Sunday, 29 June 2014

Ramadhan Pertama

Assalammualaikum...

Sambil aku membaca tadi aku terjumpa ayat ni yang mana sangat makan dalam jugaklah. Hati nak seronok sambut Ramadhan, nak diampunkan segala dosa, nak rasa nikmatnya ramadhan. Tapi sesungguhnya aku ni manusia hina yang penuh dengan "dosa semasa" atau dalam accounting dikenali sebagai "balance b/d sins"

berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Selepas jumpa saja ayat ni terus aku cuak, aku takut dan tak terkata. Aku tak nak tergolong dalam golongan diatas. Aku nak Allah ampunkan dosa aku, mungkin aku patut lebih serius dalam hal ni, aku sanggup jatuhkan ego aku, bercakap dengan orang orang tersebut balik. Tapi nak cakap macam mana kalau dah tak reti dan dah ada benda nak cakap. Saat ni, tak lebih yang aku mintak dari Allah melainkan diberikan kekuatan untuk tempuh tempuh benda ini semua. 

Semoga Allah memberi aku petunjuk.

Fadhilat solat tarawih malam pertama seperti keluarnya dosa dosa dalam diri orang mukmin yang baru dilahirkan dan mendapat keampunan dari Allah.

No comments:

Post a Comment