Monday, 23 February 2015

Tak ada alasan

Assalammualaikum...

Kalau dulu aku punya 1001 alasan untuk aku menetap di KL. Aku sentiasa mencari alasan demi alasan supaya aku boleh duduk sana. Tapi, dulu aku tak pernah dapat. Bila aku dah tak ada sebab untuk duduk KL, peluang tu sampai. Serius dah tak ada guna. Dah tak ada siapa dah kat sana. Kalau aku pergi pun, aku dah boleh bayang dah hidup aku. Hidup sebagai kuli kepada duit dan aku akan makin jauh dengan Allah.

Aku tahu, aku dah mula, aku pun tahu, aku perlu merantau untuk cari pengalaman kalau nak berjaya, tapi untuk menetap sana terus aku tak kuat. Biar NAC jelah tanggung kos perjalanan aku. Tu jelah penyelesaian setakat sekarang yang aku ada. 

Friday, 13 February 2015

Perjalanan

Aku dah mula melangkah
Melangkah dengan perlahan
Umpama bayi yang baru boleh bejalan

Aku gayat
Aku takut jatuh
Aku takut sakit

Langkahku dibantu
Namun aku tetap takut
Takut tak mampu berlari seperti yang lain

Aku takut tongkatku berkecai
Aku takut aku tak mampu bila saat itu tiba
Aku sayangkan tongkat dan tapak aku

-NAC-

Saturday, 7 February 2015

Senang vs Susah.

Kau rasa kau dah cukup susah ke sekarang untuk kau kenang masa kau senang nanti? Atau kau cuma rasa senang sekarang dan kau berangan angan nak kenang nanti waktu senang?

Wujudkah kejayaan yang dimulakan dengan senang dan diakhiri dengan kejayaan yang tak tersangga sangga? Kau tak nak susah tapi kau nak berjaya. Kau rasa kau layak?

Kau boleh terus bersenang lenang, buat ala kadar, ambik lepas dan tak payah penat penat. Mungkin kau boleh "berjaya" tapi kejayaan yang kau senang dapat pasti senang jugak kau hilang. Kau suka buat benda banyak kali?

Memang penat, memang susah, memang rencah semua ni. Tapi benda yang rumit bila kita sabar, tekun, dan istiqamah in shaa Allah hasil yang kita dapat boleh membuatkan kita "gelak sambil tersenyum". Memang makan masa, sebab benda yang sekejap nikmatnya sekejap saja. Tapi benda yang makan masa yang lama, in Shaa Allah nikmatnya lama.

Semoga kita berada dalam golongan orang orang yang memperoleh kejayaan dunia dan akhirat. 

Thursday, 5 February 2015

Assalammualaikumm...

Disebabkan aku dah tertengok cerita Istikharah Cinta tu dengan tak sengajanya, jadi aku perlu habiskan. Nak dijadikan cerita, tadi bukan tadi saja sebenarnya, sebelum sebelum ni lagi, aku selalu terfikir dengan tak sengaja. Wujud ka laki macam tu dalam dunia ni? mestila tak kannn. Dalam otak aku, laki ni mengarut, Laki mana faham perempuan. Aku selalu fikir ada ka lelaki dalam dunia ni yang ada perasaan nak bercintan cintun macam perempuan? Nak bersweet sweet tu apa semua, depa tak rasa buang masa ka buat semua tu?

Aku rasa lagi baik, lagi faedah depa main bola sepak atau lepak dengan kawan kawan dari bersweet dengan perempuan. Apa yang aku nampak, perempuan ni akan menyusahkan lelaki saja. Dan kenapa dalam dunia ni perlu wujud perasaan cinta kat manusia? Tak boleh ka semuanya perasaan sama saja ? Banyak yang aku tak faham. Lagi lama aku hidup lagi banyak benda pasal kehidupan yang aku tak paham.

Tapi, yang aku tau, kita jangan mudah percaya orang dan jangan bergantung pada orang. Manusia ni pengkhianat, pemungkir janji. Ya termasuk aku. 

Friday, 30 January 2015

Jangan fitnah orang
Jangan tipu orang
Jangan belagak pandai even pandai pun
Jangan hina orang yang bodoh
Jangan mungkir janji

Jangan ego sangat
Jangan jatuhkn semngat orang
Jangan berhenti doa untuk kebaikan orang lain
Jangan bawak cerita
Jangan rasa bangga dengan diri

Jangan pergunakan orang waktu susah dan tinggalkan waktu senang
Jangan hina orang
Jangan kedekut ilmu
Jangan anggap diri tu saja betul dan tak nak terima pendapat orang lain
Jangan terlmpu pegang dengan prinsip sampai xnak dengar cakap orang lain


Jangan buat benda kat atas.

Friday, 23 January 2015

Assalammualaikum...

Dalam hidup kita ni, kita selalu meminta dan berharap apa yang akan terjadi seperti apa yang kita harapkan. Kalau tak dapat kita akan kecewa, menyesal, fikir negatif dan macam macam lagi akan kita rasa. Tapi kita jarang fikir, hikmah disebalik apa yang kita minta dekat Allah tapi Allah tak tunaikan. Allah bukan tak nak tunaikan apa yang kita mintak, tapi sebab Dia tau, kita patut dapat dan rasa benda yang lebih menarik dari apa yang kita harapkan tu.

Bila aku duduk saja saja, aku terfikir, setiap satu apa yang aku mintak dekat Allah tapi Allah tak tunaikan. Dan aku bersyukur sebab Allah tak tunaikan, sebab yang Allah bagi balik dekat aku untuk aku rasa, untuk aku tempuh lagi dan lebih menarik. Kalau dalam dunia ni kau harap nak seronok ja, memang tak best la hidup.

Tahun 2014 aku, banyak yang aku mintak dekat Allah dan banyak jugak yang Allah tak perkenankan sampaikan aku rasa benda benda yang tak sepatutnya seorang hamba rasa terhadap Penciptanya. Tapi, hari demi hari, satu satu aku dah nampak hikmah yang Allah tak perkenankan doa aku tu. Aku rasa bersyukur sangat sebab doa aku tu tak makbul. Jalan yang Allah bagi kat aku ni, rasanya lagi indah dari yang aku harapkan.

Adat manusia kan, sering leka bila Allah bagi kesenangan, pastu bila susah sikit mengeluh. Entahla, tempat kerja aku tu sangat banyak buatkan aku berfikir dan jadi seorang manusia. Aku dah start sayang tempat kerja tu, tapi cita cita aku macam mana? Jadi, terus aku serahkan kat Allah apa yang Dia nak aturkan lagi lepas ni. Aku akan terus dan terus belajar cinta Allah dan redha dengan apa yang Dia akan berikan.

Terima kasih Allah atas perjalanan hidup yang sangat menarik ni.

Tuesday, 13 January 2015

Assalammualaikum...

Lama aku tak bercerita dekat blog ni. Rindu la jugak. Kahhhh.

Alhamdulillah sekarang aku dah ada kerja untuk menampung kehidupan seharian aku. Walaupun kerja biasa biasa aku tetap bersyukur la sebab ada jugak rezeki Allah bagi dekat aku. Bila aku dapat tau aku dapat kerja ni, aku macam malas pulak nak pi, lepas dah set dalam kepala pasal rancangan dekat Shah Alam. Tapi Allah suruh aku duduk dengan mak abah lagi, so terima jalah.

Kalau duduk Perlis jadi manusia la sikit aku ni. kahhh. Okay pasal tempat kerja aku, LAWAK sangatttttt. Aku tak pernah jumpa sekolah selawak sekolah tu. Hahaha. jahat pulak aku. Mula mula aku rasa macam tak best la sebab aku dengan Nasihah kena duduk jauh. Dia kat libry, aku dekat pejabat. Baik tak payah nama "rakan sejawatan" kalau letak jauh jauh. Hahaha. Tapi dah lama lama aku dah biasa la.

Oh lupa, syukur lagi sekali aku dapat tambah kawan lagi. Dalam office aku ada 6 orang termasuk aku. Depa 5 orang lagi tu baik sangat. Depa tu sporting, seronok kawan dengan depa. Dan macam besa aku termuda lagi kat situ. kaahhhhh. Perasan sat.

Aku dapat kerja dekat Kedah ha. So aku punya rutin cuti berubah la sikit. Banyak la jugak sebenarnya. Sebab perlis cuti Ahad, Kedah cuti Jumaat. Sussah tau nak absorb. Sampai la tak boleh terima lagi kot. Disebabkan aku bekerja dengan sekolah, jadi aku terpaksa, harus dan sunat muaakad p tempat kerja diawal pagi. Seawal pukul 7 tau.

Kat tempat kerja baru aku ni, aku jadi baik. Sebabnya Line handset untuk Maxis teruk dia macam terjun dari tingkat atas KLCC tau. Hantar mesej pagi petang baru sampai tau. Seronok sangat. So saat ni la baru aku mempergunakan nombor celcom aku. Seronok kerja situ, tapi entah la, ada sesuatu yang tak terluah dengan kata kata. Apa apa pun tak sabar tunggu habis contract. Kahhh


Sunday, 28 December 2014

Sakit penghapus dosa

Dah lama aku tak demam macam harini. Last aku demam teruk pun masa kena appendix haritu. Lepas lepastu ada la jugak demam, tapi tak seteruk masa kena appendix tu la. Aku, kalau demam saja aku tak kisah, tapi bila babit perut atau kerengkong memang aku kisahla. Penat hoi, sakit. Bayangkan semalam aku tak boleh tidur. Setiap jam terjaga. Dari pukul 12 sampai pukul 5. Letih. Aku tak dak mood nak cakap dengan siapa siapa.

Dan pertama kali tau aku tolak sambal mak aku buat. Selalunya kalau mak masak sambal tak pernah aku tolak. Allah tegur aku la tu, dah jauh sangat aku dengan Allah. Terima kasih sebab Allah masih sayangkan aku.

posted from Bloggeroid

Friday, 19 December 2014

Semangat
Kepercayaan
Keyakinan
Harapan

Semua semakin hilang.

Aku perlu bersendiri
Tanpa semua manusia
Cuma
Aku
Pokok
Sungai
Dan tanpa ular.

posted from Bloggeroid

Friday, 31 October 2014

Kawan kawan yang aku baik masa dip dulu yang mana dah tak sambung belajar kebanyakkan dapat kerja akaun, audit firm la. Bila dengar dea mengeluh susah nak buat kerja tu, ini. Terutama audit, aku rasa Ya Allah seronoknya hidup depa. Susah nak buat audit, pening nak kumpul maklumat, semua la. Aku rasa deba bertuah sangat. Dapat rasa pengalaman nak prepare akaun untuk di audit. Bila pasal audit, apa je yang tak best? Semua best kat mata aku.

Aku teringin nak duduk kl dan rasa pengalaman kena marah dengan bos. Kena maki sebab buat kerja tak betul.
Dan yang paling aku teringin, nak buat kerja pasal audit.

Semoga korang dipermudahkan urusan.

posted from Bloggeroid

Monday, 27 October 2014

Mungkir Janji

Assalammualaikum...

Duduk saja saja, aku terfikir. Susah kan kalau buat janji dengan orang? And for sure I hate promise to someone or they make a promise to me. Nak tahu sebab apa? Sebab pembuat janji selalu memungkiri janjinya. Pernah dengar tak pepatah ni? " Janji dibuat untuk dimungkiri" Aku kenal terlalu banyak manusia yang suka buat janji dengan aku dan end up dia mungkir. Nak lagi sakit hati yang sebut aku janji. Dan orang ni lah yang akan mungkir janji tu dulu daripada orang yang kata beb nanti aku belanja kau ni, atau weh nanti aku bagi kau ni kalau aku dapat itu.

Oleh sebab itu, aku tak percaya orang yang suka buat janji. Dan aku cukup tak suka buat janji. Sebabtu kalau aku nak janji dengan orang aku akan sebut in shaa Allah dari janji tau. Sebab kalau sebut in shaa Allah kalau aku x buat pun aku tak da rasa serba salah. Tapi mostly aku buat la. Orang islam kan. Sebenarnya perkataan "janji" bagi aku sangat mahal semenjak aku dah dewasa sekarang. Kalau orang yang boleh paksa aku sebut janji kau memang hebat la. Sebab aku akan pastikan aku buat benda tu walaupun ada rintangan macam macam pun.

So conclusion nya, jangan buat janji dengan orang. Sebab tak baik tau buat janji lepastu xbuat. Berdosa lagi tepat rasanya. Tak tuju kat siapa siapa pun article ni.Ok baii.

posted from Bloggeroid

Sunday, 14 September 2014

Saat aku rasa tak mampu, tak larat letih dengan semua ni. Sampaikan aku berfikir supaya jalan penyelesaiannya ialah aku keluar dari rumah ni takpun aku jadi gila. Duduk jauh dari semua ni. Baru settle masalah. Punya aku tak tahan dengan semua ni. Sampai semalam. Ada sesuatu disebalik ni rupanya. Ada sesuatu yang cuba porak perandakan semua ni. "Dia" kacau family aku dengan mental dan fizikal. Tapi "dia" kacau aku dengan hati. Aku cepat marah. Aku cepat naik angin. Kalau dulunya marah dan angin aku aku tu cumalah main main, gurauan dengan kawan kawan. Tapi bila aku kat sini, marah dan angin aku betul.

Aku syukur aku diberi kesedaran cepat. Sebab aku pentingkan adab, hormat dan kasih sayang family. "dia" telah buatkan aku hilangkan semua ni. Aku kesian kat "dia" tapi dia tak kesian kat kami. Aku minta maaf kalau lepasni aku kejam. Aku tak suka family aku dikacau, diporak perandakan. Pilihan kat tangan kau. Kau nak stay atau kau nak pergi.

posted from Bloggeroid

Saturday, 6 September 2014

Bosan

Assalammualaikum...

Semenjak kebelakangan ni, aku asyik habiskan masa dengan Awis dan Nurul saja. Aku baru rasa seronok jugak spent time dengan depa pun. Petang petang kami main badminton sekali atau pergi memancing sekali. Awalnya aku takut nak pegang cacing dengan ikan. Tapi dah lama lama, aku kesian kat Awis sebab asyik dia ja tolong pasangkan umpan dan buangkan aku punya ikan, jadi aku pun beli sarung tangan dan cuba buat semuanya sendiri. Dan akhirnya aku berjaya buangkan ikan dan pasang cacing dekat kail. Cuma nak putuskan cacing ja aku tak berani. -.- yela, aku ni bukannya suka bunuh binatang binatang ni.

Sebenarnya aku cuba cari hobi baru, untuk melupakan hal hal dunia. Aku cuba banyak benda supaya aku sentiasa sibuk dan tak sempat fikir pasal benda yang melibatkan hati manusia ni. Jadi rutin aku sama ja hari hari. Bangun pagi, pergi beli ikan tak pun pergi rumah mak teh, lepastu masak, makan, rehat, ambik adik adik petang mancing, malam buat kerja sikit, lepastu sebelum pukul 12 dah tidur. Seronok kan hidup aku? kahh.

Kadang aku fikir, cepatla dapat kerja aku nak duit, nak buat itu ini, aku nak sibuk, aku nak kejar "sesuatu" yang menyebabkan aku terima tak sambung belajar. Tapi perancangan Allah sentiasa terbaik. Aku tahu, mesti ada sebab Dia tak bagi aku kerja lagi sekarang. Tapi aku ni walaupun tak official "kerja" tapi aku tak mintak duit kat mak abah untuk sara aku. Aku bukan macam "penanam anggur" yang lain. Sebab dari kecik lagi, mak dah ajar nak apa semua guna duit sendiri.

Lately ni jugak, aku asyik rindukan housemate dulu. Dan rindu Pak Cik fathil tiba tiba. Tapi apakan daya, dulu aku mesej pun kena marah dengan anak dia, la ni kalau mesej lagi lah kena marah rasanya. Allah dah buat hidup kita ni indah dah, berliku sana sini, kadang kadang ada salji, kadang kadang ada bunga, semuanya bersebab. Semua yang Allah bagi semuanya yang terbaik untuk kita. Jangan mengeluh, jangan pertikai. Semoga Pak cik fathil dan keluarga sihat sentiasa dan dimurahkan rezeki.


Saturday, 30 August 2014

Assalammualaikum...

Baru baru ni, aku ada sembang dengan sorang kawan ni. Dia baik, alim, pandai sopan santun. Senang cerita untungla mak ayah dia lahirkan dan jaga dia kat dunia ni. Disebabkan dia aku mula ada semangat balik. Mula bina balik apa yang makin pudar hari demi hari. Aku tahu iman aku nipis lagi dari kulit bawang. Aku tahu susah nak tebalkan iman dan kekalkannya. Tapi, aku cuba dan aku harap akan ada yang boleh membantu aku, seiring dengan aku untuk menuju jannah Allah.

Conversation dia bermula bila dia ni tak henti henti suka bagi aku nasihat pasal islamik. Kebetulan ada waktu tu, aku free, hati pulak dah kata lama tak sembang pasal benda benda ghaib ni. Dia ajar aku satu benda, banyakkan bercakap dengan Allah baru hati akan tenang. Jadikan Allah tu kawan baik kita. Cerita semua benda kat dia. Walaupun benda kecik danremeh saja. Allah ni suka bila hambanya suka berkomunikasi dengan dia.

Dia ada kata lagi, nak lawan nafsu, nak kuatkan hati puasalah. Bukan puasa tahan lapar dan dahaga ja. Tapi puasa TAHAN TELINGA, MULUT, MATA DAN YANG PALING PENTING HATI. Manusia zaman sekarang suka puasa. Tapi puasa makan dan minum saja. Yang lain tak puasa pun. Banyakan bangun malam dan solat dhuha. Bagi sesiapa yang terjaga tengah malamtu, percayalah tu petunjuk dari Allah tu. Dia suruh kita bangun sujud dan mintak kat dia. Bukan bangun lapar dan update twitter. (Manusia lalai seperti aku selalu buat) kecewa jugak kadang kadang dengan diri.

Pernah terfikir tak,andainya esok pagi kita dah tak bernyawa, tapi hari hari sebelum tu Allah ada gerak kita suruh bangun tapi kita tak bangun. Apa perasaan kita waktu tu? Waktu kita tengok orang terdekat dengan kita sibuk duk urus mayat kita? Mesti kita rasa nak balik ke dunia, nak buat solat taubat, nak buat ibadat banyak banyak, tak nak buat jahat dan sebagainya. Tapi kita dah terlambat. Kita dah tak boleh kembali ke dunia kalau dah meninggal. Jadi sementara masih ada masa, Allah dok gerak bangun malam tu, bangunlah mohon dan sujud kat dia. Kalau x larat sangat, cukuplah sekadar berzikir.

Kita selalu cakap,nak pasangan kita macamni, baik, alim, itu ini, tapi kita tak pernah pun nak baiki diri kita. Macam mana kita nak dapat semua tu? Nak jodoh kita yang baik, kita dah kena start jadi baik dari sekarang. Kalau kita nak ke syurga, kumpul siap siap saham kat dunia untuk bawak ke akhirat, bukan hutang untuk dituntut oleh Allah kelak supaya neraka menjadi tempat tinggal. Islam ni indah. Allah tu Maha Mengetahui semuanya.

Istighfar. Semoga dapat kurangkan dosa dan menenangkan hati.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah, bagi kami hidup lagi.

posted from Bloggeroid

Saturday, 23 August 2014

saya suka masak. tapi xtau la sedap ka tak. saya masak ja bagi org makan. lepas tu saya makan jugak. saja nak menambah kalori. tp lepas tu saya bakaq la balik. saya p jogin kot petang2. biasala, umur saya dah 21. tak lama lagi saya nak kahwin dah. hah, cakap psl kahwin. sebenarnya calon pun tak da lagi!!! hahahahahahaa tak da la. sebenarnya dalam hati tu ada la cuma kadang2 saya rasa mcm taknak pulak. entahla saya mmg mcmni. buat masa skrg saya takda kerja tetap lg. siapa2 yg ada info psl modelling ka apa boleh la bgtau saya nnt saya apply. nak rekemen boleh gak. tp kalau ada yg nak saya kerja jd suri rumah sepenuh masa tu lg la okay. jd suirumah yg bertahta di hati dia sepenuh masa lagilaaa bolehhhhh hihihihihhihi walaupun sia malu. alaaaa sia kan takuad nnt kalau kerja berat2 sia talarat. ok la bye. kahhhhhhhhhhh.

-musuh dayah-

Friday, 8 August 2014

Assalammualaikum...

Dah lama aku rasa aku tak mengarut kat blog ni. Kepada siapa yang baca kat blog ni tolonglah jangan tanya aku soalan "kenapa hang/ kau tak nak sambung belajar dah? Rugi la. Ada diploma saja orang bukan pandang. Mana cita cita juruadit hang/kau dulu? Mana dayah yang dulu?" Sebab orang yang ada link blog aku ialah orang yang aku percaya yang untuk aku share aku punya life. Aku tak suruh hampa paham kalau tak mampu, cukuplah sekadar jangan tanya soalan soalan kat atas bila result dah keluar. Biar aku cerita sendiri kalau aku rasa nak cerita. Aku ada apply penerapan uitm sebenarnya, tu pun just nak dapatkan perasaan dapat sambung belajar.

Dari kecik sebenarnya aku buat keputusan sendiri. Bagi aku, aku tahu apa aku patut buat apa patut pilih dan aku akan tentukan semuanya. Mak dan abah percayakan aku, dan tahu aku hanya dengan keputusan aku kalau bab bab belajar ni. Dulu masa nak masuk tok sheikh, aku yang pilih. Mak ya ya nak hantaq aku nak p sekolah agama. Aku tak mau, sebab dari kecik lagi aku dah idamkan Tok Sheikh. Waktu form4 pulak, aku dah cakap awal awal yang aku takkan ambik sains sebab aku takut darah. Jadi aku ada dua pilihan. It atau akaun. Dari form one aku nak masuk it, sebab senior senior yang segakasalnya dari kelas it. Kah kah kah. Tak sebenarnya aku minat computer jugak. Tapi disebabkan "sesuatu" aku pilih akaun. Mak aku ada jugakla cadangkan masuk it, sebab it waktu tu baru nak naik. Tapi aku tetap pilih akaun.

Habis saja SPM, aku dapat dua pilihan, matrik dan diploma kkb uitm. Disebabkan dari waktu sekolah aku dah aim nak masuk Baitulmal, jadi aku pilih baitulmal, walaupun mak suruh aku p matrik. Dan aku tetap rasa keputusan aku buat betul. Dan sekarang, aku dah habis diploma, kalau ikut hati aku, aku nak sambung lagi. Tapi mak dan abah lagi happy kalau aku kerja. Aku dah banyak kali buat keputusan tak ikut depa. Dan kalini biarlah aku ikut apa depa nak pulak. Jadi stop cakap bukan bukan pasal aku tak nak sambung study. You are not in my shoes.

Minggu depan result tu keluar, aku tahu ramai akan tanya aku. Aku benci nak menjawab. Aku benci semua soalan tu. Jangan tanya.

posted from Bloggeroid

Tuesday, 1 July 2014

Terima Kasih

" Apa yang kita rasa, kita lalui tak payah share dengan orang, cukup kita dua ja tahu dan rasa"
" Pasal kita dua ni, xpayahla bagitau orang lain "
" Paham orang dulu, baru orang paham dia"
"Biar gaduh la, jangan gaduh nanti"

Sekarang baru aku tau hikmahnya ayat kat atas tu bila dah jadi macamni. Satu kata kata ustazah dekat tv haritu yang aku ingat sampai la, "kalau bahagia jangan tunjuk kat orang kata kita bahagia, sebab orang yang tunjuk kata dia bahagia tu sebenarnya tidak"

Sebelum aku hilang seseorang, aku selalu berdoa setiap kali solat, "Ya Allah ya Tuhanku, temukanlah aku dengan jodohku, biarlah jodohku itu dari orang orang yang beriman" Dan selepas itu, seseorang muncul. Seseorang yang ada katogeri itu terus waktu tu aku fikir, terlalu cepat Allah makbulkan. Biar betul. Tapi hakikatnya aku tak tahu betul ke tidak sebenarnya doa aku terjawab ke tak.

Sampai satu saat, hati ni dah tak tahan, sakit dengan kesalahan yang dibuat sendiri. Dan aku mintak lagi kat Allah dua benda pada malam 27 June haritu. "Ya Allah, kau permudahkanlah urusan aku, kau bagi petunjuk sama ada patut diteruskan atau selesai malamni jugak" dan handset aku tiba tiba bunyi. Aku sangka Allah jawab doa aku yang first, rupanya Allah suruh aku buat keputusan yang kedua.

Aku tak menyesal kenal dia, walaupun dalam masa singkat. Terlampau sekejap. Banyak benda yang aku belajar dari dia sikit sebanyak. Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup aku. Apa yang aku belajar dari dia aku akan cuba praktikan untuk satu masa nanti bila aku dah jumpa yang betul betul tulang rusuk aku.

posted from Bloggeroid

Sunday, 29 June 2014

Ramadhan Pertama

Assalammualaikum...

Sambil aku membaca tadi aku terjumpa ayat ni yang mana sangat makan dalam jugaklah. Hati nak seronok sambut Ramadhan, nak diampunkan segala dosa, nak rasa nikmatnya ramadhan. Tapi sesungguhnya aku ni manusia hina yang penuh dengan "dosa semasa" atau dalam accounting dikenali sebagai "balance b/d sins"

berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Selepas jumpa saja ayat ni terus aku cuak, aku takut dan tak terkata. Aku tak nak tergolong dalam golongan diatas. Aku nak Allah ampunkan dosa aku, mungkin aku patut lebih serius dalam hal ni, aku sanggup jatuhkan ego aku, bercakap dengan orang orang tersebut balik. Tapi nak cakap macam mana kalau dah tak reti dan dah ada benda nak cakap. Saat ni, tak lebih yang aku mintak dari Allah melainkan diberikan kekuatan untuk tempuh tempuh benda ini semua. 

Semoga Allah memberi aku petunjuk.

Fadhilat solat tarawih malam pertama seperti keluarnya dosa dosa dalam diri orang mukmin yang baru dilahirkan dan mendapat keampunan dari Allah.

Saturday, 28 June 2014

Beberapa minit sebelum

Assalammualaikum...

Ada beberapa minit sebelum bermulanya tarawih. Aku saja nak taip jugak. Tadi syaitan sempat bisik supaya suruh buat tarawih kat rumah ja dah mak tak p. Setan mana lah yang terlepas ni. Heishh. Sebelum akuj solat maghrib tadi, aku sempat baca aku punya blog yang dulu punya. Tak dak la dulu sangat tapi lama la jugak. Aku pun macam tak sedar aku yang tulis. Jadi kat sini aku dah dapat hikmah aku ada blog.

Aku rasa aku patut ada blog dari form 3 lagi, supaya aku boleh baca balik aku yang dulu macam mana. Supaya sedikit sebanyak boleh bagi pedoman dekat diri yang terlalu banyak kekurangan ni. Semenjak dekat dua bulanni, aku dah kurang bercakap dengan manusia. Kalau dulu aku boleh bersembang dekat 5@6 orang satu masa, tapi sekarang aku dah malas nak sembang dengan siapa siapa pun. Aku nak menulis ja aku rasa. Selepas semua benda terjadi, aku fikir aku cuma nak berdunia dengan blog saja. Buat masa la lah. Sampai hati betul betul tenang.

Nak menulis lagi, tapi dah kena p. Selamat berpuasa semua.

posted from Bloggeroid

Friday, 27 June 2014

Assalammualaikum...

Harini Jumaat bersamaan 27 Jun 2014. Sepatutnya ada tiga benda jadi harini. Tapi satu dah jadi semalam. Dan Alhamdulillah aku happy dengan kejadian semalam. Aku nampak riak muka abah dengan mak happy dengar berita tu. Lain sangat. Dan yang keduanya yang ketiga biarlah aku sorang saja tahu. Tapi yang pasti yang ke tiga sangat bagi impak la.

Semakin hari aku semakin tak menentu. Dan satu satunya yang aku fikir bila serabut macamni aku nak lari duduk hutan dan buang semua benda yang boleh menghubungkan aku dengan orang. Tadi soalan dari abah sangatlah memakan diri. Rasa menyesal tapi sesalan tak baik wujud dalam diri seseorang. "Dan ingatlah hanya Allah sahaja tempat kamu meminta" ayat ni saja yang mampu bermain dalam fikiran.

Saat sekarang otak terlampau ligat berfikir, hati terlampau mengada, badan terlampau lemah untuk semua ini. Aku rindukan zaman budak. Main bola jaring sampai magrib. Tak risau berat badan, tak kisah muka hitam dan hati tak sakit bermain dengan perasaan. Memang aku tulis harini tak teratur tak ada tujuan sebagai tu lah hati aku sekarang.

Semoga Allh bagikan pengakhiran yang baik untuk semua ni. Aku perlukan ketenangan yang dah berminggu hilang.