Assalammualaikum...
Harini Jumaat bersamaan 27 Jun 2014. Sepatutnya ada tiga benda jadi harini. Tapi satu dah jadi semalam. Dan Alhamdulillah aku happy dengan kejadian semalam. Aku nampak riak muka abah dengan mak happy dengar berita tu. Lain sangat. Dan yang keduanya yang ketiga biarlah aku sorang saja tahu. Tapi yang pasti yang ke tiga sangat bagi impak la.
Semakin hari aku semakin tak menentu. Dan satu satunya yang aku fikir bila serabut macamni aku nak lari duduk hutan dan buang semua benda yang boleh menghubungkan aku dengan orang. Tadi soalan dari abah sangatlah memakan diri. Rasa menyesal tapi sesalan tak baik wujud dalam diri seseorang. "Dan ingatlah hanya Allah sahaja tempat kamu meminta" ayat ni saja yang mampu bermain dalam fikiran.
Saat sekarang otak terlampau ligat berfikir, hati terlampau mengada, badan terlampau lemah untuk semua ini. Aku rindukan zaman budak. Main bola jaring sampai magrib. Tak risau berat badan, tak kisah muka hitam dan hati tak sakit bermain dengan perasaan. Memang aku tulis harini tak teratur tak ada tujuan sebagai tu lah hati aku sekarang.
Semoga Allh bagikan pengakhiran yang baik untuk semua ni. Aku perlukan ketenangan yang dah berminggu hilang.
No comments:
Post a Comment