Assalammualaikum...
Lama jugak aku tak mengupdate dekat sini. Bukan tak mau update tapi tak dak benda indah yang berlaku. Ececece. Aku rasa macam Kl dengan Perlis duduk sebelah sebelah ja bila selang dua minggu sekali aku kena p KL. Haritu 26/5 -29/5 aku dah p KL. Dan selang lebih kurang dua minggu lepastu iaitu hari rabu lepas 11/6/2014 aku kena p KL lagi dan In shaa Allah dua minggu lagi aku kena p lagi KL. Ya Allah letih dia jangan cerita la. Bosan + penat+ jemu = aku tak suka p jauh jauh naik bas. Nak naik flight xdak promo. Matilah aku mau naik jugak mau hilang dekat RM500 campur kos sara hidup lagi sekali p. So sebagai pelajar akaun aku memilih merana asalkan menjimatkan. ngeh ngeh ngeh.
Yang kali pertama dan kali ketiga aku p KL, tak penting ceritanya. Yang penting cerita kali kedua. Masa depan mungkin. Bila aku dapat mesej kata aku dapat SPA, aku rasa macam errr seronok la jugak sebab kerja kerajaan ada dua hari cuti. Nampak tak permainan dia kat situ? Aku ni nak kerja ke nak cuti. Hahaha. Lantakkkk, aku suka cuti dan aku suka kerja. Sebab cuti boleh releks, kerja boleh duit. Dua dua penting dalam kehidupan aku. Sebenarnya ini jelah satu satunya alasan yang aku suka kerja kerajaan. Aku sebenarnya suka kerja swasta lagi sebab BONUS BANYAK + KLINIK PANEL+ GAJI+ BOLEH RAPAT DENGAN BOSS + EPF + MELANCONG. Nampak tak duit memonopoli segala galanya. hahaha.
Tapi mak dengan abah suka lagi aku kerja kerajaan. Lagipun aim aku berhenti belajar memang untuk memuaskan hati depa pun. Asyik depa ja berkorban kan, aku takut tak sempat balas jasa depa ja. Takpa tak ada rezeki slow slow aku sambung ACCA. Takpa biaq lambat asalkan dapat saja. Bila mak dengan abah tau aku dapat SPA, masing masing punya la excited. Terima kasih mak sebab belanja duit tiket balik. Maklumla gaji cukup beli tiket p saja.
Bila sampai sana aku stay rumah Bang Cik dengan Kak Naimah. Rupa rupanya tempat interview tu belakang rumah Kak Naimah ja. Dekat gila kot. Mula mula aku nak p naik moto sendiri, tapi minyak moto pulak takdak. So kak naimah lagi tolong hantar. Terima kasih lagi sekali Kak Naimah dengan Bang Cik sebab banyak tolong. OkKkak Naimah hantar depan pagar ja ok. Aku kena buat semua sendiri tanpa kawan tanpa mak. Tapi takpa, hal kecik ja tu. Aku kan tuff. kahkahkah. Buat buat tuff p lah, padahal segan dia jangan cerita.
Dah daftar apa semua tiba tiba aku terdengar kak dekat kaunter tu kata, "bilik tu Pn blabla yang jaga kan, hmm masaklahhh" aku macam whatttt?? tapi dalam hati jalah. Lepastu aku pun berlalu pergi mencari bilik J yang dimaksudkan tu. Bila first masuk rasa macam mak aiiii banyaknya lelaki, macam mana nak lepas ni, mesti panel pilih lelaki punya. lepastu aku pun tunggu lah. Dan tiba masa aku, aku rasa nak terkencing, cuak ok cuak. Dahla sakit perut aku kerja on off ja. Masuk masuk aku pun buatlah macam yang aku belajar macam mana nak hadapi temuduga. Tapi ternampak aku cuak. Aku rasa aku gagal sangat jadi manusia. Padahal temu duga ja kot tak perlu nak takut macamtu semua. Kalau dulu aku boleh ja berdepan dengan apa apa pun situasi tanpa segan tanpa malu. Jadi aku buat keputusan, semakin aku dewasa semakin aku segan dan pemalu dan penakut.
Ada dua orang penemu duga. Dua dua perempuan. Tapi sat sebelum tu, aku nak cerita pasal baju. Tahu apa??? AKU TERBAWAK BAJU GELAP. Aku rasa dunia aku dah hancur punah dan semuanya. Kenapa Adam baru ingatkan aku bila aku dah sampai KL. -.-""" Ni lah padahnya bila tak dak Fatin, Ya, Shaz, Kokporat yang akan tolong aku bila masa aku ada benda penting untuk dilalui. Dulu waktu first interview depa lah komen macam macam itu ini tak kena, kena pakai ini pakai itu. Tapi untuk temu duga kali ni Ya sorang ja tau dalam rumah tu, tu pun aku bagitau hari yang aku nak p. Aku tak hebohkan kat ramai sangat sebab mak dah bagi amaran jangan bagitau sapa sapa pun. Tapi mana boleh aku simpan rahsia dari Zati, mas, amira dengan ya dan abang warid dan kak ainul sebab nak mintak cuti. Tapi Zati dengan Mas sibuk exam malas nak mengedik dengan depa sangat, Mira pulak, dia dok suruh study ja terlupa nak suruh check baju.
So Mira pun suruh aku kata aku suka hijau dan koko, sebabtu aku suka pokok. jadahhhhh. Hahaha. Tapi memang aku tipu pun penemu bual tu, aku kata aku suka koko dan hijau. Aku nampak dia jeling dekat file dekat baju aku. Jadi aku rasa macam lega sikit la. Lepastu ni antara soalan dan jawapan yang ditanya dan dijawab.
PB : Awak dari mana ek?
Aku: Saya dari Perlis.
PB : Jauhnya, kenapa tak mintak tukar kat Perlis je?
Aku : Dah , emelkan dah tapi dorang tak balas.
PB: Tak cuba call?
Aku: Tak jumpa nom phone.
PB : Terangkan pasal diri kamu.
Aku : Bla bla bla bla
PB : Mak ayah kamu kerja apa?
Aku : Mak dah berhenti kerja, Abah kerja pemandu.
PB : Mak kerja kat mana dulu?
Aku : Al wahida * sebab mak pesan jangan sebut HPA, tapi depa macam tak tahu aku senut pi lah HPA akhirnya. hahaha
PB ; habistu awak datang sini semata mata nak temuduga lah? kenapa isi tempat temu duga dekat sini?
Aku : Yap, saya datang semata mata nak temuduga ja. Dulu saya belajar dekat sini, sebab tu isi tempat temu duga kat sini.
PB : Boleh awak bagitahu tugas pembantu takbir pengkeranian dan operasi apa ?
Aku : bla bla bla * nasib aku ada baca tau.
PB : Boleh awak bagitahu apa nama Menteri dan kementerian yang dia pegang?
Aku : Dalam hati, tak gunaaaa mana aku ingat, tapi muka belagak jelah, YB. Dato' Seri Najib Menteri kewangan, Dato S Subraman Menteri kesihatan, Dato' Seri Hishammudin bin Tun Husien Onn Menteri Pertahanan. * aku kata dato' najib sebab dia pm, yang S subramaniam tu pulak sebab aku ada search sebelum ni, yang Hishamudin aku teka ja sebab dia kan selalu cakap pasal MH370. hahaha.
PB : Tun Hussein Onn tu PM keberapa?
Aku : PM ketiga. *nasib bab bab PM ni aku hapai,
PB ; Siapa PM ke6?
Aku, YB Dato' Seri Najib.
PB : Apa tanggung jawab seorang pembantu tadbir pengkeranian dan operasi ni?
Aku : Bla bla bla.
PB : ok, terima kasih.
Aku : Terima kasih.
Dan berakhirlah aku punya sesi temuduga dan benda benda nak dicerita lagi sebabkan gangguan teknikal banyak kali sangat.
Doakan aku dapat kerja ni ok, sebab aku nak kerja cepat cepat.