Saturday, 14 June 2014

Ya aku sayangkan dia

Assalamualaikum...

Ya aku sayangkan dia, tapi persoalan yang selalu bermain di minda membuatkan aku berfikir, apa bezanya antara aku dengan couple couple yang lain? Cuma kami tak istiharkan ini sebagai couple saja. Tapi kami mesej setiap hari, berkongsi rasa, bergaduh dan semuanya yang couple lain buat. Dah tertera couple tu haram, tapi iman manusia yang lemah seperti aku kadang kala lalai sekejap. Sebagai seorang mualaf yang baru masuk islam, aku tak patut mengajar dan mendekatkan dia dengan zina. Kalau dari umum memanglah tak nampak zina yang terjadi, tapi secara dalaman, zina hati berleluasa setiap hari.

Ya aku sayangkan dia dengan ikhlas bukan untuk main mainkan hati, disebabkan sayang aku buat ini semua. Mungkin nampak aku kejam, aku jahat. Tapi sumpah aku tak dak terlintas langsung untuk mempermainkan hati dia. Aku buat semua ni untuk kebaikan dia dan aku jugak. Mungkin sekarang dia tak nampak lagi kebaikan aku buat semua ni, tapi satu hari nanti dia pasti akan berterima kasih kepada aku sebab buat macamni.

Ya aku sayangkan dia. Aku nak dia jadi yang halal buat aku dan bukannya yang haram yang belum pasti apa apa. Aku percaya pada qada' qadar. Aku pecaya pada takdir. Aku percaya pada jodoh. Kalau dah tertulis bahawasanya jodoh aku dengan dia sejak azali lagi, aku tak perlu takut aku tak perlu gentar dengan semua ni. Walau macam mana sekali pun akhirnya Allah akan ketemukan balik aku dengan dia macam Allah temukan Adam dan Hawa.

Ya aku sayangkan dia. Tapi aku sebagai manusia biasa yang punyai Tuhan iaitu Allah. Aku cuma takut jika aku terlampau sayangkan dia sampai akan mengakibatkan aku dan dia terlupa apa yang Allah tak suka. Aku patut bersyukur sebab Allah masih mahu menjentikkan " hidayah" dalam hati kecil ni supaya insaf sebelum terlambat, supaya balik ke landasan yang sebetulnya sebelum terlambat. Aku tahu, aku hanya manusia biasa yang lemah dengan ujian begini. Sebelum jadi lebih panjang, sebelum syaitan mempertawakan kami kerana rancangan dia dah berjaya lebih baik aku mengalah.

Ya aku sayangkan dia. Kalau sayang tak perlu contact selalu, tak perlu fikir selalu biar hanya ingat dalam doa selalu. Disebabkan sayangkan dia aku buat begini. Biar aku berundur dan mencari cinta yang hakiki dahulu sebelum aku tega mendapatkan cinta dari makhluknya. Kalau betul dia sayangkan aku kerana Allah, aku yakin dia akan tunggu dan redha dengan semua ni. Aku terlampau lalai mengejar dunia yang fana, hampir aku terlupa tujuan utama aku ialah akhirat. Aku tak suka "short term relationship" kalau boleh aku nak hubungan yang halal sampai ke syurga, bukan hanya ke akhir hayat. Aku harap dia faham dan usaha. Ya percayalah, aku harapkan dia bukan yang lain untuk jadi yang halal bagiku,

Aku perlu jaga aku punya cinta, aku punya hati, dan aku punya diri untuk yang sepatutnya. Disebabkan aku percaya dia, aku biarkan family aku tahu. Family yang sangat straight dalam bab bab ini. Family yang langsung tak boleh bersuara bab kekasih dan family yang sangat nak yang terbaik untuk anak dia. Sekiranya ditakdirkan jodohnya dengan yang lain, yang lebih baik dari aku, aku terima. Kerana aku hanya manusia biasa yang sangat mudah lalai dengan duniawi. "Kita perlu jadi seperti apa yang kita harapkan" Mungkin maksud dan cara kami memberi dan mentaksir cinta lain lain caranya. Tapi inilah cara aku mentaksir cinta. Aku sebagai muslimah, perlu menjaga hati hanya kepada yang halal. Maaf sebab saya telah melalaikan awak dari Yang Maha Berkuasa
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment