mana baru depa beli,start iroahhn mabaju sekolah dari darjah 4. best kan hidup aku??? aku tau bagi hampa mesti eee benda ma macamm cam tu pon best ka? bagi aku ia dapat latih aku jadi lebih matang.

so tak hairan lah sapa sapa tengok aku akan kata aku anak sulung. kadang kadang orang tengok aku macam mewah,tapi mewah aku atas usaha aku sendiri, mak aku tak pernah topup pun kat aku sepanjang aku hidup ni.pecaya tak?hahaha kalau dia bag duit pun dia akan pesan duit ni jangan guna untuk topup. pernah sekali dia kata mak haramkan duit ni guna untuk topup,hahaha terbaik kan mak aku??? tapi duit mak aku dok bagi tiap tiap bulan kat kl tu tipulah aku kata kalau aku tak guna untuk topup sikit,hahaha,

mak aku walaupun dia tegas bab bab agama ni,aku tak pernah menyesal ada mak macam dia, aku lagi bersyukur adala, aku bersyukur sangat sebab dilahirkansebagai anak mak aku. kalau la mak aku tak tegas bab bab agama dari kecik,mesti aku jadi teruk dari sekarang, disebabkan dia solat aku cukup 5 waktu,disebabkan dia aku takut hukum hukum ALLAH disebabkan dia aku pakai tudung, terima kasih na mak didik adik sampai jadi macamni,walaupun tak baik tak solehah,tapi adik suka diri adik ni.

orang yang paling risau tentang aku tak kira kat mana pun kl ka perlis ka sangat membuatkan aku terharu ada abah macam abah aku,dia sentiasa ambik berat pasal aku tak kira kat mana pun,time paling ketara adalah time aku nak kuar p mana mana time dia ada. ayat wajib sebelum aku melangkah sempadan pintu " adik p elok elok na kereta banyak la ni " kalau aku p rumah adik beradik mesti elok aku sampai ja dapat mesej dari mak aku tanya aku dah sampai belum. padahal ayah aku yang suruh mesej,kalau aku balik perlis dia orang pertama yang sibuk sibuk tanya aku balik bila,tanya mak aku kalahkan adik adik aku, hebatkan abah aku.untung gila aku ada ayah macam abah.

"nurul awis keluaq la!!!" itulah aku bak kata nurul garang macam pontianak,  ya aku memang selalu berangin pon dengan depa. tapi depa x penah penat pon dengar tengkingan dan kemarahan aku,lagi aku tak suka lagi depa suka. kalau time aku kat kl,teringatla kerenah depa bagi aku mengamuk.telinga depa memang ALLAH cipta kebal kot tu boleh tahan tu dengar aku memekak, tapi depa dua ni baik sebenarnya, aku je angin tak kira musim.

bagi aku hidup aku best,jangan pertikaikan, :3




















Tuesday, 17 January 2012

berubah

berubah????? ok perubahan yang bukan aku nak,semua orang kata aku berubah,serius aku x mau perubahan ni,xpernah mintak pon nak berubah sampai macamni.kenapa ha?????? Ya Allah tolonglah bagi kehidupan aku yang dulu balik,aku nak kehidupan ang dulu balik,nak dayah yang dulu balik,nak perangai yang dulu balik,kawan yang dulu balik, aku sedih Ya Allah tolong lah aku,ku taw aku makin jauh dengan kau,aku tengah try untuk dekatkan balik diri aku dengan kau,mungkin dengan cara ni aku akan dapat balik dayah yang dulu, tolonglah ya Allah bagi kat aku balik perangai akkawan2 aku,disiplin aku,kejujuran aku,kecerdasan aku,kecergasan aku,segalanya yang pernah aku ada dulu.aku rasa aku sangat x brguna sekarang,sangat xboleh pakai,sangat x boleh harap,sangat buruk segalanya la.aku rasa aku xlayak bergelar pelajar,xlayak bergelar kawan,xlayak bergelar manusia sekarang! aku rasa macam x mau orang tau pasai aku,aku rasa macam nak hilang dari dunia ni,aku rasa macam xmau berhbung dengan sapa2 pon sekarang,kalau berhubung pon orang yang sakit ati,baek x payah.kalau  boleh hilang dari dunia ni aku rasa aku orang petama nak hilang untuk cari dayah yang dulu balik,tolong doakan aku jumpa dayah yang dulu balik,
wasalam......

Saturday, 31 December 2011

terlalu rindukan kedua2 arwah. saat yasin dibaca beramai2 tadi terus kenangan2 arwah mak ndak dan tok aku bermain dekat kepala aku,satu demi satu,sampaikan saat mak ndak aku nazak pon aku ingat,saat kali terakhir aku salam dengan arwah tok pon masih terngiang2 lagi di kepala aku,cepat sungguh masa berlalu,tahun 2011 saja aku dah kehilangan 2 orng insan yang aku sayang dalam hidup aku,aku harap 2012 ALLAH bagi kat aku kehidupan yang lebih bahagia. semoga arwah tok n mak ndak berada bersama orang2 yang beriman. al fatihah.

Tuesday, 27 December 2011

2 hari besama satria neo putih

ingatkan balik perlis ni x leh jumpa dia dah,kot2 la dia xmau jumpa aku dah. memang first2 nak ajak dia p libarary pon takut, bertawakal banyak kali dah.aku pun im dia dengn sopannya esok jum p libarary.tengok2 dia kata xmau,frust nak mampos + dengan aku rasa  alahai dia ni x habis marah aku lagi,kejamnya aku sampai x sangup nak kuar ngan aku dah,serius rasa balik perlis xdak makna beb,sebab kalau aku kat perlis ja mesti nak jumpa dia, bagi aku dia ja la ni sahabat aku dunia akhirat,dulu aku nak hilang seseorang ni,aku x mau ligan dia balik sebab aku rasa aku dah ada dia cukup dah la,aku dah ada yang terbaek buat apa nak lagi kawan baek, tapi time gaduh hari tu aku rasa macam heishh apa la salah aku ni, serius aku x mau ilang kawan macam dia,*alamak aku terpuji ang,ok stop lah intro kat sini,dah xmau puji hang banyak2.

al kisahnya macamni dok x duduk malam lepas aku ajak dia kuar tu aku ermimpi dia, pagi tu aku mesej dia kata aku termimpi ang semalam.serius nak jumpa ag.arap rabu ni ang free. pastu dia balas insyaallah ja. serius sedih bapak.tapi x pa cekalkan hati dayah, aku balas kata bgi fee jugaklah,pastu dia x balas.berkurun pastu baru dia tanya aku kat mana? aku kata perlis. pastu dia reply pnjang cikit tau la kat perlis tp kat mna sekarang? rumah ka apa? serius weh lpas aku dapa mesej dia tu aku senyum,dia dah pandai balas mesej aku balik, haaha.walaupon dia mntak voucher bhun sup petang tu kalau dia mai umah aku,aku pon xkisahla nak belanja dia.janji dia dah baek balik n ni peluang aku nak bebaek balik ngan dia,ingtakan dia main2 ja kata nak mai umah aku,tengok2 serius dia mai betuil,terharu gila, serius first2 dalam keta tu aku mcm x caya lg ayah dia bagi dia bawak keta sendri,pastu dalam keta tu aku x beran nak cakap papa2,nak sembang pasai apa pon xtau takut satg tersalah cakap lagi,aku cuba haramkan nama orang yang dia x suka tu dalam dialog aku,fuhh lega agak berjaya, dia bawk aku p kola,sedap beb charkoteaw kat kola tu,tapi x sesedap char koteaw yang kami 2 suka kat taman kemajuan tu. sayang dia tutup.=.= geram betul

kami balik dekat 7:30 masing2 takut kena marah ngan mak ayah masing2, nasib 22 selamat,haha. aku dah bersyukur gila dah boleh kuar ngan dia.balik tu dia hantar im kat aku,terharu,walaupon sembang pasai bnda x pentg sangat,pastu aku ofline study pstu tido. pukul 2 aku terjaga.tengok ad mesej dari dia,terharu sebab dia suruh online,hahah,tapi sayang aku dah tidoq.memang keja aku 2 3 harini terharu jlah,walaupon aku x tau sama ada dia dah maafkan aku sepenuhnya ataupon x tapi aku dah cukup bersyukur dah, serius :)

esoknya a.k.a harini kami kuar lagi p libry,makcik tua tu keja kacau aku ja,orang p libry study dia p mengacau.haha,habis buku aku dia conteng,dengan MARKER lak tu,hampeh,xpa kawan baek aku so aku x kisah la,kalau orang lain yang buat memang x lama kena marah ngan aku. lepas tu p cari kedai makan sampai cmart. aku makan koteaw sup yang x sedap. mak cik tua tu makan koteaw tomyam,serius menyesal x order koteaw tomyam,kalau aku tau koteaw sup tu xsedap aku order koteaw tom yam tadi,haha,oh btw baru first time aku ordr sotong goreng tepung dapat cucur sotong,serius aneh sangat. ps: laici kat sini x semahai laici kat kl. so aku order laici lah apa lagi,ok habis

** aku harap sangat dia dah maafkan aku n aku boleh jadi macam dulu, tolong doakan sama na sapa yang baca ni,tq

Saturday, 10 December 2011

mas amiera

aku tulis blg ni pon dengan hati yang entah p mana,eh bukan hati tapi pikirann,aku bukannya sakit hati tapi diri x tenteram, aku frust dengan Z dulu pon x se frust ni, betul la kata orang sahabat lebih penting dari bf, =.="sejak dapat mesej hang dari pagi tadi,hari ku harini jadi x menentu terus,penangan mesej hang,quiz aku bekecamuk,hidup aku jadi x ketahuan teruih, hey dayah dapat mesej tu ja pon x perlu nak jadi macam ni sangat lah.dari hang balas gitu baek x yah balas weh mesej aku,xdakla nak kacau otak aku time jawab quiz tadi.menyesal gila p baca mesej hang sebelum aku jawab quiz tu,nasib quiz ja,kalau test memang aku nangis la sebb x leh tumpu kat soalan,tu la hati aku dah suruh bukak lepas quiz x nak,so baca soalan tadi pon macam x baca soalan lah,tu la dayah hati dah kata bkak pas quiz xnak degil,so sekarang padan muka,hahah.

seriously lpas sembahyang ja aku mesti doa kat ALLAH bagi dia perbaekan balik persahabatan aku dengan hang ,setiap hari aku beharap dan berdoa.tapi entahlah doa aku ALLAH xpekenankan kali ni,mesti ada hikmahnya,xpa aku redha akan ketentuan Ilahi, nak buat macamna kan takdir ALLAH sapa boleh lawan kan,tu lah aku tawu tu semua salah aku dari awal lag salah aku,kalau kita x jumpa at KLCC aritu mesti xjadi macamni,mesti kad muzakir pon x kena telan,mesti kita x gaduh kan,hermm nak buat macamna kalau aku dah mulut longkang,longkang jugaklah,sorylah kalau x tahan dengan mulut longkang aku ni, serius sampai la aku asyik dok teringat pasai kampung wai, setiap ahad,pah,nana,hanim,perlis,joging, fb ,blog,laptop.sebenarnyakan,aku x berani nak bukak blog n fb hang selepas jadi macamni,aku tau ang x mempnyai perasaan baca ni, tapi jujur aku cakap aku xdak maksud pon nak bagi hang sakit hati.aku tau hang dah benci gila dah kat aku,xpa beta terima seadanya,apa2pon thanks a lot tau MAS AMIERA HAMRAN untuk semua,beta amat menghargainya,susah nak cari kawan yang memahami macam hang, oh btw kalau rasa nanti perlukan khidmat aku xyah segan2 pilu lah carilah aku,aku x kisah, :)

Wednesday, 7 December 2011

kesilapan kehilangan

aku mintak maaf. kepada yang berkenaan sorry sangat2,aku memang x suka sapa2 pon kutuk kwan baek aku,hang,zati n ain jugak,sapa yang kutuk kawan2 aku,memang first2 aku akan tegur kata x suka pastu kalau buat lagi,tunggu nasib jalah,bagi aku,setiap kawan2 baek aku ada kelebihan dan kekurangan tersendiri,kepada yang berkenaan dan berkenaan sorry sangat2,

Sunday, 13 November 2011

bilik aku

arini kemas umah bahagian depan lah,kat ruang tamu lama tukar tikar getah baru *umah aku x guna benda 4 segi kat atas lantai banyak2 tu,aku x ingat namanya,TILE kut namanya,so ayah aku pon nak la tukar tikar getah baru, nasib barang x bnyak,xdalah susah aku nak sakit belakang sangat,patutla mak aku masuk bilik aku pagi2 tadi gerak aku, dia kata"bangun! arini banyak keja nak kena buat" aku pon pikirlah bnyak mana sangat la nak buat keja tu,habis sangat keja aku kemas depan ja pon keja dia kemas dapur. pastu aku sambung tido,xbangun,hahah,sebab baru pukul 7 lbh.tengah kusyuk tido aku tejaga :( jaga2 tu aku malas nak dapat bising aku pon bangun keluar dari bilik p  sambung tidoq kat sofa depan,dah aku tengok mak abah aku dok pesah akuarium xrajin la aku nak menolong kalau bab2 ikan ni,so aku tunggu nak dapat arahan,depa x kata pa aku sambung tidoq,pastu abah aku la kata "idah tengok hidayah nuh dok tidoq lagi nuh" nasib aku tidoq x mati,aku jaga terus aku kata x tau nak buat apa.

tu mukadimah okay, x sampai bab bilik lagi,hahah.dah kemas agkat barang segalanya apa semua aku pon kata lah,abah buh la tikaq kat bilik adik jugak, adik x mau karpet,susah nak jaga. mau x susahnya,aku baru vacum ari khamis aritu dan tahan 2,3 hari ja,pastu dah berhabuk lagi,memang aku rajin nak vacum tiap2 hari pon.abah aku pulak kata buh sebelah ja na. =.="frust awat x bubuh 22 belah,heishhh mau camtu baek guna karpet HIJAU tadi ja,=.=" dah ubah2 barang2 semua aku nak ubah mesin jait dekat bilik aku tu,depan katil aku,serius aku x suka! dah la aku x suka menjahit!mesin jait pulak kat bilik aku memang angin lah,tu x kira segala barang2 lain depan mai letak kat bilik aku lagi,aku tau la aku p jauh,xyah la buat bilik aku macam store :''( aku nak ubah mesin tu pon mak aku x bagi,dia kata jauh dari plug,aku kata la bukan nak jait selalu,dia kata susah,last sekali ayah aku bengang dia xubah langsung.gerammmmm......

aku x suka la nampak benda yang aku x suka selalu,aku selalu duduk kat katil so selalulah nampak mesin jait tu,sebab tu aku nak ubah,aku dah benarkan mesin jait tu dok dalam bilik aku pon kira besar tuah dah,nak ubah pon x bagi,kacau2..pastu dah keams elok2 bilik aku boleh mak aku kata,nanti adik x dak adik p kl,bilik ni bagi kat nurul lah,berapi telinga aku dnegar.pergggghhhh sabaq sabaq,nasib ni dayah matured mau dayah  xmatured dulu meamng memberontak gila2 dah, ni makkkk cukupla satu bilik ja yang camok dalam umah ni,jangan nak jadikan bilik adik bilik yang tercamokkk nombor 2.ni bilik adik,adik x bagi sapa2 na, nurul dah ada bilik dah,duduk la bilik dia,heissshhhh gerammmmmm......

kan

Thursday, 10 November 2011

10.11.11

gila penat doe hari ni,sangat meletihkan,kalau ikut rancangan aku nak keluaq pagi p  nak p sekolah ambik sijil SPM dengan PMR dengan Mas,tapi cancl sebb aku dapat mesej tiba2 kata ayah dilah dah meninggal. saheh aku kena kata saja dengan Kak Ti dengan Munira kat sekolah sebb x jadi p sekolah tengok depa,redha jelah esok nak kena apa dengan kak ti,

dah la bangun awal2 pagi kemas umah,bilik pastu p mengujung ayah Adilah, ok takziah kepada keluarga dia,ramai2lah pakat sedekah al fatihah kat dia, aku p umah dia tadi dengan hati yang ikhlas first2 + dengan rasa takut gak la.takut dia x suka,:3 pastu dah sampai berubah teruih bila tengok dia,asa benci gila bengang gila tengok dia,sampai x termampu nak tengok dia,dah lama aku try terima keadaan lagipon ayah dia dah xdak,aku x mengharapkan apa2 balasan disebbkan aku p umah dia,aku p sebab aku kenal ayah dia,dah lama aku duduk dari 9.30 kot sampai pukul 12 kwan2 aku ajak balik,aku nak balik,bagi tau lah kat dia,pastu dia macam xbagi kawan2 aku balik,tapi depa kena balik jugak,so aku kesian tengok dia aku buat keputusan nak stay dulu kat dia memandangkan dia xdak kawan lain time tu,xkan aku nak biaq ja,segeram2 aku pon aku masih ada hati dan perasaan, =.=" aku ingat lagi time forst2 sampai abang dia yang nom2 kata kat aku,p masuk dalam dilah kat dapor p cakap kat dia jangan dok teriak sangat,kan bagus kalau time tu aku p sebagai aku yang dulu,ni aku p sebagai aku yang la. confirm3 lah payah aku nak berkomunikasi,=.=

ok dah aku xjadi balik dilah kata kat aku dengan nada garang selalulah, "hang tunggu sampai kita p kubuq" aku pon ohh okay, padahal dalam hati dok pikiaq dah macamna ni dengan date ngan mas lagi,dengan nak beli nasi kat adik2 n mak aku lagi,sudah,xpalah sebab dia penah jadi orang penting dalam hidup aku,aku pon tunggulah.lpas orang bagi mandi time orang nak kapan ayah dia,orang pangil la sorang2 anak n cucu dia nak cium lah,aku tengok lepas ja dilah cium ayah dia,dia nangis terus,teruk gila,aku nak bgi kata2 semangat pon x mampu sebb aku tau macamna rasa kehilangan tu, aku harap dia sabar jalah dengan ketentuan Ilahi ni... entahla dah lama aku dok kat sana aku aku asa xpalah aku akan ada ja untuk diluahkan masalah,xkisahla bnda yang dia dah buat kat aku dulu, aku ikhlas la,malas nak jadi budak2..

aku balik umah dah dekat 1.15 macam tu lah lebih kurang,bajet nak kena marah sebb balik lewat,nasib dak,hahaha,tapi malangnya time aku balik,ayah aku ada pulak dah la nak keluaq dengan mas pulak petang tu,mau x jem nak cari alasan baru nak keluaq ngan mas pulak,nasib permohonan aku dilepaskan jugak.p lah aku pon emmbawa diri kat rumah mas, elok nak sampai ja aku slow moto sebab takut kat mak ayah dia,aku tau mesti dah balik,tengok2 betul dah balik,takut gila.:3 aku pon bawaklah si perut lapar tu p fatin corner, disebbkan aku dah makan kat rumah tadi aku pon orderlah cendol pulut sahaja, minah tu yang x sarapan order lah bihun sup yang dia suka2 tu dengan cendol pulut,pastu pulak dia habaq kat aku kata nak ajak aku p makan char koteaw pulak pastu,gila minah ni perut tong ka?=.= xpalah.habis ja makan  kami teruskan perjalanan ke maybank,asalnya nak p cmart tapi jauh.=.= xpalah,tunggu punya tunggu dekat setengah jam ka lebih entah untuk dpatkn roadtax tu,padahal bnda tu sat sahaja,mau dia p tanya orang sebelah tu pon dah berkurun dah dia dapat,hahaha,ok kami beli vitagen tadi,dia hijau aku purple, aku ambik purple sebb sebelah hijau,buka sebb suka,aku x kisah wana pa,hahaha,kami berjalan lagi dan lagi sampai x larat, pastu beli air lagi, maksudnya dah 3 air aku minum,asal keluar ngan mas ja bnyak air aku minum,=.=" sebelum hantaq dia balik.dia ajak aku p ronda kat kg guru dulu.apa motif dia????motifnya hanya satu,tanyalah dia sendiri,hahahaha.ok balik2 je umah,aku dok depan sat pastu masuk bilik tido,disebbkan waktu bukan time tido aku,so aku tido xlama,20min je lebih kurang,sedih,xhabis penat lagi,oh btw mas nak nangis tadi sebab dia kata hujan turun dia akan nangis setiap kali kami berpisah time balik,hahaha, xtipu je dia x da la nangis depan2 aku,tapi dia karoks depan aku lagu perpisahan,hahahah

Friday, 4 November 2011

disappointed, but grateful