Tuesday, 17 June 2014

Kehidupan sementara

Assalammualaikum...

Dalam mencari rezeki yang halal untuk kehidupan seharian, gaji bukanlah faktor utama bagi diri aku. Biar gaji sikit asalkan persekitarannya tenang, bahagia dan tak stress dari gaji banyak tapi stressdengan persekitaran. Aku lebih rela pilih gaji yang sikit buat masa sekarang. Sebab bagi aku, alang alang nak stress biar stress betul betul, stress sebab kertas kerja, tugasan tersendiri, bukan stress disebabkan persekitaran sebagai contoh boss yang gatal nak mati dan mulut mulut murai yang suka berdengki. Memang aku tak boleh masukla persekitaran macamtu.

Aku lebih rela duduk dalam ofis kena kawal tiga komputer sekali gus dari duduk satu ofis yang bosnya gatal dan pekerjanya dengki. Ya sampai sekarang, masih tersimpan lagi sebenarnya cita cita aku dari form four iaitu nak jadi professional auditor dan ada audit firm sendiri. Cita cita yang takkan pernah hilang dalam diri aku. Disebabkan cita cita ni aku memilih untuk teruskan diploma akaun satu masa dulu. Belajar audit best. Sangat best. Aku tahu kerjanya stress macam nak kira helaian bulu dekat badan Ren, tapi aku suka. Sebab best, dia perlukan penelitian. Aku suka kerja yang mementingkan penelitian. Sebab dari situ kita boleh tengok seseorang itu ikhlas atau tak buat sesuatu kerja tu.

Bak kata Madam Sharifah, waktu muda muda la nak cari kerja yang susah dan mencabar dulu, tua tua dah ada family baru tukar kerja yang lagi mudah. Dan kerja yang paling sesuai kerja dengan audit firm lah. Tapi tu kalau kat KL. Kat Perlis susah. Sampai satu saat, aku pernah berazam dulu, walau macam mana sekali pun aku nak jugak bergelar External Auditor satu hari nanti. Takpa, biarlah makan masa, sebab untuk jadi External Auditor aku perlu ada ACCA atau pun ijazah dalam bidang akaun dan ada pengalaman kerja dalam bahagian akaun selama tiga tahun. Sekarang aku cuma ada diploma dan tu tak boleh melayakkan aku untuk pegang status tu. Dan yang paling lawaknya, aku pernah fikir, kalau aku tak dapat jadi external auditor, aku nak paksa anak aku suka akaun. Hahaha. Tapi bila fikir fikir balik, aku tak kisahla, kalau tak boleh jadi dekat dunia, simpan dekat syurga lah. Aku kena usaha bagi masuk syurga lah kalau macamni.

Sebenarnya bukan ini yang aku ingat nak tulis. Aku nak cerita pasal kehidupan sekarang. Selepas berhenti jadi cikgu Pasti haritu, aku kerja jaga budak lagi. Kerja ni tak stress, Kak Ainul, Abang Warid, Pak cik Roslan dan Mak kak Ainul baik. Sporting. Aku tak rasa aku sebagai pekerja kat sana. Aku rasa seperti seorang adik yang tolong jagakan anak kepada abang dan kakak aku saja. Serius suasana seronok, best, dan yang paling penting tak dak BOSS YANG GATAI. Makan sekali kadang kadang, tengok tv, duduk dalam air cond dan tak perlu mengunakan mulut yang banyak untuk bercakap sebab aku hanya selalu guna pekataan "ooo" "uuu" sahaja. Kadang kadang sajalah melayan si Wafiq tu cakap. Tapi dia bukan reti cakap pun lagi. Dan yang terbaru, dia dah pandai panggil aku. Dia panggil "ah" sebagai ganti nama Mak Ngah. Rasa seronok ok bila budak boleh panggil kita, tambah tambah lagi budak yang tak reti bercakap dan susah nak ngam dengan orang.

Sekarang ni, Padang Besar tu dah sebagai rumah kedua aku dah. Selalu sangat p sana. Aku rasa aku dah boleh hafai dah kedai kedai kat sana. Sebab aku selalu dibawak oleh Kak Ainul dan Abang Warid p beli stock kat sana. Depa buat perniagaan online. Depa sibuk sangat, sebabtu depa ambik aku kerja dengan depa untuk jaga anak depa tu. Wafiq tak boleh jauh dengan mummy dengan daddy dia sebab dia susu badan. Biasalah kalau budak menyusu badan, mana mau rengang dengan mak ayah. Orang kata sapa yang menyusu badan dekat anak dia sampai dua tahun nanti anaknya cerdik. Tapi tak boleh tinggal langsung lah budak tu. Kalau aku ada anak nanti, nak buat macamtu jugak ah. Mimpi. Hahaha.

Memang aku dapat offer dari boss lama jugak. Gaji lagi tinggi, tapi disebabkan Boss laki tu dok menggalak dengan aku, say good bye lah. Aku tak mau ada kena mengena dah. Bir lah kak iza kata aku sombong ka apa ka, asalkan aku tak mau jumpa laki dia dah. Seram ok seram. Duit gaji aku yang petama haritu, aku bawak p KL, duit gaji kedua pun sama bawak p KL jugak. Mungkin duit gaji ketiga ni aku ingat nak beli barang untuk aku sikit. Mungkinlah. Dan kalau ada jodoh, duit gaji keempat nak guna untuk 27 hb ni. Kalau tak jumpa, aku simpan lah duit tu untuk p KL jugak.Dan duit gaji kelima untuk guna p KL lagi. Aku rasa duit gaji aku habis untuk p KL ja banyak. -.-" Oh lupa nak cakap, aku ambik duit gaji aku setiap hujung minggu.

Ni lah gambar Kak Ainul, Abang Warid dan Wafiq. Depa ni one happy family tau. Aku harap kalau aku dah ada family, aku nak jadi macam depa. Sweet kalau chocolate cake.






Doakan aku berjaya dunia akhirat dan dapat kerja yang bagus bagus. Bai.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment